


If you want to be strong... learn how to Fight Alone.. smile :)
If you want to be strong... learn how to Fight Alone.. smile :)
Jika tiada bahu untuk disandar, sentiasa ada dahi untuk bersujud.... Allah...
SILAPNYA SEORANG WANITA ialah: Bila dia percaya, maka dia TERLALU PERCAYA... Bila dia menyayangi, maka dia MENYAYANGI SEPENUH HATI... Bila dia memberi, maka dia akan BERIKAN SEGALA-GALANYA..
Once you understand what kun fayakun means, it opens the heart up to tawakkal in Allah subhanahu wa ta'ala. Do not give up. Smile ^^
Ibu sambung lagi.. "Jadi jangan berharap sangat untuk bertemu jodoh. Bukan ibu cakap, jangan tak fikir langsung pasal jodoh, tapi jangan terlampau "gila" kan tentang penemuan jodoh. Serahkan pada ketentuanNya.
InsyaAllah, kalau ada jodoh dan rezeki itu, datang jugalah ia kepada kamu. Remaja zaman sekarang asyik fikir tentang jodoh, kahwin awal seronok. Tak pula mereka nak fikir, mati awal tu macam mana?
Hish. Takut ibu. Kalau anak-anak ibu meninggal awal, entah apa yang hendak dipersembahkan kepada Allah. Jodoh dengan kematian itu sama tarafnya. Tapi dalam memikir soal jodoh, kematian itu juga harus selari. Kerana jika hanya fikir tentang soal jodoh, kemana pula persiapan akhir kita kelak?
Jodoh takde takpe, amal takde macam mana pula? Ingat tu. Jodoh tu, orang kata "bonus" kepada setiap hambaNya untuk tambah pahala lebih bagi wanita. Tapi amalan? Ia sendiri sendiri, sayang."
Tidak malukah kau bermaksiat padaKU ? Kau sembunyikan dosamu dari makhlukKu,..
dan datang kepadaKu dgn PENUH DOSA..
Pernah aku berdiri di salah satu sudut dunia..
Dimana aku cuba untuk mengembalikan kekuatan...
Cuba berjalan pergi dari sesuatu keadaan..
Bukan lari...bukan pergi...
Cuma masa diperlukan..
Kdg aku sengaja mendiamkan diri..
Menutup segala kesibukan duniawi..
Bismillahirahmanirrahim... Ya Allah Engkau hancurkan kesatuan mereka yg telah mengkhianati hambaMu sndri, turunkanlah bala kepada kerajaan haram Mesir hari ini, berikanlah laknatMu kepada General Abd Fattah As-Sisi sepertimana Engkau berikan kepada Kamal Artartuk dahulu. Ya Allah lindungilah saudara2 kami yg dizalimi, berikanlah syahidMu kepada mereka yang dibunuh. Amin Ya Allah ...
"Kalau saya ada anak perempuan yang minta kahwin masa belajar, akhlaknya bagus, pengurusan dirinya tersusun, hubungan dengan Allah terjaga, saya akan kahwinkan dia terus. Lebih lagi kalau satu kelas atau satu universiti. Tapi kalau anak perempuan saya yang minta nak kahwin tu, hidupnya dengan TV, akhlaknya entah kemana,solatnya di hujung waktu, tentu saya tak bagi."
"Kalau anak perempuan saya tu, akhlak tak jaga dan saya bagi dia kahwin. What do you expect from her husband? A very good husband? Sedang janji Allah lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik. Anak perempuan saya belum cukup baik,saya bimbang dia bawa balik calon yang juga tidak baik."
"Lepas ni bila u all kahwin, ada isteri/suami, then suami/isteri u all buat masalah/sakit.. Benda pertama yang u all kena buat adalah solat taubat. Sebab dosa kita,boleh jadi sebab isteri/suami/anak jadi nakal, tak dengar orang dan sebagainya"
Bismillahirahmanirrahim..."Duhai gadis yang baru ku kenal,tahukah kau,dia putraku,lahir dari rahim suciku,kupertaruhkan hidupku untuk memilikinya,anak kesayanganku yang sepanjang hidupnya kubesarkan dengan segenap rasa cintaku.Duhai gadis pilihan putraku,ibu harap kau memiliki TANGAN yang lebih lembut dariku..kerana ibu tak mahu kau melukai putraku.Ibu harap kau mempunyai SENYUM yg lebih sejuk dariku..kerana putraku akan datang padamu untuk mencari ketenangan.Ibu harap kau mempunyai TUTUR KATA yang SEINDAH EMBUNkerana ibu tak ingin dia mendengar kata-kata kasar dalam hidupnya.Duhai gadis pilihan putraku,jadilah anakku,agar ibu tak pernah merasa kehilangan putraku kerana kehadiranmu".
Ya Allah.. Andainya dia baik untukku,
demi duniaku dan akhiratku, Maka satukanlah kami dalam istilah cinta yang akan berakhir dengan pernikahan,
Tapi andainya dia tidak baik demi duniaku dan akhiratku,
Maka pisahkalah kami dalam istilah persahabatandan persaudaraan Islam..
Ya Allah... Bila ini bukan masanya, Bila ini belum saatnya...
Jarakkan kami...Pisahkan kami...
Agar kami jauh dari dosa dan perkara sia-sia.
Agar kami tak mengundang murkaMU...Agar kami dapat lebih menjaga hati..
Allahumma AmeenSungguh...hati ini masih ragu-ragu.. Tidak memaksa sesuatu keputusan itu dibuat..Diri sendiri masih bertatih membetulkan diri..Ya Allah..apakah yg tersirat disebalik yg terjadi ini..Tampak mudah luarannya.. tapi hakikatnya..Aku yakin akan ada sesuatu yg tersimpan. Penat...sungguh aku penat..Penat dengan sandiwara hati yg melantunkan melodi yang kadang kala aku sendiri tak memahamiTakut sampai satu saat nanti..aku berhenti..Berhenti memikirkan soal hati..Akan ku serahkan segalanya pada Ilahi..Tidak mengharap terlalu tinggi..takut..Terlalu takut jika jatuh..biarlah akad tertunai..lafaz termetrai..Aku masih muda...ye..terlalu muda..Kita mungkin buta..
Tanpa kita sedar...bulan Ramadhan perlahan-lahan pergi meninggalkan kita.. Dunia ni..adalah pentas..dan kita pelakonnya.. Kadang kita yg butakan mata dan pekakkan telinga tentang kebenaran yang jadi di muka bumi ni.. Mungkin gak..kita keliru dengan membezakan kaca dan permata.. Kejam...dunia ni memang kejam.. Manusia dah hilang pertimbangan..dan hilang akal.. Entah mana hilangnya belas kasihan... Rasanya...kebanyakan antara kita tahu tentang kejadian yang berlaku di negara saudara seislam kita kn.. Bersamalah kita panjatkan doa..jgn pernah terleka... Nukilan wartawan Mahmud Murad untuk Dr. Muhammad Mursi [Presiden Mesir]
Saudaraku yang mulia, Dr Muhammad Mursi,
Aku ingin mengetahui apakah hubungan antara engkau dengan Tuhanmu sehingga Dia memikul bagi pihakmu kerisauanmu dalam memerintah dan Dia biarkan engkau mengisi masamu sepenuhnya di dalam bulanNya yang agung ini untuk beribadah kepadaNya, dan Dia menyibukkan kami semua tentang dirimu?
Apakah hubungan antara engkau dengan Tuhanmu sehingga semua doa dari seluruh umat Islam di semua tempat ditujukan untuk kemenanganmu, menyokongmu dan mengharap kejayaanmu?
Apakah hubungan antara engkau dengan Tuhanmu sehingga engkau menjadi harapan golongan yang tertindas di Suria, di Palestin dan lain-lain supaya mereka dapat hidup mulia dan merdeka?
Apakah hubungan antara engkau dengan Tuhanmu sehingga seluruh kekuatan jahat bersatu untuk menyingkirkanmu dari memerintah Mesir?
Apakah hubungan antara engkau dengan Tuhanmu sehingga engkau bertukar kedudukan daripada hanya seorang professor di sebuah universiti di Zaqaziq engkau menjadi lambang manusia yang merdeka di semua tempat di dunia ini.
Ya Allah, sekiranya Engkau Mengetahui bahawa hambaMu Muhammad Mursi tidak menggunakan apa yang Engkau anugerahkan kepadanya; kerajaan dan kekuasaan untuk menzalimi seseorang dari kalangan makhlukMu, maka wahai Tuhanku, janganlah Engkau biarkan dia dikuasai oleh sesiapapun. Janganlah Engkau serahkan dia kepada seseorangpun. Peliharalah dia dengan pemeliharaanMu. Lindungilah dia dengan perlindunganMu. Takdirkanlah untuknya dan untuk kami kebaikan di mana jua kami berada.
A.A.E
Terjemahan oleh : Ustazah Maznah Daud
Sumber : ألتراس نهضاوى (قوتنا فى وحدتنا)Sebuah perjalanan...
Saya bukan daie atau ustazah. Saya tulis apa yang saya tahu untuk menyampaikan. Mungkin amalan saya tak setara dengan apa yang saya katakan. Tapi kata-kata itu juga satu permulaan dan peringatan. Perlahan-lahan, InsyaAllah :')
Ye...penampilan tidak mencerminkan segalanya... Sungguh.. jihad yang paling besar ialah melawan nafsu..Dulu...aku seorang gadis yang tergelincir dari sebuah laluan yang benar..Terlalu dalam aku terjatuh.. terlalu lemah untuk berdiri..Dulu.. aku leka dengan permainan dunia.. Leka dengan keindahan duniawi..Setiap orang ada kisah sendiri.. setiap orang ada kisah lalu yang menjadikan siapa dia kini..Begitu juga aku.. banyak khilafnya..Siapa aku sekarang adalah kerana siapa aku dulu..Orang tak tahu..betapa peritnya hati untuk berjihad melawan nafsu yang telah menebal dalam diri,,Mungkin ye..belum terlambat..Kadang aku cemburu melihat gadis seusia aku..mungkin lebih muda..Yang terserlah sopannya.. Pakai tudung labuh.. Tidak ternoda dengan kekotoran dunia...Ye...tak de siapa sempurna.. Tapi penampilan tu adalah pendinding..Aku pernah terjatuh hingga tak mampu berdiri..Aku pernah menangis tanpa ada siapa mengerti..Aku pernah menyorok menahan sebak dihati..Bukan kerna patah hati..bukan kerna hilangnya cinta duniawi..Tapi kerna aku menjauh dari cinta yang hakiki....
Kadang aku malu dengan diri sendiri...terlalu malu...masih terpahat lagi parut yang lama..Andai diberi peluang..semua orang nak putar kembali waktu..Waktu yang takkan...takkan pernah kembali..Alhamdulillah..lepas satu tahap ke satu tahap...aku mula sedar..Aku sedar aku hanya insan lemah..selalu terhanyut dan terleka..Jika dulu..aku tidak menutup aurat dengan sempurna.. Aku cuba mengubah sedikit demi sedikit..Istiqomah dengan sisa kekuatan yang masih disimpan..Bila jumpa dengan kawan lama..yang kenal siapa aku dahulu..Ada yang memberi kata semangat tuk aku berubah..ada juga yang mengeji..Aku cuba telan setiap kata yang terluah.. Sesungguhnya Allah lebih Maha Mengetahui,,
Sungguh...sungguh aku belum terlalu kuat..
Jihad ini terlalu besar...
Masih jauh perjalanan ini...masih banyak yg perlu aku perjuangkan..
Luahan Hati Isteri Pertama...
PUISI NI DIKARANG OLEH ANA HAWANA Tak usah bicara tentang payung emas Kerana Aku belum layak iktiraf diri sesuci khadijah atau fatimah Tak usah bicara tentang zuriat Kerana Aku bukan Allah…mudah menyebut kun fa ya kun… Tak usah bicara tentang setia Kerana Aku pasti kau tahu aku bukan perempuan jalanan Tak usah bicara tentang tanggungjwb Kerana Aku tahu kau lebih arif tentang itu Tak usah bicara tentang kesempurnaan Kerana Aku terima kekurangan kau kerana Allah Tak usah bicara tentang dia Kerana Aku diasingkan darimu kerana dia Sucinya aku, kau miliki ketika di Makkah Hebatnya dia, kau sembunyikan ketika di Thailand.. Berhenti beralasan ini semua jodoh ketentuan Allah… Kerana satu dunia tahu Hanya itu lah jawapan mudah utk lepaskan kekhilafan yg disengajakan… Tips gerakkan orang sahur!!!
Haaaa..bagi yg bersahur tu tanpa ada family di sisi..korang dapat bangun tak??? heee...
Oke kat sini ada beberapa tips yang boleh laa kowt nak digunakan utk gerakkan member korang tu yang payah sangat laa nak bangun sahur...
1. Pegang anak jari kiri/kanan sambil tu panggil nama dia perlahan lahan.
2. Sentuh bahu org tidur tu, dan goyangkan perlahan lahan sambil panggil nama dia.
3. Renjis air kat muka dia, sambil panggil nama dia.
4. Tampar-tampar manja pipi dia, sambil panggil nama dia.
5. Tutup kipas/aircond.
Haaaa..tp agak2 lau member korang tu susah bebenor nak bngun tidur tu r kn...cuba korang buat cmni..
1. Jerit nama dia kuat-kuat!
2. Gigit ibu jari kaki dia, cam antu toyol gigit.
3. Simbah air sebaldi, kalau boleh air rendam baju dalam korang.
4. Tarik rambut dia sampai jatuh dari tilam.
5. Goyang badan dia kuat-kuat then jerit gempa bumi! gempa bumi! tsunami, tsunami!
6. Jerit api! api! api!
7. Letak KFC, atau McD tak pun ikan patin masak tempoyak yg baru dibeli sebelah hidung dia, bagi ambik bau sikit.
Haisssshhhhh!!!!!! Kalu tu pown tak menjadi..pe kate guna care last niy.... Agk advance cket r..hee
1. Pergi kat telinga dia, then sebut maa rabbuka! sambil seru nama dia byk kali.
2. Pergi kat dia, baca je surah yaa sin!
Credit to : Tips sahur
SELAMAT BERPUASA OKE!!!!!! =)CERPEN : Mata siapa yg tidak pernah menangis.
Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu dan menyebarkan risalah bertajuk "Jalan-jalan Syurga" dan beberapa karya Islamik yang lain.
Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun.
Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan seraya berkata "Ayah! Saya dah bersedia"
Ayahnya terkejut dan berkata "Bersedia untuk apa?". "Ayah bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah"
"Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat"
"Ayah, bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun"
Ayahnya menambah "Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca sebegini"
Dengan merintih anaknya merayu "Benarkan saya pergi ayah?"
Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada anaknya "Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!"
"Terima kasih Ayah" Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu.
Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan risalah itu kepada penghuninya.
Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah "Jalan-jalan Syurga" ada pada tangannya. DIa berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih ada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal.
Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu di rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali. Ditunggunya sebentar dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu itu namun sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi, mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya, pintu rumah itu dibuka.
Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an.
Mukanya suram dan sedih. "Nak, apa yang makcik boleh bantu?"
Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit "Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling bertuah". Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi.
"Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu" dalam nada yang lembut.
Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya "Ada sesiapa nak menyatakan sesuatu"
Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah perempuan separuh umur itu."Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini yang kenal saya. Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim. Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan dalam dunia ini" Air mata mulai bergenang di kelopak matanya. "Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu lagi diketatkan di leher. Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi lagi. Kemudian, saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi". "Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini setelah sekian lama. Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi ke pintu" "Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu. Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat". "Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik" Itulah kata-kata yang paling indah yang saya dengar". "Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu dan terus baca risalah itu setiap muka surat. Akhirnya, kerusi dan tali yang hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka. Aku tak perlukan itu lagi". "Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada selama-lamanya di dalam neraka"
Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yang berteriak dan bertakbir. ALLAHUAKBAR! Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya.
Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat.
Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah ALLAH kepada makhlukNya yang penyayang. Panjangkanlah risalah ini. Ingat ALLAH sentiasa menyayangi dan memelihara kamu!
TAKBIR!! ALLAHUAKBAR!
WassallamCREDIT : My Heppi
Pendosa tanpa noktah..
Pada saat manusia membencimu tanpa alasan yang jelas,
ingatlah bahawa Allah menyayangimu tanpa syarat.... Sungguh, aku hanya insan dari silam yang kelam...Hati kita akan mati jika kita jauh dari agama...Kembalilah pada Allah, yakin dan percayalah... Percayalah bahawa Allah sentiasa menanti kepulangan hamba-Nya untuk bertaubat...
Ingatlah, dengan mngingati Allah, hati akan menjadi tenang...
Hayatilah agama dengan syariat, bukannya adat...Allah..Allah..Allah... Kadangkala kita perlu menyepi, untuk mencari kekuatan diri yg telah hilang..
Adakala kita perlu menyepi, untuk mencari ketenangan hati...
Adakalanya kita perlu menyepi..untuk kebaikan diri sendiri...
dan kadangkala sepi itu indah...Jika satu saat aku berhenti...jika satu saat aku menghilangkan diri..Jangan laa datang mencari...penat dengan pentas duniawi..Terlalu penat mengejar yg tak pasti..Aku yang terlalu naif...naif dengan lakonan manusia..Entah laa..penat...penat dgn sebuah ego..Benarlah kata pepatah; Lidah manusia itu adalah lebih tajam daripada mata pedangAda ketika tanpa sedar..apa yang diucap...buat org terasa...Sick of crying... Tired of trying..
Yess I am Smiling...but inside I am dying..
Adakah aku sedang diuji??.. Dengan sandiwara pelakon pentas duniawi..Lelah dengan wajah yang bertopengkan manusia...Jika langkah kali ini masih tersilap...bawa diri pilihan yang terbaik..Yaa...menyepikan diri...biarlah waktu yang membatasi..