Saudari..kamu cantik sekali..tapi

Saudari, kamu cantik sekali 
 Tapi hanya di mata manusia.  Sedangkan yang Maha Kuasa 
tak pernah memandang rupa atau 
pun bentuk tubuh kita. Namun Dia melihat pada hati dan
amal-amal yang dilakukan hamba-Nya. 

 Saudari, kamu cantik sekali 
 Tapi cantik luaran tak akan pernah abadi. 
Saat ini kita boleh berbangga dengan kemolekan wajah ataupun bentuk tubuh. Namun beberapa waktu nanti, saat wajah telah keriput, rambut pun kusut dan berubah warna putih, tubuh tak lagi tegap, membongkok dimakan usia, 
tak akan ada lagi yang boleh dibanggakan. 
Lebih-lebih jika telah memasuki liang lahad, tentu tiada 
manusia yang mahu mendekat. 

 Saudari, kamu cantik sekali 
 Tapi kecantikan hanyalah pemberian dan untuk apa dibangga-banggakan? Sesungguhnya kecantikan patut disyukuri dengan cara yang baik. 
Mensyukuri kecantikan bukanlah dengan cara mempamerkan 
gambar atau membandingkan rupa, sedangkan hakikatnya 
wajah itu bukan milik kita.

 Tidakkah engkau rimas bila banyak mata lelaki yang memandang berhari-hari? Tidakkah engkau malu ketika wajahmu dinikmati tanpa kebenaran 
engkau sendiri yang menayang gambar. 
Ataukah rasa malu itu telah punah musnah? 
Betapa sayangnya jika demikian sedangkan ia sebahagian dari keimanan.

 Saudari, kamu cantik sekali 
 Tapi apa manfaat pujian dan kekaguman seseorang? 
Adakah ia akan menambah pahala dari-Nya? 
Adakah darjatmu akan meninggi di sisi Ilahi setelah dipuji? 
Tiada yang menjamin wahai ukhti. 
Mungkin malah sebaliknya, wajah cantik itu menjadikanmu tiada harga di hadapan-Nya, kerana kamu tak mampu memelihara sesuai 
dengan ketentuan-Nya. 

 Saudari, kamu cantik sekali Kecantikan itu harta berharga bukan barang murah yang boleh dinikmati dengan mudah. 
Dimana nilainya jika setiap mata begitu leluasa memandang cantiknya rupa. Dimana harganya dan kehormatan sebagai hamba Tuhan 
jika setiap orang, baik ia seorang kafir, musyrik atau munafik 
begitu mudah menikmati wajah para muslimah? 

 Saudari, kamu cantik sekali 
 Alangkah indah jika kecantikan luaran itu dipadu dengan kecantikan hatimu. Apalah erti cantik rupawan bila tak memiliki keimanan. 
Apalah guna tubuh molek memikat bila tiada rasa malu yang lekat. 
Cantikkan dirimu dengan cahayaNya.
 Cahaya yang bersinar dari hati benderang penuh keimanan. 
Hati yang taat sentiasa patuh pada syariat. 
Hati yang taqwa, yang selalu menjalankan perintah dan menjauhi larangan-Nya. Hati yang sederhana, yang tak berlebihan dalam segala urusan dunia.

Kredit :  Pen Patah

Jodoh..tak perlu cari yang sempurna



jika saya yang bertakhta di hati awak,sayangi saya sejujur hati awak..
jika saya yang awak rindui,simpan saya jauh dalam hati awak..
jika saya yang selalu menyakiti hati awak,
maafkanlah saya kerana itu bukan niat saya..
jika saya antara orang yang awak tak mahu kenang lagi,
ajar saya tuk memahami awak..
ketahuilah bahawa awak selalu dalam hati saya kerana saya amat bersyukur memiliki awak.. ^^

Satu ketika kau bertanya.. 

Sudikah kau menjadi Makmum disetiap solatku??.. 
Agar solatku lebih bermakna dan terjaga hendaknya..
Sudikah kau menjadi Penjaga maruahku??.. 
Agar hidupku lebih tenang dan bahagia..
Sudikah kau menjadi Pemerhati setiap gerak & langkah ku??.. 
Agar aku tahu mana yang salah & buruk lakuku..
Sudikah kau menjadi Peneman dikala suka dan duka ku satu hari??.. 
Jika ujian itu datang dan air mataku ada yg menghapuskannya..
Sudikah kau menjadi pembela diriku dan agama ku??..
Agar aku terus berada di jalan yang benar..
Sudikah kau menjadi Penggerak semangatku??..
Agar bila aku kelesuan kau mampu memberi bantuan 
walau hanya sekadar senyuman..
Sudikah kau menjadi Sahabat buat diriku??..
Mendengar luahan hatiku agar aku boleh berbicara apa sahaja dengan mu tanpa ada rasa resah dan ragu..
Sudikah kau menjadi penghibur ku tika ku kesunyian??..
Agar aku boleh ketawa riang..

Satu ketika aku menjawab..
Ya... AKU SUDI..
kerana kau pilihan ku kerana ILLAHI dan kau juga memilihku kerana petunjuk RABBI..

Tetapi..aku kembalikan soalan ini kepada mu..

Sudikah kau terus menjadi IMAM di setiap solatku..jika aku sudah tidak seperti dahulu??
Sudikah kau pula menjadi penjaga, pendidik, pemerhati, peneman, pembela, penggerak, sahabat dan penghiburku.. Jika satu ketika nanti aku sudah tidak lagi mampu menjadi makmum di setiap solatmu..
Jika aku sudah tidak lagi mampu menjagamu, menemanimu, memerhatikan mu, mendidikmu, membelamu, menggerakkanmu, menjadi sahabat mu dan menghiburkan mu..

Sudikah kamu??

Aku percaya...kau masih sudi..
Kerana aku pilihanmu kerana ILLAHI... dan aku juga telah memilihmu kerana petunjuk RABBI.. ^^

Until jannah !!! InsyaAllah syg.. :)

Mencari secebis kekuatan

Ya Allah..ambillah kembali rasa kesakitan di dalam hati hambaMu yang sedang menahan air sebak di dada..kerna hambaMu tidak mampu menahannya dari ianya mengalir..hambaMu merayu melutut.. Ya Allah ♥ 
Tidak mudah tersenyum ketika hati MENANGIS dan TERHIRIS..
tapi akan terasa indah ketika kita menyedari itu sebahagian dari kasih Ilahi 
agar Allah memindahkan KEBAIKAN- KEBAIKAN orang yang menyakiti kita..

 TIDAK MUDAH diri untuk bangkit dalam KEKECEWAAN..tapi akan terasa INDAH ketika kita menyedari bahawa Allah sedang menyapa dengan cintaNya agar kita terus KUAT dan TABAH.. 

 Tidak mudah memaafkan ketika kita DIBENCI dan DIHINA tapi ketahuilah dengan KEMAAFAN itu, hati akan menjadi lebih ikhlas untuk mengharap 
REDHA Ilahi. 

 Terkadang aku ingin mengintip takdirku agar hidupku lebih terencana. Tapi aku sedar, Allah menyimpan takdir untuk kejutan.