Jarak tu bukan menghukum..tapi menjaga

“Beruntungnya jika seorang perempuan itu dinikahi oleh seorang lelaki
kerana lelaki itu ingin mendidik dan membimbingnya ke jalan yang diredhai Allah..
 Dia tak menikahi kerana ingin menakluki, dia sedar,
bahawa sebenarnya bukan dia yang memiliki, tapi hanya meminjam pinjaman Ilahi.
Dia tak menikahi kerana ingin menguasai, kerana dia sedar,
dia akan memikul tanggungjawab besar sebagai seorang suami.
Dinikahi kamu bukan semata-mata berbekal cinta,
bahkan bermatlamat untuk memperbaiki agama. beruntunglah kamu,
wahai wanita yang dimuliakan. Semoga Allah redha.”
Yaa ALLAH…aku merindukannya kerana-Mu Ya ALLAH..
Jauhkanlah aku dari perkara yang bisa membuat aku lupa kepada-Mu.. 
aku semakin mengerti bahwa jarak ini bukan untuk menghukumku..
Tapi Jarak ini untuk Menjaga aku dan dia.. 

 Dengan'Jarak'ini..aku dan dia berjanji untuk berubah menjadi lebih baik.. 
 Dengan jarak ini..aku dan dia berjanji untuk Memperbaiki cinta kepada Ilahi.. 
 Dengan jarak ini..aku dan dia berjanji untuk Mencintai Pencipta kami lebih dari segalanya.. 
 Dengan jarak ini..aku dan dia berjanji untuk mendalami ajaran agama ini.. 
 Dan dengan jarak ini juga..aku dan dia yakin andai tiba saatnya nanti..
aku dan dia akan lebih siap untuk melayari semua ini dengan jalan yang diridhai.. 

Syukur Ya ALLAH…Kerana memberi peluang kepadaku melalui jalan-Mu ini.. 
 Syukur Yaa Rabbi..Kerana memberikan jarak itu kepada aku dan dia.. 

 Ya ALLAH….Sekiranya dia baik untuk dunia dan akhiratku, 
maka dekatkanlah dan satukanlah aku dengannya….
Tapi­sekiranya dia buruk untuk dunia dan akhiratku…Maka jauhkanlah aku darinya…
Dan dekatkanlah yang menurut-MU baik, dan aku butuhkan walau bukan yang aku inginkan...

Aamiin ya Rabbal'alamin..


Kebenaran kadang2 menyakitkan..

Readers!!! 
Bagi u all..pe yang u all akan pilih..tuk jujur even menyakitkan..
Atau bahagia..tapi atas satu pembohongan??


Ini sebuah kisah...kisah yang tak sudah..
Perjalanan yang pernah..membuat kita berubah..
Atas satu sebab munasabah..
Pencarian ini masih belum terhenti..
Dari sebuah perjalanan yang sedang dilalui..
Selagi berpegang teguh pada Ilahi..
InsyaAllah segalanya pasti.. :)

kadang-kadang hidup ni rumit, complicated, sukar dijangka, sukar diteka dan diramal. kadang-kadang sampai kepala naik mereng... agaga~~
kebenaran...bila kita tahu...memang menyakitkan..
Kadang-kadang sampai kita sendiri tak mampu..
Rasa nak terjatuh..rasa lemah sangat..
Tapi tak bermakna...kita tak perlu bangun kan???
Ada satu ketika..kita memang dah tak mampu..kita asyik menangis..
Buat kita selalu terfikir.. "Kenapa aku yang harus lalui?"
Tapi..kita kena yakin dengan ketentuanNya..
Sesungguhnya Dia lebih Maha Mengetahui..
Tentang setiap kejadian yang berlaku,,
Seberat manapun beban masalah yang kamu hadapi saat ini, percayalah bahawa semua itu tak pernah melebihi batas kemampuan kamu ♥
Kita???...jangan lar cepat berputus asa..
Andai betul sesuatu/seseorang/se se...semua lar..
Errr...andai betul ia tercipta uat kita..
Jika ia memang milik kita..
Jika ia telah diaturkan utk kita.
Ia akan tetap ada kaitan dgn kita..
Even hal yang kecik..tanpa penah kita sedar..

Pengalaman tu kan..mengajar kita erti dewasa..
Menjadikan kita lebih kuat.
Kebenaran tu...memang menyakitkan..
Tapi jika kita tak mampu..
Tak mungkin kita mengetahuinya..
dan mampu bertahan hingga saat ini. :)

“Allah tak menjanjikan hidup kita akan senang tanpa dugaan tetapi Allah berjanji akan sentisa ada bersama kita utk menempuhi dugaan &cabaran.” ^_^



Warkah buat bakal suami..


Saya tahu..nama awak dan saya dah tercatat di luh mahfuz sejak azali lagi. Allah jadikan saya dari tulang rusuk awak..awak jaga sy leklok erk. Walaupun bengkok namun dekat dihati awk utk disayangi dan dilindungi.

Awak, sy bukan sehebat Saidatina Khatijah, bukan sesuci Saiditina Aishah, bukan seteguh Zulaikha. Tapi saya teringin nak jadi macam mereka..hanya utk awk..saya sentiasa tunggu awk. Bakal daddy utk anak2 saya, imam utk keluarga kita, pelengkap hidup saya, saya pun teringin nak dengar awk azankn anak2 kita nanti. 
Mesti saya nangis masa tu coz tuhan temukan jodoh sy dgn awk.

Awk yg bernama bakal suami saya, saya minta maaf coz saya sepatutnya menjaga diri ni, jaga akhlak, jaga aurat dan pelihara diri saya hanya utk awk. Segala2nya utk awk. Biar lelaki pertama sekali yg tgk rambut sy, yg sentuh sy, yang dgr sy ckp rindu dan syg. Tp awk, di dunia yg tanpa sempadan ni, kdg2 sy leka..sy alpa..sy terpengaruh dgn maksiat di sekeliling. Saya tahu, awk mesti inginkan wanita suci yg hatinya belum diisi dgn mna2 lelaki, yg dirinya belum disentuh oleh mana2 lelaki walau dgn hujung jari.
Andai dapat ku ulang semula..
Suatu zaman yang bernama remaja
Akan terpelihara Segala Milliku
Hanya Buatmu..
Satu persatu telah ku hapus
Cerita lalu..
Ku ukir kisah yang baru hanya untuk mu..
Awk, saya minta maaf sgt2 coz awk bukan yg pertama yg bertakhta kt hati sy, sy dah tersalah bg cinta tu utk org lain dulu..spatutnya it’s just for u..special utk awk. Dlm perjalanan sy nak menuju kt puncak mahligai kita, saya tergelincir. Saya tercari2…mana awk..dtg la selamatkan sy dari rasa kecewa dgn mana2 lelaki. Sy nak awk lindungi sy. Awk..awk bkn lelaki pertama yg makan, keluar dan jalan dgn sy. Sy lalai dan leka dgn org lain. Sepatutnya awk org pertama yg wt semua 2 dgn sy.


Awk yg bernama bakal pembimbing sy, sy tak mengharapkan kesempurnaan dari awk. Sebab  tak ada manusia yg tak pernah wt silap. Sy tak mengharapkan paras rupa yg menawan, harta bertimbun..biarla ianya sederhana. Awk tau tak beratnya tanggungjawab awk nanti. Sy kesiankan kt awk. Sy taknk awk menanggung dosa sy sedangkan beban utk diri awk sndiri dah cukup berat. Awk...kalau awk sedar smua 2 msti dari awl awk akn pesan kt sy, 
"jaga diri, jaga tingkahlaku,jaga aurat" coz awk taknk dihumban ke neraka hanya kerana dosa sy dan anak2 yg terpaksa awk tanggung.


Awk,keterlaluan ke permintaan sy kalau sy impikan rumahtangga yg bahagia disamping awk n anak2 kita nnti. Sy nak jaga betul2..sy taknk anak2 kita nnti lalai terabai, kurang kasih sayang. Saya nak peruntukkan masa utk awk dan mereka. Saya nak sentiasa ada masa utk keluarga. Tak sanggup sy tgk anak2 yg masih kecil ditinggalkan seharian suntuk dengan org gaji. Mereka masih dahagakan kasih sayang kita. Sy nk bila awk sibuk, sy ada menggantikan tempat awk kt rmh.

Awk, yang lepas biarlah lepas..sy sedia terima walau pe pun sejarah awk. Saya tahu...saya juga pernah tersilap langkah sebelum niy. Kesilapan yg tak patut dimaafkan.. Awak..saya cuba yg terbaik tuk jadi pelengkap hidup awak.  
Saya nak jadi yg terbaik yg pernah hadir dlm hidup awak.. 
Saya menantikan saat awak lafaz sakinah.. :) 

CERPEN : Warkah cinta buat bakal suami yang dicari

Sebuah cerpen pencarian seorang lelaki yang ingin mencari calon isteri yang berakhir dengan satu warkah cinta yang amat menyentuh hati dan perasaan.

 “Dinikahi wanita itu kerana empat perkara; kerana hartanya, keturunannya, kecantikkannya dan agamanya. Maka pilihlah dalam hal keagamaannya. Nescaya beruntunglah kedua-dua tanganmu.”
 (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) 

“Kerja, kerja, dan kerja. Aku bosan dengan semua ini.”, getus hati kecil Izhar yang merasakan hidupnya sekarang sunyi dan sepi. Izhar merupakan seorang peguam di mahkamah syariah dan bertugas sebagai seorang pendakwa raya. "Hari-hari berhadapan dengan kes-kes penceraian, khalwat”, bagaikan tertekan dengan kesibukan kerjayanya sehingga diri sendiri seakan tidak terurus. “Hidup bersahabat memang berbeza dengan hidup berteman”, tiba-tiba sahaja tersentuh hati Izhar untuk mencari pasangan setelah sekian lama dia hidup bersendirian. Dengan ini, bermulalah kisah si Ustaz dalam mencari pasangan hidupnya.

 Dengan langkahnya pertama, usaha Izhar telah bertemu dengan seorang gadis. Namanya Alfatunnisa’. Cantikkan namanya, begitulah juga parasnya, secantik namanya. Gadis ini adalah rakan sekampus kawan Izhar semasa menuntut di Jepun dahulu. 

 Alfatunnisa’ adalah anak orang ternama, anak Tan Sri Ahmad. Gugup juga Izhar apabila hendak berhadapan dengan Tan Sri. Tetapi itu dulu, sebelum Izhar kenal dengan Tan Sri. Sekarang hubungan mereka nampaknya sudah rapat seperti saudara sendiri. Mungkin itulah yang dikatakan jodoh. 
Sebenarnya perkenalan dengan gadis ni bukanlah lama, sekejap saja. Mereka memang merancang untuk mendirikan rumahtangga bersama namun semakin lama dikenali, gadis itu seakan sudah banyak berubah. ”Mungkin ini bukan jodohku, aku tak tahu erti cinta. Adakah aku tertarik padanya ataupun pada hartanya. Nauzubillah, ya Allah, selamatkan diriku daripada godaan syaitan”, hati Izhar berbisik dan berdoa sendirian.

 Pada langkah pertama, Izhar gagal menemui cinta hatinya. Pencarian Izhar tidak berakhir hanya di situ. Akhirnya semasa menguruskan kes anak guamannya, Izhar tertarik pula dengan anak kepada anak guamannya. Surina namanya, berasal daripada keluarga yang sederhana, Orangnya bijak bekata-kata. Akhirnya Izhar terpancing jua. Sesungguhnya Allah mengetahui segala-galanya. Pada suatu hari, Izhar terserempak dengan Surina di salah satu pasar raya berdekatan bersama seorang jejaka, mesra sekali lagak mereka. Setelah disiasat, sungguh tidak disangka-sangka bahawa Surina yang sangat petah dan bijak berkata-kata selama ni sanggup berdusta dan mengambil kesempatan. Surina sebenarnya bekerja di kelab malam. ”Astaghfirullahal azim.. Alhamdulilah, aku bersyukur padamu ya Rabbi, Engkau menyelamatkanku daripada segala bencana, sekiranya aku berkahwin dengan keturunan seperti ini, amatlah pedih untuk aku melalui sisa-sisa hidup ini”, syukur Izhar atas segala petunjuk daripadaNya. 

 Setelah kecewa dengan gelagat cinta yang baru ditemui itu, Izhar sepertinya sudah putus harapan. Bagi Izhar, biarlah masa yang menentukan kerana dia yakin akan ketentuan Allah. Bulan silih berganti, hari demi hari, putaran jam meninggalkan masa-masa yang lalu. Izhar semakin sibuk dengan menguruskan firmanya. 

Suatu hari, Izhar menghadiri mesyuarat untuk satu program yang disertainya, program “Selamatkan Jiwa”. Mesyuarat pada hari itu pula melibatkan seluruh mahkamah syari’ah di kawasan tersebut. Dalam kalangan ahli jawatankuasa yang datang, Izhar terpandang ke arah seorang wanita yang dirasakan amat berbeza dengan wanita-wanita lain. Sangat pendiam orangnya. Diam-diam ubi berisi, namun apabila melontarkan idea, cukup bernas! Memang cantik orangnya. Sopan dan berjubah adalah penampilan yang dipilih. Tidak hairanlah kerana gadis ini merupakan alumni Universiti Al-Azhar, dan ayahnya adalah imam di kampungnya.

 Izhar akhirnya mengambil kata putus untuk menulis sepucuk surat untuk menyatakan isi hatinya. 

Salam perkenalan buat saudari Sa’adatul Sakinah… 
Dengan lafaz bismillahhirrahmanirrahim, saya meminta izin daripada saudari untuk mengenali dengan lebih dekat lagi. Saya amat tertarik dengan saudari, pandangan mata yang penuh keihklasan melontarkan idea-idea yang bernas untuk melakukan kebajikan di jalan Allah.
Mungkin Allah telah mempertemukan kita, dalam situasi yang sama. Dirimu yang sempurna, memperjuangkan kalimah suci Allah membuatkan saya tertarik dengan saudari. Tidak sepertimana perempuan-perempuan di luar sana yang pernah saya kenali. 
Andainya diri tidak berpunya, izinkan saya untuk melamar awak sebagai isteri saya yang sah. 
Ikhlas, Izhar… 

Warkah Izhar kemudian disambut dengan sebuah nota.. 

Wassalam saudaraku Muhd Izhar…
 Buat saudara yang baru ku kenali, sesungguhnya pertemuan dan perpisahan adalah milik Allah, Dialah yang berhak mengaturkan segalanya.
Sudi-sudikanlah menghayati nota-nota yang ku tulis buatmu…
 Wahai saudaraku.. Cinta pertama mengukir peristiwa, mengugat pelbagai perkara. Ketahuilah saudara, jangan mempercayai pada pandangan mata, ia hanya pandangan syaitan durjana.
Usah memujiku lebih darinya, kiranya diri ini masih kurang seadanya, idea hanyalah pandangan manusia, belum tentu betul pada pandangan yang Esa.
Sempurnaku tak sempurna Nabiku, kerana aku hanya manusia biasa, dan ketahuilah sahabat, manusia tidak akan pernah sempurna. 
 Wahai saudaraku.. Janganlah kau membanding-bandingkan diriku dengan insan lain, sesungguhnya Allah tidak menyukai hambaNya mempersoal mengenai keburukan mereka.
Kiranya engkau membenci kemaksiatan, tugasmu adalah membawa mereka berhijrah dan tidak sesekali berhujah untuk menyemarakkan lagi hati mereka.
 Kiranya aku jatuh cinta padamu, itu kerana aku jatuh cinta pada kesederhanaanmu, dan kiranya aku membenci dirimu, tidak bermakna aku membenci dirimu,
tetapi aku membenci egomu. 
Ingatlah wahai Adam, manusia adalah sama, hiris tangan, pastinya darah yang mengalir adalah merah.  Hanya Allah yang dapat membezakan hambanya, dan kita sebagai hamba tidak layak untuk membuat penilaian. 
 Andainya kamu mencintaiku kerana Allah yang maha Pencipta, sesungguhnya aku belum berpunya, diriku hanyalah untuk Dia. Aku menerima lamaranmu dengan hati yang terbuka,
Kiranya ini menambahkan ketaqwaanku padaNya.
Inilah nota-nota cintaku buatmu lelaki yang akan bergelar suami.. 

“Astaghfirullahal ’azim… Astaghfirullahal ‘azim… Astaghfirullahal ‘azim… Ampunkan dosaku ya Allah. Sesungguhnya selama ini aku telah tewas dalam permainan cinta. 
Terlampau mengejar cinta, aku telah melakukan dosa pada mereka. Sesungguhnya diriku kerdil di hadapanMu ya Rabbi. Aku sememangnya tidak layak untuk menghukum manusia, sesungguhnya aku seorang hamba seperti mereka”, doa Izhar selepas menunaikan solat tahajjudnya. Izhar kini bersyukur kerana telah dikurniakan oleh Allah seorang isteri yang solehah, mampu memandu hidupnya dan saling melengkapi dan memperbaiki dalam kesilapan masing-masing. 
Dia tersedar akan kesilapannya terhadap Surina dan Alfatunnisa yang gagal menemukan mereka kepada kebenaran. Yakinlah bahawa sesungguhnya jodoh itu rahsia Allah dan masanya pasti akan tiba. 






CERPEN: Sudikah awak jadi isteri kedua??





“Awak sudi jadi isteri kedua saya?” tanya Fikri tegas dan yakin.

Tiba-tiba mata Fulanah merah, air mata mula bergelinang di kelopak bawah.

“Tak sangka awak sudah beristeri! Awak jahat! Sanggup mempermainkan hati saya. Awak ingat saya tiada maruah? Hah!” pekik Fulanah dengan suara tersekat-sekat.

Mata Fikri liar melihat kiri kanan, mungkin ada sesiapa yang memandang perlakuan dia dan Fulanah. Bukan takutkan pandangan manusia, tetapi lagak Fulanah langsung tidak selari dengan penampilannya.

“Saya ingat kita lama berkawan, awak masih bujang. Tapi rupa-rupanya…” Fulanah mula sebak.

“Tak. Maksud saya…”

“Sudah! Jangan bermulut manis lagi. Cukup!” potong Fulanah dengan kasar.

“Awak nampak macam alim, tapi sanggup menipu saya. Dan awak sanggup melamar saya menjadi isteri kedua awak. Awak ingat saya ni siapa?” suara Fulanah semakin tinggi, setinggi egonya.

Fikri diam seribu bahasa. Dia sudah tahu ‘Fulanah’ di sebalik Fulanah yang dia kenal selama ini.

Fulanah bergegas dari situ sambil mengelap air mata dengan tudung labuhnya yang berwarna kuning. Dalam hatinya, Fikri seolah-olah menghinanya apabila memujuknya untuk bermadu.

Fikri muram. Namun masih terselit kekecewaan di sudut hatinya. Kekasih hatinya belum bersedia rupa-rupanya.

“Ada hikmah,” bisik hati kecil Fikri, sekecil pandangannya terhadap Fulanah.

Hujung minggu berjalan seperti biasa. Program-program dakwah menyibukkan jadual Fikri sebagai seorang Muslim yang beramal dengan apa yang diyakininya. Duitnya banyak dihabiskan untuk memenuhi tuntutan dakwah yang seringkali memerlukan pengorbanan yang tidak berbelah bahagi. Namun, hatinya tegas dan yakin bahawa inilah jalannya. Jalan yang membawa dia menemui Tuhannya dengan hati yang tenang serta bahagia di hari kelak.

Keyakinan serta keaktifan Fikri berdakwah sedikit sebanyak memenangi hati gadis-gadis dalam jemaahnya. Malah, Fikri dilihat sebagai calon suami yang bakal memandu keluarganya nanti ke arah memperjuangkan agama yang dianutinya sejak sekian lama. Sudah terlalu ramai Muslimah yang menaruh hati padanya, namun, Fulanah terlebih dahulu rapat dan memenangi hati Fikri. Bagi Fulanah, Fikri seperti pelengkap kepada dirinya. Namun, hanya sehingga saat Fikri melamarnya menjadi isteri kedua.

Fikri masih lagi aktif dalam dakwah meskipun hubungannya dengan Fulanah nampak seperti tiada jalan penyelesaian.

Dia mahu berbaik dengan Fulanah, namun sikap Fulanah yang keras dan kurang memahami erti dakwah membantutkan usaha Fikri tersebut. Bagi Fulanah, Fikri tak ubah seperti lelaki lain.

Gerak kerja dakwah Fikri berjalan seperti biasa. Siangnya ke hulu ke hilir memenuhi program serta amal jariah kepada masyarakat. Malamnya sibuk dengan mesyuarat dengan sahabat-sahabat seangkatannya. Fikri semakin percaya jalan dakwahnya, sama sekali dia tidak akan berganjak dari jalan ini hatta datang ancaman sebesar gunung sekalipun.

Dia terlalu matang, jauh sekali daripada pemikiran pendakwah lain yang semudanya. Namun, Allah SWT Maha Mengetahui lagi Maha Pemurah. Sekali lagi Dia menghantar seorang perempuan bagi menguji Fikri sama ada dia menjadi pemangkin atau perencat bagi dakwah Fikri.

Suatu petang dalam suatu program dakwah di sebuah madrasah, Fikri dikejutkan dengan luahan ikhlas dari sahabat lamanya, Nusaibah. Fikri sekali lagi gusar takut-takut Nusaibah tidak dapat menjadi sayap kiri perjuangannya selepas berumahtangga nanti. Isteri pertamanya sudah pasti membawa Fikri menemui Tuhannya, namun, Nusaibah yang kurang dikenalinya adakah sama seperti Fulanah atau tidak?

Fikri bercelaru, tetapi tidak bermakna lamaran Nusaibah ditolak. Dia meminta sedikit masa untuk memikirkan keputusan tersebut. Setelah merisik pemikiran Nusaibah daripada beberapa sahabat terdekatnya, Fikri berjumpa dengan Nusaibah bertemankan sahabat baiknya. Dengan tegas dan yakin, sekali lagi Fikri mengulangi soalan yang pernah ditanya kepada Fulanah.

“Awak sudi jadi isteri kedua saya?” tanya Fikri tanpa segan silu.
“Sudi,” jawab Nusaibah ringkas.

“Err, err, betul ke ni?!” tergagap Fikri apabila menerima jawapan Nusaibah yang tenang dan yakin.

Nusaibah mengangguk kepalanya sedikit. Langsung tiada rasa takut mahupun kecewa apabila lamaran sebagai isteri kedua yang dilafazkan oleh Fikri.

“Kenapa saya?” tanya Fikri ingin tahu.
“Saya ingin membantu gerak kerja dakwah awak,” jawab Nusaibah yakin tetapi sedikit malu.
“Baiklah,” jawab Fikri tersenyum.

Akhirnya, Fikri dikurniakan sayap kiri yang sangat membantu dalam gerak kerja dakwahnya selama ini. Setelah seminggu mendirikan rumahtangga bersama Nusaibah, Fikri terasa dakwahnya semakin laju. Jadualnya senang, pakaiannya dijaga, makannya disedia. Malah, Nusaibah sangat membantu gerak kerja Fikri semampu mungkin. Setiap kali turun ke lapangan untuk berdakwah, Fikri membawa Nusaibah untuk membantu kerja dakwah seadanya. Kadang-kala letih menyinggah Nusaibah. Suaminya terlalu kerap keluar berdakwah, seperti mesin yang tiada hayat. Namun, inilah yang dia yakini sebelum berkahwin dengan Fikri. Membantu suami melancarkan gerak kerja dakwah. Nusaibah juga berjaga-jaga takut dirinya pula yang menjadi pembantut atau penghalang dakwah suaminya.

“Abang, saya nak tanya boleh?” sapa Nusaibah dalam kereta sewaktu dalam perjalanan ke sebuah program dakwah.
“Ye sayang?” jawab Fikri sambil memandu.
“Abang tak pernah pun bawa saya jumpa isteri pertama abang,” luah Nusaibah yang sangat teringin berjumpa dengan madunya.
“Dah sampai sana nanti, kita akan jumpa,” Fikri menoleh sedikit ke arah Nusaibah, sambil tersenyum.
“Yeke? Dia datang program tu rupanya,” jawab Nusaibah riang.

Hatinya berdebar ingin berjumpa madunya yang banyak membantu Fikri dalam gerak kerja dakwah. Di sudut hati kecil Nusaibah, dia merendah diri kerana usahanya membantu dakwah suaminya hanya sedikit berbanding dengan isteri pertama Fikri yang banyak membantu selama ini. Tidak hairanlah Fikri aktif dalam dakwah sebelum ini.

“Kita dah sampai,” Fikri membuka pintu keretanya sambil memegang beg berisi fail di tangannya. Fikri berdiri, menghadap ke arah sebuah khemah di hadapan masjid, lalu menoleh ke arah Nusaibah yang berdiri di sebelah kiri kereta.

“Itu isteri pertama abang,” Fikri menuding jari ke arah khemah tersebut.
“Mana bang?” Nusaibah mengecilkan matanya, fokusnya mencari arah jari Fikri.
“Tak nampak pun,” Nusaibah meninggikan sedikit hadapan kakinya.
“Siapa nama isteri pertama abang?” Nusaibah sangat berdebar.

Fikri tersenyum lebar, memandang Nusaibah penuh tenang.

“Perjuangan!!” jawab Fikri.


Sedarlah semua kalian akan dimadukan!
Jika dirimu bakal seorang isteri…
Terimalah kenyataan bahawa anda akan dimadukan,
Bahkan anda bukan isteri pertama yang bakal dikahwini…
Tetapi anda adalah bakal isteri kedua!!!
Kerana isteri pertama bagi suamimu ialah perjuangan Islam!!
Perkahwinan ini telah lama dilangsungkan…
Kehadiran dirimu…
Adalah untuk bersama berganding bahu memperjuangkan Islam
Bukan menjadi batu penghalang perjuangan suamimu!
Janganlah jadikan dirimu sebagai punca serta merendahkan harga dirimu…
Dengan terjadinya perceraian suamimu dengan isterinya yang pertama iaitu perjuangan Islam!
Jika dirimu bakal seorang suami…
Terimalah hakikat…
Anda bukanlah suami yang pertama yang bakal dinikahinya
Atau insan yang pertama yang dicintai dan disayangi oleh bakal isterimu!!!
Bahkan dirimu adalah insan yang kedua yang dicintainya,
Kerana suami yang pertama bagi isterimu…
Ialah perjuangan Islam dan memartabatkannya!
Dia mencintaimu kerana dirimu mencintai Islam dan memperjuangkan Islam.
Jika dirimu tidak sedemikian,
Sekelumit cinta pun tidak akan lahir dalam sanubari isterimu!


credit to Nabiha




Tak kenal maka tak cinta..

Orang cakap..tak kenal maka tak cinta.. Jangan nilai seseorang tanpa kita pernah kenal siapa dia..
Memang betul..kita tak boleh nak puaskan hati semua pihak..

Kadang ada satu ketika kita terlalu mencari kesempurnaan..
Sehingga yang ada kita abaikan..
Sedangkan tak akan ada yang sempurna.. Pasti ada cacat celanya..
Sebab tu kita tak perlu yang sempurna..
Tapi kita perlu yang melengkapkan ketidaksempurnaan tu (errr...cmtu kowt)

Satu ketika dahulu...ada satu cerita..
Cerita yang tak sudah..tapi kini dah terlerai..
Walau belum Ending sepenuhnya....

Org cakap tak kenal maka tak cinta..
Ye...jangan menilai seseorang hanya dari luarannya..
Sangat buruk padahnya..sangat sakit tuk sembuhkan..
Sangat pedih tuk dilepaskan...
Mungkin tu cuma cubaan.. Mengajar erti sebuah kehidupan..
Kadang kita tak pernah sedar..tak pernah nampak..
Tak pernah bagi peluang.. Ada disekeliling kita..
Seseorang yg kita perlu tuk melengkapkan kekurangan diri..
Malah mungkin lebih baik dari apa yg kita impikan..
Sampai satu ketika...lepaskan..yg tak pernah berusaha utk kita.. ^^

Oke..tu cerita lain..sekarang cerita lain..

Tak kenal maka tak cinta... kalau dulu..
"haaishh..cm tak leh lama jee kat tempat ni.."
"cm tak leh nak ngam jee.."
"sombong laa die tu...cm garang jeee"
"naseb prktikal jee weyh..."

Tapi kini..semua berubah...
Semua rasa sayang nak tinggalkan..
Kenangan yg dah tercipta..memang takkan pernah lupakan..
Masa tuk praktikal dah nak abeh... sedih pulak..huhu

*De yang pesan...
"Cik Cahayaa... boleh tak..kan kan....tulis direct jee pe nak sampaikn..
Jgn la kias sgt..tak paham kang.." 
hihi...nak uat guane..tak leh nak direct sgt... sabo jee la ea.. =_=