Hati seorang bergelar ADAM..

Kali ni nana nak kongsikan nukilan seorang adam ni...
Nukilan ini milik  
Bila baca tu..rasa menusuk dalam kalbu.. ^^
Tajuknya.. Sembilan untukku..satu untuk mu.. 



Wahai dikau pemilik persona yang mendamaikan,
Maafkan aku kiranya nukilan ini membuatmu jauh hati padaku

Aku tahu kamar hatimu terbuncang tulus kasih yang tak berbelah bahagi,
Aku tahu kerana aku juga begitu.
Aku tahu raudhahmu sarat kuntuman cinta yang harum mewangi,
Aku tahu kerana aku juga begitu.

Padamu selalu aku bisikan, dalam senda beralas, dalam gurau berbalas.
Bukan aku tak bersedia menerimamu sepenuhnya,
Bukan aku tak bersungguh denganmu seadanya.
Tapi itulah kata syariat, itu jugalah kata adat.
Langkah harus beringat, berkasih biar bertempat

Bagiku telah difitrahkan sembilan akal bak pahlawan,
Dan satu nafsu yang tidak terlawan,
Bagimu sembilan nafsu yang mudah ditawan,
Dan satu akal yang berpangkat bawahan

Bukan ini diskriminasi ilahi
Tapi itulah anugerah yang sangat berseni
Terciptanya kamu dari serpihan penuh rahsia
Yang mohon dituntun penuh waspada
Barang kau ingat wahai puteri
Sembilan akalku nakal tidak terperi
Satu nafsuku itulah raja,
akalku pula setia bekerjasama
Sembilan akalku sedia berpadu,
demi memenuhi nafsu yang satu.




Aku hanya wanita biasa..


Aku hanya wanita biasa,
Tampak Sempurna Di Luarannya,
Namun Hakikat Masih Memerlukan Seseorang,
Untuk Menyempurnakan Kehidupanku..

Dan Buat Adam Yang Bakal Menjadi Pendampingku Kelak,
Ketahuilah Bahawasanya,
Aku Takkan Selamanya Nampak Muda Dan Menarik,
Kerana Waktu Bakal Memamah Usia,
Tua itu pasti menjangkau tiba..

Buat dia bakal menjadi raja di hati,
Aku Hanya Wanita Biasa,
Kadangkala Ada Waktu,
Saat kerja menghambat waktu,
Aku mungkin terlalai seketika,
Maafkanlah aku,
Apabila aku alpa dengan duniawi,
Maka tegur dan bimbinglah aku..

Buat Dia Bakal Imamku,
Aku Hanya Wanita Biasa,
Aku Mohon Sokongan dan Bimbingan,
Aku Mohon Pemahaman dan Pengertian,
Aku Mohon Kasih Sayang Tidak Berpenghujung,
Aku Mohon Kekuatan Meneruskan Liku-Liku Kehidupan,
Bimbinglah Aku, Ajarlah Aku..
Fahamkan Aku Supaya Aku Tahu,
Redhakanlah Hatimu Menerima Segala Kekuranganku,
Kerana Aku Hanya Wanita Biasa..

Diam lebih baik..

Ketika kita sedang dilanda kemarahan, janganlah hati kita mencipta jarak. Lebih – lebih lagi mengucapkan kata-kata yang mendatangkan jarak hati di antara kita.
Mungkin di saat seperti itu, diam merupakan cara yang bijaksana. Kerana waktu akan membantu kita...

Kadang-kadang...bila kita diam.. Dapat menyelesaikan sesuatu perkara..
Dengan hanya diam.. seribu satu fikiran dapat dirungkai..
Lebih baik diam daripada berkata-kata kalau berkata-kata itu lebih membawa sengsara
Lebih baik diam daripada bertindak apa-apa kalau bertindak apa-apa itu lebih membawa derita
Lebih baik diam daripada bergerak ke mana-mana kerana bergerak ke mana-mana itu lebih membawa seksa

Matangnya fikiran mencerminkan seseorang..
Walau kadang-kadang kita sendiri tak tahu apa yang kita fikirkan..
Sampai satu tahap..kita berfikir bukan-bukan..

Yee..aku seorang gadis biasa.. yang masih tercari-cari identiti..
Yang memerlukan seseorang disisi.. Aku tak kuat..aku sering terjatuh..
Walaupun aku mampu tersenyum..bukan dari dalaman aku..
Ada satu ketika..aku terpaku sendirian.. dan tertanya..
"adakah ini pengakhirannya??.. Mampukah aku teruskan??"
Sakitnya hati ini,,sakit sangat-sangat..
Rasa nak menjerit...nak berteriak sekuat hati..
Aku penat dgn semua ini..
Tapi aku masih belum berputus asa..
Yee...aku masih mampu..



Cinta..mesti ada yang memberi dan menerima


Semalam awak datang ke dalam hidup saya. Saya cuba berikan cinta semampu yang saya tahu. Awak ajar saya, apa tu kasih sayang, awak ingatkan saya apa itu rindu.  Tapi tiba-tiba awak 
hilangkan diri. Tanpa beritahu apa salah saya yang sebenarnya..

Hari ini, saya cuba jadi kuat. Cuba menjadi tekad seperti mana diri saya sebelum awak muncul dalam hidup saya. Andai kata, di luh mahfuz mmg
 sudah tertulis nama awak sebagai takdir hidup saya, 
saya terima dengan hati terbuka. Sebab saya masih sayangkan awak.

Tapi jika ada yang lain tertulis "dia" adalah jodoh saya yang sebenarnya, 
saya minta satu sahaja. Doakan saya mampu lupakan awak. Sebab saya mahu mencintai pasangan dunia dan akhirat saya setulus hati. 
Kerana dialah " pelengkap buat kaki saya melangkah ke syurga..

Credit : Facebook.. (Tak ingat page pe..hee)