CERPEN : Mata siapa yg tidak pernah menangis.


Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu dan menyebarkan risalah bertajuk "Jalan-jalan Syurga" dan beberapa karya Islamik yang lain. 

Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun. 

Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan seraya berkata "Ayah! Saya dah bersedia" 

Ayahnya terkejut dan berkata "Bersedia untuk apa?". "Ayah bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah" 

"Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat" 

"Ayah, bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun" 

Ayahnya menambah "Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca sebegini" 

Dengan merintih anaknya merayu "Benarkan saya pergi ayah?" 

Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada anaknya "Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!" 

"Terima kasih Ayah" Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu. 

Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan risalah itu kepada penghuninya. 

Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah "Jalan-jalan Syurga" ada pada tangannya. DIa berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih ada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal. 

Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu di rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali. Ditunggunya sebentar dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu itu namun sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi, mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya, pintu rumah itu dibuka. 

Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an. 
Mukanya suram dan sedih. "Nak, apa yang makcik boleh bantu?" 

Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit "Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling bertuah". Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi. 

"Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu" dalam nada yang lembut. 

Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya "Ada sesiapa nak menyatakan sesuatu" 

Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah perempuan separuh umur itu. 

"Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini yang kenal saya. Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim. Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan dalam dunia ini" Air mata mulai bergenang di kelopak matanya. 

"Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu lagi diketatkan di leher. Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi lagi. Kemudian, saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi". 

"Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini setelah sekian lama. Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi ke pintu" 

"Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu. Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat". "Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik" Itulah kata-kata yang paling indah yang saya dengar". 

"Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu dan terus baca risalah itu setiap muka surat. Akhirnya, kerusi dan tali yang hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka. Aku tak perlukan itu lagi". 

"Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada selama-lamanya di dalam neraka" 

Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yang berteriak dan bertakbir. ALLAHUAKBAR! Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya. 

Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat. 

Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah ALLAH kepada makhlukNya yang penyayang. Panjangkanlah risalah ini. Ingat ALLAH sentiasa menyayangi dan memelihara kamu! 

TAKBIR!! ALLAHUAKBAR! 

Wassallam 


CREDIT : My Heppi



Pendosa tanpa noktah..

Pada saat manusia membencimu tanpa alasan yang jelas,
ingatlah bahawa Allah menyayangimu tanpa syarat....



Sungguh, aku hanya insan dari silam yang kelam...
Hati kita akan mati jika kita jauh dari agama...

Kembalilah pada Allah, yakin dan percayalah... 
Percayalah bahawa Allah sentiasa menanti kepulangan hamba-Nya untuk bertaubat...

Ingatlah, dengan mngingati Allah, hati akan menjadi tenang...

Hayatilah agama dengan syariat, bukannya adat...

Allah..Allah..Allah...
 

Kadangkala kita perlu menyepi, untuk mencari kekuatan diri yg telah hilang..
Adakala kita perlu menyepi, untuk mencari ketenangan hati...
Adakalanya kita perlu menyepi..untuk kebaikan diri sendiri...
dan kadangkala sepi itu indah...


Jika satu saat aku berhenti...jika satu saat aku menghilangkan diri..
Jangan laa datang mencari...penat dengan pentas duniawi..
Terlalu penat mengejar yg tak pasti..
Aku yang terlalu naif...naif dengan lakonan manusia..
Entah laa..penat...penat dgn sebuah ego..

 Benarlah kata pepatah; Lidah manusia itu adalah lebih tajam daripada mata pedang
Ada ketika tanpa sedar..apa yang diucap...buat org terasa...

Sick of crying... Tired of trying..
Yess I am Smiling...but inside I am dying..




Adakah aku sedang diuji??.. Dengan sandiwara pelakon pentas duniawi..
Lelah dengan wajah yang bertopengkan manusia...
Jika langkah kali ini masih tersilap...bawa diri pilihan yang terbaik..
Yaa...menyepikan diri...biarlah waktu yang membatasi..





Apakah aku layak digelar muslimah ???


Entry kali ni dipetik sepenuhnya dari blog Langit Ilahi milik Hilal Asyraf.  Sangat mendalam maksud yg cuba disampaikan walaupun ringkas. Sekadar perkongsian bersama... :)



Soalan Menarik
“Apakah aku layak digelar Muslimah?”
Ini bukan soalan yang saya reka. Soalan ini pernah ditanya kepada saya.
Soalan ini menarik perhatian. Konteks di sebalik soalan ini membuatkan saya fikir seolah-olah “Muslimah” itu satu level Iman 99 Petala Langit yang hanya golongan sehebat Pendekat Laut sahaja yang boleh capai. Seolah-olah hanya segelintir sahaja yang layak masuk “kelab” ini.
Allahua’lam. Ini hanya spekulasi saya sahaja. Soalan ini ada pencetusnya. Apakah pencetus itu? Saya ingin tahu dengan lebih lanjut.
Apa yang pasti ialah gelaran “Muslimah” itu sudah menjadi satu label yang menggambarkan seorang perempuan Muslim yang begitu hebat, sehinggakan ada antara Muslimah-Muslimah kita yang rasa “tidak layak” untuk digelar “Muslimah”.
Siapakah Muslimah?
Sedangkan apabila seorang perempuan berpegang teguh dengan Shahadah, maka dia bergelar Muslimah. Muslimah itu bukan diukur dengan panjang tuduh atau labuh jubahnya. Sama juga dengan lelaki. Dia tidak dipanggil Muslim kerana panjang pendek janggutnya.
This is a matter of how you see people.
Muslimah itu seorang yang berjihad menentang nafsunya hinggalah maut menjemput. Satu perjuangan dalaman yang tiada sesiapa pun yang dapat lihat, dengar, hidu, sentuh, atau rasa. Tetapi perjuangan dalaman itu ada.
Boleh Jadi…
Boleh jadi seorang Muslimah itu tidak bertudung, tetapi dia menangis kepada Allah meminta kekuatan untuk menyarung sehelai kain di kepalanya.
Boleh jadi seorang Muslimah itu mempunyai teman lelaki, tetapi setiap sentuhan bukan mahram umpama jilatan api neraka baginya.
Boleh jadi seorang Muslimah itu seorang yang tidak solat, tetapi setiap kali azan berkumandang hatinya merayu kepada badannya untuk berdiri di hadapan Allah.
Boleh jadi seorang Muslimah itu…(etc.)
Kelembutan Rasulullah
Teringat saya kisah seorang sahabat yang ketagih minum arak. Walaupun sudah berkali-kali ditangkap dan dihukum kerana meminum arak, dia tidak serik-serik lagi. Satu hari, dia ditangkap lagi. Apabila hukuman dijatuhkan, seorang sahabat yang lain memakinya. Apabila Rasulullah mendengar makiannya itu, dia bersuara, “Jangan memakinya! Apa yang aku tahu ialah dia mencintai Allah dan RasulNya.”
Sahabat yang minum arak itu tersentuh dengan kata-kata Rasulullah. Mana mungkin dia tidak tersentuh, setelah kekasih hati membela dirinya. Sejak hari itu, dia tidak minum arak lagi.
Ya, tidak dinafikan bahawa apa yang dilakukan olehnya itu salah di sisi agama. Tetapi itu tidak bermakna dia tidak beriman. Lemah iman, mungkin. Tetapi tidak bermakna dia tidak beriman. Rasulullah sedia maklum dengan perjuangan para sahabatnya dalam melawan nafsu mereka. Instead of tolak mereka ke tepi, Baginda naikkan semangat mereka dan memberikan dorongan yang mereka perlukan untuk terus berjuang dan tidak mengaku kalah.
Beginilah Rasul kita.
“Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu.” (Surah Ali Imran: 159)
Konklusi
Muslimah itu ialah seorang perempuan Muslim.


Jari kita.. Tahu kee??...

Hye readers ! ! Sedar tak kita..kenapa selalu cincin perkahwinan/pertunangan 
akan dipakai dijari manis???...

cube test...
Buat seperti gambar dibawah..

1. Cuba buka dan renggangkan ibu jari. Jari ini mewakili kedua ibubapa kita. Ianya boleh dibuka sebab semua manusia akan sakit dan mati.
 Satu hari nanti kedua orang tua kita juga akan pergi meninggalkan kita.

2. Rapatkan semula ibu jari dan buka jari kedua (jari Telunjuk ). 
Jari ini mewakili adik beradik kita yang juga satu hari nanti akan berkawin dan bila dah berkeluarga, mereka juga akan meninggalkan kita.

3. Rapatkan semula jari kedua tu dan buka pula jari kelima (jari kelingking).
 Jari ni mewakili anak-anak kita bila kita dah berkeluarga nanti. 
Kita pun kena menerima hakikat bahawa mereka juga
akan pergi meninggalkan kita bila mereka juga telah berkawin dan berkeluarga.

4. Rapatkan semula jari kelima tu. Sekarang cuba buka jari manis yang kita sarongkan cincin perkahwinan kita tu. Korang mesti terkejut jari manis tu sedikit pun tak mau bergerak dan tak
boleh dibuka langsung. Aneh kan!!! ... 
kerana jari manis lah lambang hubungan suami isteri...  bila dah nikah dan bersatu ianya harus bersama hingga ke akhir hayat. Pelek tapi benar dan itu lah hakikat sebenar cinta sejati yang penuh dengan kasih sayang ... terus bersama hingga ke akhir hayat.

Ibu Jari = Ibu Bapa
Jari ke-2 = Adik beradik
Jari ke-3 = Diri kita
Jari ke-4 = Pasangan hidup kita
Jari ke-5 = Anak-anak kita

Kita renung-renungkan lah tanggungjawab kita bila kita berkahwin nanti.


Tanpa kita sedar dan mungkin juga kita alpa..
Sekadar pengetahuan am..umum dan semua laa..
Sesungguhnya Allah S.W.T Maha Mengetahui.. :) 





Awak...kita ini bercintakah??




Dipetik dari buku Sebelum Aku Bernikah puisi Hilal Asyraf..

Awak....kita tak berpegangan tangan seperti mereka..
Melafaz kata cinta berbalas-balasan
Bahkan sering ada jarak antara kita
Dan wujud pelbagai batasan

Kita ini bercintakah??

Awak...kita tak sering berhubungan,
Tiada bicara manis..
Dan masing-masing sibuk dengan diri dipersiapkan..

Kita ini bercintakah??

Ya, kita ini bercinta..
Cuma bukan dengan definisi mereka..
Tetapi dengan definisi-Nya

Belum waktunya atau melangkaui batas yang ada..
Sekarang adalah masa untuk mempersiapkan diri kita
Manis hubungan bukan pada pegangan tangan
Juga bukan pada bicara kata
Tetapi dengan hubungan kita terhadap Tuhan.,,
Dan sejauh mana kita menjaga pasangan dari neraka..

Nanti kita bersama..
Kita bukanlah keluarga biasa..
Bahkan pasangan yang siap untuk menebus syurga-Nya

Awak...bukankah itu adalah cinta??





Penat melawan emosi


TEKANAN !!! Siapa yang dapat lari..
Siapa yang dapat bersembunyi..


Kadang-kadang..kita cuba jadi kuat..
Walaupun sebenarnya kita lemah.
Kita cuba tersenyum..walaupun hati kita parah..
Kita cuba menerima..walaupun hati kita pasrah..
Kadang-kadang gak..kita sendiri EGO..
Ego untuk mengalah.. Ego untuk berubah..
Ego untuk menerima.. Sehingga kita perlu berpura..

Ada ketika...kita berhenti terlalu lama..
Sambil memerhatikan..sehingga kita alpa..
Masa tu pergi meninggalkan kita..
Nak atau tidak..kita perlu memilih..
Atau..kita yang harus terima untuk kehilanngannya..
Peluang tu cuma datang SEKALI..

Namun...sekuat mana kita cuba bertahan dengan pilihan kita..
Akan sentiasa ada pilihan pilihan yang datang,,
Yang menguji dan menduga..
Hingga suatu ketika kita tertanya-tanya..
"Adakah aku sudah tersilap langkah??"
Entahlar..jawapan itu ada,,
Kita yang tak pasti.. 

Bila harus memilih...akan ada yang terluka sakit..
Akan ada yang menangis mengalir air mata..
Tapi..itu mungkin seketika..
Hati kita..walau seretak mana ia..
Walau jatuh berderai sekali pown..
Walau pecah ke kepingan yang halus..
Hati tu..akan tetap berfungsi..
Akan ada yang hadir merawatnya..
Yang hadir memenuhi setiap ruang kosong yang tinggal..
Cuma..kita kena ingat,,
Setiap pilihan yang kita buat..akan ada risiko..
Yakinlah.. Allah S.W.T kn ada.. :)




*Notakukukaki (Bak kate fara..hihi)
- Sebenarnya post kali ni tak de kena mengena ngn pape pown..
-Idea lari..laptop buat hal....tu jd emosi...aarrgghhh..design design... =_=
-Mr and Mrs Idea,,,please be nice to me..huhu


Hakikat Jodoh

Walau getar hati ini menanti akan satu nada yang sama, aku masih
menunggu rima dan intonasinya seiring bermain ditepi bibir, saat itu biar lidah tanpa kelu lagi, dengan lafaz sakinah

"aku terima nikahnya"..

InsyaAllah aku masih menunggu dibatasan waktu..

Rasulullah tidak pernah mengeluh melayan karenah Aisyah yang kuat cemburu malah bila Aisyah cemburu baginda akan mencuit hidungnya. Ya Allah :) 



Apabila dua orang telah digariskan untuk dapat hidup bersama… 
Telah tertulis siapa yang menjadi Jodohnya dalam Kitab Lauhful Mahfudz maka…. 
 Sejauh apa pun mereka…sebanyak apa pun rintangan yang menghalang…sebesar apa pun beza diantara mereka…. sekuat apa pun usaha dua orang tersebut untuk menghindarkannya…

meskipun mereka tidak pernah komunikasi sebelumnya…mungkin mereka sama sekali tidak pernah membayangkan sebelumnya…mungkin mereka tidak pernah saling bertegur sapa…. 

 PASTI! PASTI tetap saja mereka akan bersatu….
seakan ada magnet yang menarik mereka…akan ada hal yang datang…untuk menyatukan mereka berdua…akan ada suatu kejadian…yang membuat mereka saling mendekat… 
dan akhirnya bersatu dalam ikatan yg sah dan halal… 

Aamiin ya Rabbal'alamin.. itulah jodoh ketentuanNYA....





Diam bukan tanda membenci tetapi mengumpul kemaafan di hati.

Ketika kita mengeluh : “ Ah, tak mungkin kot... ”.
Allah SWT menjawab : “ Jika AKU menghendaki, cukup Ku berkata “Jadi”, maka jadilah "

 Ketika kita mengeluh : “ Beratnya dugaan ni, x sanggup aku ... ”.
Allah SWT menjawab : “ AKU tidak membebani seseorang, melainkan sesuai kesanggupan ”

 Ketika kita mengeluh : “ serabutnyaa ... ”.
Allah SWT menjawab : “ Hanya dengan mengingatku hati akn menjadi tenang ”

 Ketika kita mengeluh : “ aku sedihh sangat... ”.
Allah SWT menjawab : “ La Tahzan, Innallaha Ma’ana. Janganlah kamu berduka cita," sesungguhnya Allah bersama dengan kita "

"Diam bukan tanda membenci tetapi mengumpul kemaafan di hati.. Hilang bukan melarikan diri tetapi mengutip kekuatan untuk bertemu lagi.."
Kadang apa yang tersingkap disebalik kebenaran tu..memang menyakitkan..
Sebab realiti tak sehebat yang kita impikan..
Cuma..bila realiti mengatasi segala.. Rasa yang ada cuma sengsara..
Persoalannya...takkan nak pilih pembohongan??

Andai bisa ku mengulang Waktu hilang dan terbuang  Andai bisa perbaiki segala yang terjadi Tapi waktu tak berhenti Tapi detik tak kembali..
-lagu tiada duka yang abadi (opick)

Dalam kita melalui hidup..adakala kita akan jatuh.. Hingga kita sendiri terpaku pada satu sudut..
"mengapa aku yang harus laluinya??"
Kadang kadang kenangan dan masa silam tu..
Akan berputar semula.. seperti filem yg sedang ditayangkan..
Walau diubati dengan apa cara sekali pown..
Luka yang ada akan tinggalkan parut akhirnya...
No matter how bad it hurt..

Namun...sekuat mana kita cuba bertahan dengan pilihan kita..
Akan sentiasa ada pilihan pilihan yang datang,,
Yang menguji dan menduga.. Hingga suatu ketika kita tertanya-tanya..
"Adakah aku sudah tersilap langkah??"

Sesungguhnya Allah S.W.T tahu hatimu perit menahan luka..
Allah mendengar doa-doa dan tangisanmu meminta..
๑Namun bukan kerana DIA tidak mempedulikan nasib hamba-hambaNya..
๑ Tetapi sebenarnya DIA sedang memberikanmu yang terbaik.. walau kamu sebenarnya yang tidak menyedari..
๑Bukan senang untuk redha dan pasrah..
๑ Hati perlu kuat dan tabah..
๑Yang pasti, "setiap yang berlaku ada hikmah"
Ya Allah, walaupun diriku dipenuhi dosa sedalam lautan, tapi aku tidak pernah lupa bahawa pengampunanMu itu lebih luas daripada langit...

Dlm penghijrahan, kadangkala diri ini terbabas jua. Maka tegurlah bukan menghukum, sayangilah bukan memfitnah, maafkanlah bukan membenci..... :)