Kerana aku seorang hawa

Agak2 ada tak yg pandang aku dlm diam cmtu..chewaahh.. ^^


Kerana aku seorang hawa..aku sering tewas dengan permainan perasaan..
Sering tewas untuk mengawal emosi yang ada..
Mungkin aku yang buta dalam menilai sesuatu..
Setiap apa yang aku sampaikan..yang aku tulis mahupun nyatakan..
Setiap itu ada yang tersurat mahupun yang tersirat..

Entahlah.. mungkin lumrah seorang hawa itu tercipta dengan fikiran yang complicated..
atau ego mungkin.hanya ikut kata hati yang mati..
Aku sendiri mencuba untuk mengubah..
Sendiri cuba untuk buang ego yang menebal dalam diri..
Sendiri cuba yakin pada yang menanti..
Tapi seringkali itu juga aku tertewas..
Sering itu juga membuat aku buta dalam menilai..

Aku taknak terikat akan sesuatu yang belum pasti..
Mungkin sebab itu aku tak kisah mana.
Bukan tak ambil peduli..
Cuma rasa cukup...cukup laa aku ada Allah..
Aku mungkin bukan pelajar luar negara..
Bukan juga dalam bidang-bidang ternama..
Jauh sekali dari kalangan yang gah gah belaka..
Tapi aku masih punya cita-cita dan harapan..
Banyak yang aku terlepas pandang..
Yang aku sendiri tak nampak mana buruk dan baiknya..

Blog yg aku cipta ni..cuma dari luahan hati sendiri..
Bahasa yang aku guna saje tak merujuk pada sesiapa..
Taknak ada yang terasa..



Aku belum cukup matang dalam fikiran..
Mungkin tak cukup pengalaman..
Atau mungkin aku sering dimanjakan..
Dan hati aku sendiri sekarang..
Macam ada dinding..entah la..
Mungkin aku dah serik dengan cinta manusia

Ohh yee.. serik barangkali dengan permainan yg tercipta..
Atau lebih tepat lagi..
Kdg aku sendiri malu dgn diri sendiri..
Malu kerana hilangnya martabat seorang perempuan..
Kerana jujurnya aku pernah bercinta..
Dan permulaan itulah yg paling aku kesalkan
Aku akan kesalkan utk seumur hidup aku..



Kini aku mencari cinta Allah..
Cinta yg takkan pernah lenyap..
Cinta yg membuat aku tenang..lengkap..
Allah...mampukah aku.
Mampukah aku melenyapkan rasa bersalah.
Mampukah aku berubah??
Allah...lambatkah aku utk mengejar cinta Mu..
Sungguh aku lemah..

Teguran itu, bukan bermakna aku baik, bahkan aku pernah melampaui batas. Teguran itu, utk ingatan aku..dan sekali untuk muhasabah bersama.. :')