Kita semua tak sempurna lar..


Semua orang tak perfect ! ! betul tak?
Kadang-kadang tanpa kita sedar..
Sebab kisah silam lar juga kita berubah..percaya tak??
Contohnya..pencuri/perompak..
Dyeowg bukan nak dilahirkan sebagai pencuri/perompak
Semua kerana kisah silam..
Mungkin mereka betul-betul perlukan duit..
Mungkin mereka kesempitan hidup.. (sama lar tu)
Ada 1001 alasan mengapa mereka memilih jalan hidup macam tu..

Macam itu juga cinta ! !
Mana ada orang nak kecewa..
Mana ada orang nak curang...
Mana ada orang nak berubah..
Semua perkara ada sebab dan alasan..
Semua orang nak bahagia..
Semua orang nak sentiasa romantis..
Tipulah nak sengsara kan..kan..
Apa yang pasti, tak semua kita harap akan jadi kenyataan.
Kenapa??..sebab.. Hidup ini banyak cabaran dan dugaan..
Tak seronok juga kalau hidup tanpa rintangan..
Sebab..rintangan itu juga..
Yang mengajar kita erti sebuah kehidupan..
Mendidik kita menjadi dewasa.
Kenapa??..kisah silam seseorang itulah yg menjadikan kita seperti hari ini..
TAPI jangan pernah terlupa..
Kita juga boleh mengubah nasib kita..
Cuma perlu sedikit USAHA..
Bagitu juga CINTA ! !
Jangan pernah mengalah..
Tapi jangan juga jadi BODOH sebab cinta ! ! (terpaksa cakap kasar)
Sebab..cinta itu..sentiasa ada..
Kita boleh berusaha mendapatkan si dye..
Tapi kalau dah memang tertulis..
Kita bukan dengan si dye..
Terima Qada n Qadar yg dah ditetapkan..
InsyaAllah, Allah S.W.T. itu Maha Adil..
Kita akan dipertemukan dengan orang yang tepat pada waktu yg tepat mengikut kehendakNya..
So guys.. Listen to your HEART..
Dont give up... 






Seandainya dia tercatat untukku :)


Allah menguji kita dengan sesuatu yang sangat kita sayang,
kita diberi cubaan dengan kehilangan,

Allah menguji kita dengan sebuah impian yang amat kita harapkan,
kita terduduk berlinang airmata saat impian kecundang,

Sesungguhnya Dia lah pemberi segala, kerana segalanya kepunyaanNya.

Saat ditariknya nikmat yang ada, Dia sedang mengaturkan untukmu sesuatu yang lebih berharga..

Akan tiba saatnya, di mana kita harus BERHENTI MENCINTAI SESEORANG..bukan kerana kita PUTUS ASA untuk mencintainya tetapi kerana kita MENYEDARI bahawa ada insan lain yang lebih mencintainya dan kita merasakan bahawa insan yang kita cintai itu akan 
LEBIH BAHAGIA apabila kita MELEPASKANNYA..


Terkadang aku ingin mengintip takdirku agar hidupku lebih terencana.
Tapi aku sedar, Allah menyimpan takdir untuk kejutan. :)





Sedar tak??...wanita sangat istimewa. :)

Hye readers ! ! Ape khabar u all semua :)
Hari ni nana nak share tentang keistimewaan seorang wanita.
Tanpa kita sedar sama ada kita nak mengaku atau tidak..
Lelaki dan perempuan diciptakan untuk saling melengkapi.
Kenapa ramai yg cakap perempuan/waniita/gadis tu lemah??
Sebab kami ni suka menangis?? merajuk?? atau apa??


Wahai Tuhan, mengapa wanita sering menangis?

Jawabnya:

Kerana wanita itu unik.
Aku ciptakannya sebagai makhluk istimewa,
Ku kuatkan bahunya untuk menjaga anak-anaknya,
Ku lembutkan hatinya untuk memberi rasa aman,
Ku kuatkan rahimnya untuk menyimpan benih manusia,
Ku teguhkan peribadinya untuk terus berjuang pada saat yang lain menyerah,
Ku berikannya naluri untuk mencintai anak-anak dalam apa jua keadaan sekalipun,
Ku kuatkan batinnya untuk tetap menyayangi walau dikhianati oleh teman,
Walau disakiti oleh “orang” yang dia sayangi..
Wanita makhluk kuat,
Tetapi jika satu saat dia menangis itu kerana Ku berikannya air mata untuk membasuh luka batin dan memberi kekuatan baru.

“WANITA itu ISTIMEWA” 

Perempuan itu diciptakan oleh Allah S.W.T indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. 

Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin boleh buat lelaki lemah disebabkan dia. 

Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana perempuan/ wanita/gadis yang akan buat hidup lelaki sempurna. Sama ada kowg nak mengaku atau tidak.

Tapi, Apa guna berwajah cantik,
Jika pekerti kurang menarik,
Tutur kata kurang cerdik,
Tingkah laku kurang molek,
Akal dan minda sangatlah pendek,
Mulut bagai itik,
Musuh diherdik,
Kawan dicamdik,
Kerana menganggap dirinya yang TERBAIK....

credit to : wanita istimewa


So pesanan dari nana, "fikirlah sendiri yer,,, ^^"

Puisi buat isteri :)




Persandingan Zahiril Adzim and Shera Aiyob



Aku pasti punya masalah
Tiap kali ingin menulis puisi buatmu.
Entah kenapa, kuasa cintamu lebih hebat
Dari kata-kata yang akan terkeluarkan.
Saat itu langsung aku setuju yang dirimu satu.
Dan hari ini kau menjadi isteriku.

Ampunkan aku kalau aku pernah berkasar,
Ampunkan aku kalau aku pernah mengherdik,
Ampunkan aku kalau aku pernah menjerit,
Ampunkan aku kalau aku pernah terpekik, melolong,
Isteriku, percayalah sebabnya ialah kasih dan cinta.

Akan ku jaga kau seperti ku jaga diriku sendiri,
Memang hidup itu tidak pernah ada jaminan keselamatan,
Bahaya, ancaman di mana-mana
Tapi selagi kau dalam dakapanku,
Aku berjanji akan menjagamu
Setiap saat dan waktu,
Setiap siang dan malam,
Setiap guruh dan hujan,
Setiap panas dan terik,
Setiap nafasku.

Aku sering menadah telapak tangan,
Dan memohon pada Tuhan,
Agar kau, bukan sahaja kau menjadi isteriku,
Tetapi menjadi isteri yang disayangi Allah Ta’ala

Isteriku.
Selamat datang ke hidupku,
Selamat menjadi isteriku.
Selamat menjadi ibu pada anak-anakku kelak.
Selamat menjadi menantu ibu bapaku.
Selamat menjadi adik dan kakak pada adik-beradikku.
Selamat menjadi keluargaku.
Selamat menjadi pelengkap hidupku.
Selamat menjadi separuh dari aku