Si Tua itu..




Aku pergi ke sebuah klinik swasta..
Sementara menunggu, sekeliling aku perhatikan...
Ramai golongan warga emas yg menanti..
Aku tatap wajahnya, aku renung matanya..
Apa agaknya yg bermain difikiran..

Aku perhatikan seorang tua itu..
Dijarinya masih ada cincin perkahwinan..
Ahh...masih lg dia memakainya..
Pada jari yg tampak sangat tua..
Yg aku fikir, sayangnya dia pada pasangannya
Mungkin kali dia telah duda / janda

Yee...mereka pernah muda..
Entah apa kisah hidup mereka..
Yang pasti mereka pernah muda seusia kita..
Walau pada zaman yg berbeza..
Walau pada persekitaran yang tak sama..
Tapi yg pasti setiap mereka punya kisah..

Kita ni...yang masih muda jiwa remaja..
Yang masih kononnya mencari entah apanya..
Belum tentu kita boleh sampai ke umur mereka..
Belum tentu kita hidup hingga ke tua..

Dunia ni tak ada yang sempurna..
Jauh sekali nak selalu yg indah belaka..
Realiti tak seindah fantasi..
Kadang kita yg tak pernah bersyukur..
Tak pernah hargai masa yg ada..
Tak pernah nak ambil tahu apa adanya..
Yang kita tahu, apa yang kita akan sedar..
Lepas apa yang telah terjadi..

Masa tu hanya mampu tuding jari..
Masa tu cuma mampu kata "Jika itu, jika ini"

Kalau laa aku mampu, aku ingin dengar kisah setiap mereka..
Sebagaimana aku suka dengar kisah hidup mak abah aku..
Sebab aku tahu, mereka pernah melalui yg dinamakan
Perjalanan menuju dewasa..

Kisah yg berbeza setiap seorangnya..
Dan aku pasti, kisah yg diceritakan..
Adalah apa yg tak ingin dilupuskan dari ingatan..
Kisah yg manis2.. Mungkin juga penyesalan dalam hidup..
Setiap kita punya kisah..mencerminkan siapa kita..
Untuk masa lalu, sekarang dan juga masa hadapan..
Kita takkan pernah sama...

Ahh..Si Tua itu, apakah rahsia hidupnya..







Hidayah milik Allah


Andai bisa ku mengulang waktu hilang dan terbuang..
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi.. 
Tapi waktu tak terhenti tapi detik tak kembali..
Harap ampunkan hamba Mu ini...
-Opick (Tiada duka yg abadi) -
Aku hanya insan dari silam yang kelam..
Bila masa tu diputarkan kembali..suatu masa bergelar pelajar..
Yang masih meniti alam dewasa,,masih mentafsir erti kehidupan..
Nampak ceria dan tabah..senyuman sentiasa terukir..
Tapi jauh dari sudut lain..hati ini menangis-nangis..
Bila teringatkan diri yang dahulu..
Ya Allah..jahilnya aku...!! Lekanya dengan kehidupan dulu..

Namun sesungguhnya keampunanNya melebihi kemurkaanNya...
Syukur..Allah masih sudi memberi peluang buat hamba yg hina ini...
Walaupun masih rapuh berdiri..walau masih terlalu mudah goyah dengan duniawi..
Masih kuat dihati untuk meneruskan perubahan ni..



Aku bukan gadis setabah Asiah.. Aku bukan wanita sesuci Mariam... Aku bukan serikandi sehebat Sumaiyah... Aku hanya pendosa tanpa noktah..Hati ini ALLAH berikan untuk kita. Hebatnya hati boleh berbicara tanpa suara. Hebatnya hati mampu menangis tanpa airmata..

Ya Allah, walaupun diriku dipenuhi dosa sedalam lautan, tapi aku tidak pernah lupa bahawa pengampunanMu itu lebih luas daripada langit...
Tuntunilah langkahku... Biar hanya mampu merangkak itu pasti lebih baik
Daripada terus rebah dalam kaku..
Berikanku peluang Merentasi jalan yang Engkau redhai ...




Kenapa pemimpin selepas Tun Dr Mahathir selalu dikritik??

Sy tertarik dgn artikel yg sy petik dari blog Pen Patah..
Mungkin sy bukan ahli politik mahupun pemikir jauh..
Mungkin juga bukan org yg bijak pandai..
Seorang rakyat biasa...yg tak punya apa2..
Cuma disini..rasanya kita boleh berfikir..

Anda merindu kepimpinan Tun Dr. Mahathir?
Ya, sudah semestinya ramai yang merindui era pentadbiran beliau.

Dulu, bila tengok Tun Dr. Mahathir nak meletak jawatan di PWTC melalui kaca televisyen, tertanya-tanya juga apa sebab dan puncanya. Katanya, dah buat keputusan dan dia dah berkhidmat lama dah.

Sebak masa tu. Tetapi, apa yang sebenarnya di fikiran beliau? Kita semua nak tahu. Tun Dr Mahathir berjaya mencapai sasarannya dan adakah disebabkan itu dia membuat keputusan meletakkan jawatan? Atau Tun sudah muak dengan orang-orang melayu yang mudah lupa ini? Hanya beliau sendiri saja yang tahu apa yang bermain di pemikirannya.

Sedar atau tidak, masyarakat sering mengkiritik kepimpinan pemimpin selepas era Tun Dr Mahathir Mohammad.

Kerana apa?

Kerana Tun Dr Mahathir telah meletakkan 'benchmark' pemimpin selepas beliau mestilah pemimpin yang lebih baik atau sama baik dengan beliau.

Ya, kita tidak nafikan, setiap pemimpin mempunyai cara yang berbeza namun, asas kepimpinan yang sebenar haruslah dihalusi dan diikuti.

Di zaman Tun Dr Mahathir, mungkin tidak ada penggunaan Internet yang begitu meluas dan sebagainya tetapi sebenarnya ia boleh dikekang dengan kuatkuasa dengan tegas akta yang ada, namun ia dipandang sepi.

Kadangkala kita sakit hati dan geram, kenapa susah sangat nak ambil tindakan sesetengah orang tak kisah dari pihak mana sekalipun yang keluarkan kata-kata ugutan dan sebagainya.

Bak kata Tun

"Itulah, orang dah bagi barang elok, toksah lah sibuk duk tukar ni, mansuh itu mansuh ini tu yang jadi rosak"

Tun merujuk kepada penghapusan beberapa akta. Kenapa? Adakah kerana terlalu bertolak ansur? Apa yang kerajaan dapat bila mendengar permintaan pembangkang?

Tun pernah berkata lagi

"Pembangkang ni duk bangkang ja kerja dia, kita buat baik pun dia bangkang, duk ikut buat apa. Bukan dia akan kata 'Oh kerana kerajaan dah ikut cakap kita , kita akan sokong kerjaaan,' Tak kan?"

Tahap kepimpinan Tun Dr. Mahathir ini terlalu tinggi untuk dicapai oleh mana-mana pemimpin sekarang ini. Tetapi, sepatutnya pemimpin sekarang mengambil contoh dan pendekatan beliau dalam mentadbir negara kerana banyak antara mereka pernah berkhidmat berpuluh-puluh tahun dalam kabinet beliau.

Jadi, sebagai orang yang rapat dengan Tun, mereka patutnya lebih tahu. Orang dari negara lain banyak yang nak Tun Dr Mahathir menjadi pemimpin mereka. Tetapi pemimpin kita ego dan suka dapatkan nasihat dari orang muda yang kononnya belajar dari Oxford. Elokkah hasilnya sekarang? Makin merosotkan? Pelik kerana mereka seperti kehilangan punca dan pandai pandai mengubah benda yang dah elok.

Coretan ini ditulis ketika merindukan kepimpinan Tun M. Bila membelek helaian akhbar-akhbar lama.
FB Saya Sayang Tun Dr. Mahathir Mohammad