Bermain dengan EMOSI


Emosi?? Yee..emosi.,
Semua org ada emosi...sama ada mampu kawal atau tak..
Ramai yang cakap..
Perempuan ni suka bermain dengan emosi..
Yee..sebab tu lafaz cerai..lelaki yg ucapkan..

Sungguh..aku perempuan yg sering kalah ngan emosi sendiri,
Selalu jatuh tersungkur akibat permainan jiwa yg aku sendiri tak dapat nak kawal
Aku tak cukup matang mungkin...

Emosi yg sering menggangu diri...yg buat aku makin jatuh kedalam..
Yang mampu hancurkan hidup aku..
Lagi teruk..masa depan aku..

Otak kata pergi..hati kata nanti..
Sakit...sakit sangat aku rasa.
Mudah terpengaruh..mudah percaya..
Mudah kecewa..mudah menangis..
SILAPNYA SEORANG WANITA ialah:
Bila dia percaya, maka dia TERLALU PERCAYA... 
Bila dia menyayangi, maka dia MENYAYANGI SEPENUH HATI... 
Bila dia memberi, maka dia akan BERIKAN SEGALA-GALANYA..
Ada..aku tahu ada orang yang nak tengok aku jatuh..
Yang nak tengok aku menangis..
Ada orang yg nak aku rasa kecewa yag amat sangat..
dan...dan dia akan ketawa besar..
Akan ketawa dgn kebodohan aku sendiri..
dan aku tahu dia...ada utk konon mengejek..

Aku tahu aku bodoh..mungkin aku lemah..
Mungkin emosi tak tertanggung dek kesilapan diri..
Ahh..sampai bila aku nak hukum diri..
Tah kenapa aku tak pernah lepas dari semua ni..
Lepas dari seseuatu yg kononnya BAHAGIA..
Sedangkan aku sendiri yang bermain ngn emosi ni.
Yee...aku yang bermain ngn emosi...

Seseorang menegur,,, "Kau tak bodoh...kau cuma buta..."
"buta?? tentang apa??"
"buta dalam menilai.. Allah kan ada.."
"Aku tahu Allah ada...cuma aku......."
*dia mencelah.. 
"cuma apa?? kau takut?? takut dengan bayang2 sendiri?? takut dgn kesilapan yg pernah kau buat??"
*aku terdiam..

Yee...mungkin aku yg takut...dengan bayang2 sendiri,,
Sungguh...emosi tu menewaskan aku,,
Membuatkan aku jatuh lebih dalam...
dalammm dan dalamm..
Ahhh.. penat aku bermain dgn emosi..

Jodoh dengan kematian..

Once you understand what kun fayakun means, it opens the heart up to tawakkal in Allah subhanahu wa ta'ala. Do not give up. Smile ^^
Bismillahirahmanirahim .. 

Dimana saya bercerita dengan IBU: 
"Ibu, ada seorang kakak ni lawaaaa sangat. Tapi tak kawin lagi. Umurnya dah 30 tahun. Alim, baik, dah macam macam usaha dia cuba ibu, tapi masih satu pun macam tak datang melamar. Dia sangat gagah tau ibu." 

Ibu hanya mampu tersenyum. Ayah juga. Saya hairan dan bertanya.
"Kenapa?" lalu ibu kata, "Mungkin jodohnya dengan kematian." Terkedu.
"Maksud ibu? Dia dah nak meninggal?" "Bukan lah..Maksud ibu, mungkin jodohnya yang ditetapkan oleh Allah tu sudah bertemu dengan kematian. Atau mungkin belum, tetapi hampir kepada kematian. Allah "simpan" dia." cuba bayangkan husbandnya meninggal, dan dia menjadi seorang perempuan yang lupa pada Allah macam mana?Sebab awak kata dia alim kan? Mungkin dia terlampau sayang dan tak boleh terima~ "Allah boleh je kawin kan diorang, tapi kan Allah kata, Allah kasi ujian kepada hambaNya yang mampu sahaja. Mungkin dalam soal ini, Allah tahu dia tak mampu nak tanggung. Jadi, Allah kasi dia ujian lain, dengan tak berkahwin." 

Saya menyampuk.. "Oh, jadi sekarang saya faham, kenapa kakak tu tak kawin, dan Allah tarik rasa nak kawin dekat dia. Ya, baru saya faham..mungkin jodoh kakak tu dengan kematian" 

Ibu sambung lagi.. "Jadi jangan berharap sangat untuk bertemu jodoh. Bukan ibu cakap, jangan tak fikir langsung pasal jodoh, tapi jangan terlampau "gila" kan tentang penemuan jodoh. Serahkan pada ketentuanNya.

InsyaAllah, kalau ada jodoh dan rezeki itu, datang jugalah ia kepada kamu. Remaja zaman sekarang asyik fikir tentang jodoh, kahwin awal seronok. Tak pula mereka nak fikir, mati awal tu macam mana?

Hish. Takut ibu. Kalau anak-anak ibu meninggal awal, entah apa yang hendak dipersembahkan kepada Allah. Jodoh dengan kematian itu sama tarafnya. Tapi dalam memikir soal jodoh, kematian itu juga harus selari. Kerana jika hanya fikir tentang soal jodoh, kemana pula persiapan akhir kita kelak?

Jodoh takde takpe, amal takde macam mana pula? Ingat tu. Jodoh tu, orang kata "bonus" kepada setiap hambaNya untuk tambah pahala lebih bagi wanita. Tapi amalan? Ia sendiri sendiri, sayang." 

Saya terdiam sambil komen dalam hati. "Betullah. Kita ni, asyik nak jodoh kawin saja. Kalau dalam Luh Mahfuz tu, pasangan saya tu ajalnya awal, maka saya punya jodoh tiada. Sebenarnya ada, cuma Allah tarik awal. Maka, takkanlah sepanjang hayat saya nak tunggu jodoh turun dari langit? 

Sedangkan "dia" milik Allah yang mutlak ..
saya perlu siapkan diri tentang amalan saya juga .. 

:: Renung-renungkan. Jangan tak fikir langsung soal jodoh tapi, jangan fikir sampai "gila"..


*Copy paste.. Perkongsian bersama.. Diambil dari salah seorang sahabat..