Beza "kita" disini dan "mereka" disana...


Dipetik dari Luqman NurHakim 

1. Ketika kami hanya berjuang di papan kekunci, hadapan skrin hanya melalui kata-kata;
Kalian turun berjuang berhadapan peluru, bom dan gas pemedih mata.

2. Ketika kami sibuk membincangkan kualiti padang;
Kalian berhimpun menuntut keadilan dengan Al- Quran sebagai 'pedang'.

3. Ketika kami marah akan kecederaan Messi;
Kalian tercari-cari apa terjadi kepada Dr Morsi.

4. Ketika media dan peminat marah akan FC Barcelona;
Rakyat dan media kalian bersabung nyawa demi menyebarkan kebenaran di sana.

5. Ketika kami membincangkan surau yang tiada jemaah;
Masjid kalian penuh, sehingga Medan dipenuhi khemah.

6. Ketika kami merobohkan surau kerana perbuatan khianat; Masjid kalian musnah dibakar si laknat.

7. Ketika isteri di sini dipukul suami yang bebal;
Anak isteri kalian di sana mati ditembak, dizalimi, diseksa dan digilis kereta kebal.

8. Ketika kami di sini berAidilfitri gah dan meriah;
Kalian di sana berdiri megah syahid di Medan Rabiatul Adawiyah.

9. Ketika kami di sini mempersoalkan ulama' bersunnah;
 Kalian di sana menentang hujah ulama' yang punah.

10. Ketika Muslimah kami mempersoalkan tokoh ilmuwan Islam beristeri dua; 
Muslimah kalian meyokong suami dan anak menuntut keadilan
samada muda atau tua.

11. Ketika mufti kami baru mengeluarkan fatwa HARAM sertai pertandingan ratu cantik;
Ulama' kalian berfatwa mempertahankan dataran itu adalah wajib, 
lebih baik dari beri'tikaf di masjid tanpa pengaruh politik.

12. Ketika pemimpin kami bertweeter akan rumah terbuka;
Pemimpin kalian menyimpul kata, mengajak berjuang tanpa leka.

13. Ketika lebuhraya kami menjadi medan maut yang amat pahit; 
Masjid, burung, udara dan segala-gala di Medan Rabiautul Adawiyah menjadi saksi syahid.

14. Ketika kami berjuang melalui facebook dan twitter dengan sambil lewa; 
Kalian berjuang berhabis keringat, wang, makanan, dan nyawa.

15. Kalian menggunakan semua medium bagi menegakkan keamanan, menuntut keadilan pelbagai cara; 
Sedangkan kami leka diulit mimpi lena..

16. Namun, masih ada segelintir di kalangan kami yang sentiasa berdoa akan kemenangan kamu di sana; Walaupun amat sedikit, inilah sumbangan termampu kami bersama saudara seIslam yang tidak terlena.

17. Bersabarlah wahai para pejuang Islam, kerana bagi yang syahid syurgalah ganjarannya;
 Manakala kami di sini masih tercari-cari akan jalannya.

~ pembaca ~



Tadahkan tangan....ikhlaskan doa...
Bismillahirahmanirrahim...

Ya Allah Engkau hancurkan kesatuan mereka yg telah mengkhianati hambaMu sndri, 
turunkanlah bala kepada kerajaan haram Mesir hari ini, berikanlah laknatMu kepada 
General Abd Fattah As-Sisi sepertimana Engkau berikan kepada Kamal Artartuk dahulu. Ya Allah lindungilah saudara2 kami yg dizalimi, berikanlah syahidMu kepada mereka yang dibunuh.
 Amin Ya Allah ...




Sesuai ke kahwin muda???


TULISAN : Aidil Sahipaludin ( Pakar diari hati)

Oh, sebenarnya saya mahu share sesuatu dari lecturer yang saya hormati. 
Dalam kelas tadi, ada seorang sahabat bertanya,

"Doktor rasa sesuai tak kahwin muda masa tengah belajar?"

Jawapan Doktor sangat menarik bagi saya.

"Kalau saya ada anak perempuan yang minta kahwin masa belajar, akhlaknya bagus, pengurusan dirinya 
tersusun, hubungan dengan Allah terjaga, saya akan kahwinkan dia terus. 
Lebih lagi kalau satu kelas atau satu universiti. Tapi kalau anak perempuan saya yang minta nak kahwin tu, hidupnya dengan TV, akhlaknya entah kemana,solatnya di hujung waktu, tentu saya tak bagi."

"Why?" soal saya dalam hati. Kemudian hati saya jawab kembali, "Yelah. Tak bersedia la tu."

Tapi jawapan Doktor cukup berbeza.

"Kalau anak perempuan saya tu, akhlak tak jaga dan saya bagi dia kahwin. What do you expect from her husband? A very good husband? Sedang janji Allah lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik. Anak perempuan saya belum cukup baik,saya bimbang dia bawa balik calon yang juga tidak baik."

Jawapan yang ringkas,tapi bermakna buat yang ingin bermuhasabah diri.
Saya suka pendekatan Dr Ridhwan.

Antara tip lain yang saya berjaya kaut adalah pesanan Dr pada kami.

"Lepas ni bila u all kahwin, ada isteri/suami, then suami/isteri u all buat masalah/sakit.. Benda pertama yang u all kena buat adalah solat taubat. Sebab dosa kita,boleh jadi sebab isteri/suami/anak jadi nakal, tak dengar orang dan sebagainya"

Reflecting. It is the concept. 
Sebelum kita nak tuduh orang lain salah,kita tengok diri kita sendiri dulu bagaimana. 
Terbaik tips Dr!



Surat dari bakal ibu mertua

Dipetik dari "Surat untuk calon menantu perempuan", dari Ustazah Siti Nor Bahyah Mahmood. 


Bismillahirahmanirrahim...
"Duhai gadis yang baru ku kenal,
tahukah kau,dia putraku,
lahir dari rahim suciku,
kupertaruhkan hidupku untuk memilikinya,
anak kesayanganku yang sepanjang hidupnya kubesarkan dengan segenap rasa cintaku.
Duhai gadis pilihan putraku,
ibu harap kau memiliki TANGAN yang lebih lembut dariku..
kerana ibu tak mahu kau melukai putraku.
Ibu harap kau mempunyai SENYUM yg lebih sejuk dariku..
kerana putraku akan datang padamu untuk mencari ketenangan.
Ibu harap kau mempunyai TUTUR KATA yang SEINDAH EMBUN 
kerana ibu tak ingin dia mendengar kata-kata kasar dalam hidupnya.
Duhai gadis pilihan putraku,
jadilah anakku,agar ibu tak pernah merasa kehilangan putraku kerana kehadiranmu".


Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.. 
Sebelum saya terus mengukir kata dalam tulisan ini.. .
izinkanlah saya memperkenalkan diri terlebih dahulu duhai bakal ibu mertuaku….. 

 Perkenalkanlah saya adalah wanita biasa 
dengan keperibadian yang teramat biasa dan dari kalangan keluarga yang biasa sahaja…
 Saya bukanlah Khadijah r.a, 
Seorang wanita yang luar biasa dalam Sejarah wanita Islam…dan teramat Mulia..... 
 Saya bukanlah Aisyah r,a, Seorang yang utama dalam ketakwaannya….. 
 Bukan pula Fatimah Az Zahra yang sangat utama dalam Ketabahannya…….. 
 Tidak pula seperti Zulaikha yang teramat sangat cantiknya.. 
 Apalagi al Khansa yang sangat pandai mendidik mujahid – mujahid kecilnya……. 

 Tapi..Seperti yang saya katakan., saya hanya wanita biasa,… 
 Dengan ketakwaan yang biasa…. Ketabahan yang tak seberapa….. 
 Dan kecantikkan saya pun tak layak di perhitungkan…. 

 Namun ibu,…. Saya adalah wanita akhir zaman,…. 
Yang punya cita – cita, menjadi wanita Solehah… 
 Yang akan berusaha mengabdi pada bakal Suamiku dan juga padamu…..bakal Ibu mertuaku…. 
 Saya bukanlah musuhmu yang hendak merebut perhatian dan kasih sayang anakmu…. 
Tapi saya akan menjadi rakan mu untuk memberikan kasih sayang pada anak mu.. 
Dan kelak pada mujahid – mujahidahku, bakal cucu mu duhai ibu….. 
 Engkau tak perlu bimbang ibu,… Saya tak akan merebut perhatian anak mu… 
 Justeru saya akan menjadikannya lebih taat padamu…. 
Kerana akan saya katakan padanya bahawa…. engkaulah yang utama patut mendapat perhatiannya… 
 Saya pun tak akan marah jika engkau membantu mengatur rumah tangga ku.. 
 Kerana sebagai wanita yang baru bernikah patutlah saya belajar darimu yang berlimpah pengalaman….
 Dan engkau yang lebih tahu keinginan anakmu….. 

 Duhai, bakal ibu mertuaku…. Saya harap kita bisa menjadi rakan yang baik…
 Kerana pernikahan adalah membuka tabir rahasia antara aku dan anakmu… 
 Memerlukan banyak kesabaran untuk menghadapi banyaknya kejutan – kejutan dari perbezaan antara kami…. Saya berharap engkau dapat menjadi penasihat jika ku sedang dalam kealpaan… 
 Menjadi pendegar yang setia saat saya dlm kesusahan…. Kerana sekali lagi saya bukanlah siti hajar yang sabar dalam penderitaan….
 Bakal Menantumu….

credit to : coretan hati

Ya Allah.. Andainya dia baik untukku,
demi duniaku dan akhiratku, Maka satukanlah kami dalam istilah cinta yang akan berakhir dengan pernikahan,
Tapi andainya dia tidak baik demi duniaku dan akhiratku,
Maka pisahkalah kami dalam istilah persahabatan
dan persaudaraan Islam..
Ya Allah... Bila ini bukan masanya, Bila ini belum saatnya...
Jarakkan kami...Pisahkan kami...
Agar kami jauh dari dosa dan perkara sia-sia.
Agar kami tak mengundang murkaMU...
Agar kami dapat lebih menjaga hati..
Allahumma Ameen
Sungguh...hati ini masih ragu-ragu.. Tidak memaksa sesuatu keputusan itu dibuat..
Diri sendiri masih bertatih membetulkan diri..
Ya Allah..apakah yg tersirat disebalik yg terjadi ini..
Tampak mudah luarannya.. tapi hakikatnya..
Aku yakin akan ada sesuatu yg tersimpan. Penat...sungguh aku penat..
Penat dengan sandiwara hati yg melantunkan melodi yang kadang kala aku sendiri tak memahami
Takut sampai satu saat nanti..aku berhenti..
Berhenti memikirkan soal hati..
Akan ku serahkan segalanya pada Ilahi..
Tidak mengharap terlalu tinggi..takut..
Terlalu takut jika jatuh..biarlah akad tertunai..lafaz termetrai..
Aku masih muda...ye..terlalu muda..