Sewaktu kita membencinya..ingatlah saat kita mula mengenalinya

Kita BERKENALAN secara tak sengaja, adalah PERANCANGAN ALLAH.. 
Kita BERKAWAN begitu lama bertahan pun, ALLAH yang RANCANG.. 
Kita dikurniakan RASA SUKA antara satu sama lain juga, ALLAH yang BERI..
 Kita masih BERSAMA walau banyak dugaan menimpa, ALLAH yang ATURKAN.. 
Kita dikurniakan KESEDARAN dan KEINSAFAN juga kerana, ALLAH SAYANG PADA KITA..
 Kita BERJAUHAN untuk mencapai REDHA-NYA juga, DIA yang RANCANG... 
Kita BERDOA untuk KEBAHAGIAAN masing2 juga, ALLAH yang DETIKKAN dalam hati kita.. 
 dan ketahuilah, sama ada hubungan kita akan BERKEKALAN sehingga ke SYURGA atau TERPUTUS di TENGAH JALAN juga ALLAH yang akan tentukan... jadi, usah risau.. andai kamulah jodoh yang ditetapkan ALLAH di Luh Mahfuz untuk saya... InsyaAllah kita akan BERSATU juga walau dipisahkan dengan jarak dan masa...
Kadangkala kita perlu menyepi..
Untuk mencari kembali kekuatan diri yang telah hilang..
Ada kala kita perlu menyepi..
Untuk mencari ketenangan hati..
Adakalanya kita perlu menyepi untuk kebaikan diri sendiri..
dan kadangkala sepi itu indah..

Bila mana kita harus sendiri..
Kita perlukan waktu tuk perbaiki..
Setiap kelemahan dan kekurangan diri sendiri..
Dalam membetulkan setiap khilaf dan kesalahan diri..
Andai satu ketika kita terjatuh...jangan lupa untuk bangun kembali..
Andai satu saat nanti kita menangis..
Jangan lupa untuk mengesat air mata..

Memang betul...apabila janji dimungkiri..
Maaf hanyalah kata kosong..
Ibarat sebuah kaca..andai ia terjatuh..
Walaupun kita cuba untuk mencantum kembali..
Ia takkan pulih seperti sediakala..
Takkan pulih seperti waktu mula2 kita memilikinya..

Sewaktu Kita Mula Membencinya , Ingatlah Saat Kita Mula Mengenalinya

Nukilan si gadis

Adakalanya kita melihat seseorang itu selalu ketawa..tetapi mungkin sebenarnya dia 
tak setabah yang kita sangka.. 


Ya'Allah,engkau yg maha tahu segalanya.
"bila kehadiranku mengganggu hatinya,tidak membawa kebaikan padanya,maka kau pisahkanlah kami biarpun kami terluka,bila aku tak layak dan bukan yang terbaik untuknya,maka kau jauhkanlah aku darinya,bila aku bukan yang terbaik,bila aku bukan yang tercatat dalam takdir hidupnya,maka jarakkanlah kami,pisahkan kami.."

Yee..aku cuba bangkit dari sebuah kejatuhan..
Aku cuba pulih dari sebuah kelukaan..
Aku cuba tersenyum menutup sebuah tangisan..
Aku cuba menidakkan sebuah keegoan..
Walau kadang2 sangat sakit tuk diluahkan..
Sangat perit tuk dipendamkan...
NAMUN AKU MASIH GAGAL..

Gagal dalam menepis sebuah kerinduan..
Gagal menafikan sebuah perasaan..
Gagal memadamkan sebuah kenangan..
Yee..aku gagal..
Tuk membuktikan...rasa cinta..

Kepercayaan..ia ibarat sebuah kaca...
Bila ia terjatuh..pecah...walau kita cuba untuk mencantumkn kembali..
Ia tetap tidak akan sama..
Tak akan sama dengan yg asal,,,

Aku sendiri terpaku...terdiam mencari arah..
Cuba mengembalikan kenangan lalu..
Namun..ego itu lebih tinggi nilainya...
Akukah yg tersilap langkah??..
Yee...mungkin.. Kerna aku masih terlalu mentah..
Aku sendiri kadang2 alpa..
Aku tak sempurna...maaf...
Demi sebuah keegoan...
kerna sebuah cinta dan perasaan,..
Aku sendiri berkorban..
Jika itu yang perlu...tuk sebuah kebahagiaan..


Tika airmatamu mengalir lagi, jangan tahan, biarkan ia menitis jatuh ke bumi, tapi tolong, jangan lupa untuk menyekatnya dan tersenyum kembali.

Apabila suatu saat kau rasa ingin rebah, maka duduklah, tapi tolong,
 jangan lupa untuk bangkit kembali...♥ 

Kamu cantik sekali, tapi.....

Saudari, kamu cantik sekali
Tapi hanya di mata manusia. Sedangkan yang Maha Kuasa tak pernah memandang rupa atau pun bentuk tubuh kita. Namun Dia melihat pada hati dan amal-amal yang dilakukan hamba-Nya.

Saudari, kamu cantik sekali
Tapi cantik luaran tak akan pernah abadi. Saat ini kita boleh berbangga dengan kemolekan wajah ataupun bentuk tubuh. Namun beberapa waktu nanti, saat wajah telah keriput, rambut pun kusut dan berubah warna putih, tubuh tak lagi tegap, membongkok dimakan usia, tak akan ada lagi yang boleh dibanggakan. Lebih-lebih jika telah memasuki liang lahad, tentu tiada manusia yang mahu mendekat.

Saudari, kamu cantik sekali
Tapi kecantikan hanyalah pemberian dan untuk apa dibangga-banggakan? Sesungguhnya kecantikan patut disyukuri dengan cara yang baik. Mensyukuri kecantikan bukanlah dengan cara mempamerkan gambar atau membandingkan rupa, sedangkan hakikatnya wajah itu bukan milik kita.

Tidakkah engkau rimas bila banyak mata lelaki yang memandang berhari-hari? Tidakkah engkau malu ketika wajahmu dinikmati tanpa kebenaran engkau sendiri yang menayang gambar. Ataukah rasa malu itu telah punah musnah? Betapa sayangnya jika demikian sedangkan ia sebahagian dari keimanan.

Saudari, kamu cantik sekali
Tapi apa manfaat pujian dan kekaguman seseorang? Adakah ia akan menambah pahala dari-Nya? Adakah darjatmu akan meninggi di sisi Ilahi setelah dipuji? Tiada yang menjamin wahai ukhti. Mungkin malah sebaliknya, wajah cantik itu menjadikanmu tiada harga di hadapan-Nya, kerana kamu tak mampu memelihara sesuai dengan ketentuan-Nya.

Saudari, kamu cantik sekali
Kecantikan itu harta berharga bukan barang murah yang boleh dinikmati dengan mudah. Dimana nilainya jika setiap mata begitu leluasa memandang cantiknya rupa. Dimana harganya dan kehormatan sebagai hamba Tuhan jika setiap orang, baik ia seorang kafir, musyrik atau munafik begitu mudah menikmati wajah para muslimah?

Saudari, kamu cantik sekali
Alangkah indah jika kecantikan luaran itu dipadu dengan kecantikan hatimu. Apalah erti cantik rupawan bila tak memiliki keimanan. Apalah guna tubuh molek memikat bila tiada rasa malu yang lekat. Cantikkan dirimu dengan cahayaNya. Cahaya yang bersinar dari hati benderang penuh keimanan. Hati yang taat sentiasa patuh pada syariat. Hati yang taqwa, yang selalu menjalankan perintah dan menjauhi larangan-Nya. Hati yang sederhana, yang tak berlebihan dalam segala urusan dunia.


Credit : Pen patah

Ketika hati seorang muslimah terluka




Ketika hati seorang muslimah terluka, 
ia akan menguatkan hatinya dengan ilmunya 

Ketika hati seorang muslimah terluka, 
hati-harinya akan ia penuhi dengan semangat perubahan lebih baik pada dirinya

Ketika hati seorang muslimah terluka,
 ia menari dalam doa permohonan ampunnya terhadap Rabbnya

 Ketika hati seorang muslimah terluka, 
wajah kusutnya tetap terlihat indah bagi dunia 

Ketika hati seorang muslimah terluka, 
bibir merahnya menyimpulkan senyuman untuk hidupnya 

Ketika hati seorang muslimah terluka, 
matanya basah oleh lembutnya hatinya 

 Ketika hati seorang muslimah terluka, 
dunia nya terasa akan berlanjut dan ia harus tegar

Ketika hati seorang muslimah terluka, 
jiwa lembutnya sampaikan ketenangan pada hati kecilnya

Ketika hati seorang muslimah terluka, 
akal dan hatinya hadir untuk menanti kesedarannya
  
Ketika hati seorang muslimah terluka, 
tangannya ia gunakan seperti kebiasaannya 

 Ketika hati seorang muslimah terluka, 
tak akan ada perubahan dalam dirinya oleh hal-hal yang tidak berguna 

Ketika hati seorang muslimah terluka, 
ia gunakan kesedarannya tuk menjaga perasaan orang sekitarnya 

 Ketika hati seorang muslimah terluka, 
air matanya dijadikan doa untuk keselamatan orang yang melukainya 

Ketika hati seorang muslimah terluka, 
jari-jemarinya bergerak untuk tetap menolong orang lain tanpa beban di hatinya 

Ketika hati seorang muslimah terluka, 
hidupnya tetap menjadi kebahagiaan bagi orang disekelilingnya. 

Ketika hati seorang muslimah terluka, 
dia tetap meneruskan liku2 hidupnya. 

 Ketika hati seorang muslimah terluka kepercayaan dirinya tetap tak akan pudar.. 

Ketika hati seorang muslimah terluka, ia dan dirinya tetap menjadi MUSLIMAH.

Jangan pernah menangis lagi..


Tersenyumlah,walaupun hatimu sedikit terluka ataupun terlalu sedih..kerana senyumanmu itu walaupun bukan untuk sesiapa, tetapi nilainya cukup untuk membuatkan hatimu sedikit lega walau terpaksa...
Kita belajar untuk melepaskan seseorang yang amat bermakna di dalam hidup kita perlahan².. Dengan kekuatan yang ada, kita masih lagi mampu tersenyum indah menutup kesedihan di hati.. 
Kita belajar untuk hidup keseorangan namun kesepian itu kadang² membuatkan kita kosong di dalam meniti hari.. Namun apa yang kita tahu, dia tetap pernah bertahta di hati walaupun
 kita sedang memaksa diri belajar melupakannya. 
yakinlah dengan janji Allah, Dia telah menciptakan seorang yang terbaik untuk kita. 
Jangan pernah menangis lagi...
Apa pun yang berlaku..kita perlu kuat..
Bangkitlah menghadapi kenyataan..
Ramai yang menyayangi dan mencintai kita..
Tanpa kita pernah sedar.. :)