Sebuah Ujian


Rasanya memang satu bulan satu post entry je aku mampu.. =_=
Bila tgk facebook rasanya dah lama
Tak post yang berkait perasaan?
Better kat sini kowt..sbb tak akan ada orang baca..
Tapi aku rasa macam dah luah kat orang..hurmm

the older I get the more I understand that it's ok to live a life others don't understand..

Happy Mind Happy Life
Rasa macam mudah..tapi macam susah..
Arghh..apa aku mengarut ni...

Sebenarnya aku dalam pengaruh emosi ni..
Sebab tu juga la kan aku boleh buat entry..

Almost 2 years!!
Bukan mudah nak tepis pertanyaan orang..
Sakit tu aku rasa..tapi..
Sebagai seorang hamba..
Kita kena ingat..

Allah tidak akan memberikan ujian diluar kemampuan hambaNya..
Kadang kita terlupa pada siapa yang perlu kita mengadu segala masalah kita, pada siapa kita harus minta kembali kekuatan kita..


Kadang tu better stay low profile..
Lebih baik jadi anonymous..
Diam..sendiri..
Sebab tak perlu nak sakit hati..
Tak perlu nak berbalah tentang sesuatu yang tidak punya jawapan..

Itu mungkin lebih baik..

Mungkin..









Keep life simple


Dengar orang cakap memang senang..
Tapi bukan mudah..

"Jangan fikir sangat.."
"Abaikan apa orang kata.."
"Ada orang lagi susah dari kita.."

Selalu..bila kita tengah jatuh...
Mesti akan ada seseorang kat sisi..
Yang akan cuba bagi kata-kata semangat..
Tak semudah itu bukan...
Orang cakap...selagi kita tak ada dalam situasi orang tu
Kita tak akan faham..
Apa yang orang tu rasa...atau hadap..

Aku rasa kosong..
Aku tak tahu apa lagi yang aku cari..
Aku cuba utk keep it simple..
Tapi untuk itu..bukan mudah..

Aku cuba kuatkan hati...
Kdg aku biarkan perasaan tu hilang..
Tapi aku tahu..
Selagi tak terisi..selagi tu akan ada

"Kenapa tak dekatkan diri dengan Tuhan?"
"Kau kena banyakkan amalan ni.."

Mcm mula2 aku cakap..
Orang cakap mudah...
Sbb takde dalam situasi kita..
Sbb aku pown akan ckp benda yg sama..
Mungkin cuma utk sedapkan hati..

Kadang tu..ada orang menangis..
Bukan utk dgr kita bg nasihat..
Tapi sekadar cukup ada disisi
Tak perlu kata..
Tak perlu apa-apa
Cukup...cuma diam..

Utk fikir hidup ni mudah..
Ia tak akan semudah itu..
Hidup ni luas pengertiannya..
Cuma rasanya tak perlu nak buat
Jadi complicated..

Image result for everyday is a second chance

Dunia ni memang sebuah pentas kan..
Setiap orang adalah watak utama..
Utk setiap cerita yg berbeza..

Aku yang tamak atau aku yang terlalu nak tahu??
Kdg tu..aku terlalu suka..
Dengar cerita orang...
Yeahh..aku mengaku..
I'm a good listener..
Bila aku dengar cerita org tu..buat aku nak tahu

Why? Who? When?? How?

Dari situ aku akan faham..
Macam mana org yg kita syg boleh benci..
Yg percaya boleh jadi bahana..
Dalam jln hidup cerita yang aku dengar..
Sampai kdg tu..aku sendiri tak tahu apa perasaan aku..

Rindu ke..Sayang ke..

Tapi yg aku pasti..tak boleh percaya semua tu 100%
Kita dgr dari satu pihak
Aku dah latih diri aku sendiri
Never trust anyone 100%
Sebab kita tak akan tahu..
Sejauh mana orang tu akan dgn kita..
Walau apa pown hubungan dia dgn kte..
Cuma takde laa terlalu paranoid..

Sbb tu kowt..aku lagi suka jadi..
Diam...dan memerhati..
Bila perlu..baru mula..

sometimes the only person you can trust is yourself









How time flies


Hari ni tiba-tiba nak godek2 facebook..
Jejak balik post lama2..member2 yang tah ada dekat mana..
Memang sepenuhnya berubah..
Betapa masa tu mengubah kita..

Hee..rasa kelakar..
Kalau dulu...ada impian..rasa nak capai..
Tapi sekarang,, Impian tu ada..
Tapi belum tentu nak capai..

Bila teringat time sekolah dulu..
Sorang2 muncul dalam ingatan..
Semua berbeza...dan bila aku jejak balik..
Satu persatu yang aku jumpa..
Rasa macam.. wow..

Banyak yang berlaku..
Tanpa kita sangka dan duga..

sometimes you will never know the value of a moment until it becomes a memory

Kat mana aku duduk sekarang,
Dengan siapa yang ada disisi sekarang..
Memang tak akan sangka..

Aku dari dulu lagi suka fikir..
"Apa akan jadi lepas ni.."
"Siapa yang akan kita jumpa nanti.."
"Banyak mana lagi masa yang kita ada,,"

Sikit2 benda tu akan dapat jawapan..
Cuma berapa lama masa yang kita ada atas bumi ni..
Takkan pernah ada jawapan..

Kita tak tahu sampai bila..
Takkan tahu..dengan siapa..
So...better kita hargai apa ada depan mata..
Siapa yang dengan kita sekarang...

Masa berlalu pantas sangat..
Sekelip mata..semua dah berubah..
Kalau dulu kita duduk dekat bangku sekolah..
Sekarang entah ada mana semua terpisah..

Setiap orang ada cerita..
Cerita yang menjadikan siapa dia sekarang..
Yang buat dia ada di tempat sekarang..

Kita ada kat satu tempat tu bersebab..
Kenapa kita ada kat situ..semua ada sebab..

Kun Fayakun..
Yakin lah... :)


Life. Never was easy.

Malam ni rasa melankolik..
Rasa ada benda yang aku nak luahkan..
Tapi tak mampu..cuma mampu pendam..

Betul..semua berubah..
Semua..

Ada yang berubah itu positif..
Dan yang negetif..

Betul...Tak ada yang kekal atas dunia ni..
Takkan pernah ada...

Bila dah makin meningkat usia ni..
Even mungkin banyak lagi benda yang aku takkan faham
Tapi buat aku betul2 yakin..

Jangan percaya pada sesiapa..
Just dont..

Kita boleh percaya orang.
Cuma...jangan letak 100% yakin

Sebab cepat atau lambat..
Nampak atau tidak..
Orang tu mungkin akan tikam belakang kita..

Betul..dalam hidup ni..
Kalau kita tak pernah buat silap..
Kita takkan pernah belajar..

Huh..

Bukan mudah nak jaga hati..tapi
Hidup bukan utk puaskan hati sesiapa kan..

Aku tak silap langkah..betul kan??
Aku betul2 taknak menyesal..
Menyesal sesuatu yang mungkin aku tak mungkin capai..

Adakah??





Kenapa?? (Entry Panjang)


Hidup kita ni banyak persoalan yg tak ada jawapan..
Rasanya dalam blog aku ni..
Ada banyak post pasal persoalan..hee

Sebab aku suka soal kowt..
Sampai Encik Suami dah tak ada jawapan..
Untuk setiap soalan aku..

Sebab aku tahu..memang aku tak akan dapat jawapan
Untuk soalan yg aku rasa....mengarut??

Dunia sekarang ni bahaya kan..
Kalau kita salah cakap..salah buat..
Mesti akan ada mata yang memerhati..
Akan ada mulut yang mengata..

Aku tak pernah terfikir yang aku ada dekat mana aku sekarang..
Dulu aku suka fikir..
Masa umur aku 20++
Dekat mana agaknya..buat apa..dengan siapa..

Banyak benda yang aku impikan..
Tapi tak semua boleh jadi milik kita..
Aku tak ramai kawan..
Boleh dikatakan aku banyak habiskan masa sendiri..


Macam sedih pula kan..
Orang tak akan faham.. bg orang lain..
Aku mungkin sombong..
Susah nak dibuat kawan..
Ada macam tak ada..

Aku cuma dah biasa..buat semua sendiri..
Sebab tu aku suka persoal banyak benda kowt..

Kenapa kita ada kat sini..?
Sebab apa nak kena buat semua tu?

Aku tak pernah rasa macam mana ada adik beradik ramai..
Aku tak tahu apa perasaan ada adik beradik perempuan..
Yang mungkin boleh jadi tempat luah perasaan??
Atau boleh bg kaunseling tak bertauliah?? hee

Kita mungkin ada kawan..
Tapi mungkin kawan tu cuma hadir saat happy je..
Lepas je saat happy tu..semua akan back to normal..

Betul..tak ada apa yang kekal kat dunia ni..
Kadang sampai aku bersoal sendiri..
Lepas ni..apa lagi yang menanti??
Lepas kita mati..apa akan kita lalui??
Sebab hidup kita dekat permulaan jalan.
Masih jauh lagi perjalanan hidup ni..

Aku tak suka..atau aku tak pandai nak cerita
Apa yang aku rasa..
Kalau aku cerita..orang tu betul2 rapat dgn aku..
Tapi.still.. Tiap yang aku cerita..
Bila dah hampir sampai tempat yang paling excited..
Aku akan terhenti..dan aku akan tutup balik cerita..
Aku tak akan cerita habis..

Macam mana aku jauhkan diri dari orang..
Macam tu jugak betapa tertutupnya perasaan aku..
Yang aku tak nak orang tahu...

Semua orang ada dark side..
Ada cerita yang cuma dia dah Dia saja yang tahu..
Bezanya cara pembawakan kita..
Karakter kita..cara kita yang berbeza..


Betapa lajunya masa berjalan..
Tanpa kita sedar memang banyak benda yang terlepas..
Betapa cepatnya jam berdetik..
Sampai kita tak perasan..yang kita dah tertinggal..

Kenapa ye??

*Hold

Aku sekarang dalam fasa...
Aku tanak tahu apa2..
Malas...penat.. Cuma perlu dalam dunia sendiri..
Bosan dengan sandiwara dunia..
Takut dengan kejamnya manusia..

Dan lebih baik aku diam..
Tutup mata..pekakkan telinga..
Stay strong..








Motivasi : Zuriat...untuk hati yang menanti..



Aku nak beri sedikit motivasi buat isteri² di luar sana yg masih belum mengandung setelah bernikah buat beberapa ketika. Memang awal pernikahan, kita mengharapkan sgt² kehadiran zuriat. Kita akan lalui fasa menunggu agar tak datang period pada setiap bulan yg berlalu. Tapi setelah 6 bulan kawen, tak ada lagi tanda² akan mengandung, malah period datang macam biasa je,eh eh macam tak bersalah pulak ye?

Lepas tu kita pun start rasa tertekan, eh bila la nak mengandung ni. Org lain elok je bunting pelamin segala, ada yg lps pantang terus hamil lagi. Mudahnya, MashaaAllah. Kengkawan pulak jenis yg tahu je mengandung, terus update pregnancy test kit tunjuk pada semua, lepas tu tak habis cerita pasal muntah, mual, muak loya setiap pagi. Penuh newsfeed dgn cerita mereka.

Buat wanita/ isteri yg mengharapkan kehamilan, bersabarlah. Aku nak kamu semua buka mata, lapangkan perasaan dan fikir kenapa belum lagi buat masa ini direzekikan anak² buat kita.

Aku lihat ramai sebenarnya, yg boleh mudah mengandung, anak sampai 2 atau 3, tapi suami tak sayang. Kena cerai, kena tipu, malah diabaikan oleh pasangan. Mereka mudah ada anak, malah bukan seorang, tapi suami tak sayang. Kena tinggal pulak tu pun ada.

Sekarang fikir, kita yg lambat mengandung ni ada je suami siang malam dengan kita. Sayangkan kita walau takde zuriat bersama, masih bersungguh² ambil berat, dan tak curang pun dibelakang kita. Jadi, suami ini adalah suatu nikmat.

Maka nikmat Tuhan yg manakah hendak kamu dustakan?

Kita suka sgt letak anak sebagai titik fokus kebahagiaan. Memang tak dinafikan, anak ini buat ibu ayah gembira bahagia sbb mereka adalah cahaya mata. Tapi kita cepat sgt lupa, Allah boleh beri bahagia dengan pelbagai lagi cara sebenarnya. Allah Maha Bijaksana dan Maha Pemurah buat kita.

Jangan tertekan sgt bila tak ada anak lagi. Kita kira anak² ni akan sentiasa buat kita gembira. Tapi kita tak tahu betapa besar amanah yg kita kena pikul. Lepas ada anak, bukan sahaja nak kena jaga kebajikannya dan membesarkan dia, kita kena didik dia dgn agama. Mampukah kita sebenarnya?

Kita rasa kita dah sediakan kewangan yg mencukupi jadi sepatutnya kita layak ada anak sendiri. Tapi Allah lebih tahu akan apa yg kita perlukan dalam hidup ini. Allah nak kita guna rezeki utk bahagian yg lain dulu sebelum diberi kepada anak. Sebab tu, ramai pasangan yg hidup gembira dpt pergi bercuti ke sana sini. Sekarang fikir, kita rasa seronok dapat duduk rumah jaga anak, tapi ada sahaja yg akhirnya bosan sebab asyik kena duduk rumah jaga anak. Sementara Allah beri rezeki dan peluang nak travel saja sini, nikmati dan syukurilah. Sebab bila dah ada anak nnt takut kita sibuk di rumah terus tak dapat pegi mana² lagi. Itu barangkali.

Terlalu memikirkan nak ada anak, sampai kita lupa ada pasangan yg mudah sgt nak dpt zuriat sampai akhirnya mereka "tak mahu" ada tambahan zuriat. Mula la keluar alasan, belum ready, takde keperluan nak anak ramai dan ekonomi gawat. Mereka pula tak percaya pada ketentuan rezeki. Lepas tu sibuk pasang implan, ikat rahim, makan pil perancang dan bersusah payah la sedaya upaya agar takde janin dalam rahim mereka. Hidup asyik memikirkan eh tak suka la nak mengandung, alah lecehlah mengandung,ala "eksiden" pula, ala kenapa cepat sgt mengandung, penat la tak larat la.. Merungut sahaja!

Allah mahu beri atau belum memberi, itu atas kehendak dan kekuasaanNya. Kita tak perlu banyak mempersoalkan apa yg Allah swt dah rancangkan buat kita. Kadang kita lihat, dah kawen bertahun² takde anak, rupanya ada takdir lain yg mendatang, suami pula bermasalah. Itu tandanya Allah swt tak mahu membebankan kita. Kita kira anak itu satu²nya pengikat kasih sayang suami. Ada terlalu ramai jangan sampai kita jadi tak terurus diri. Suami kalau ikhlas syg, takde anak pun dia akan sayang sampai mati. Aku pernah dengar, anak dah 7 org tapi masih curang pada isteri!

Hidup ini perlu banyak untuk mensyukuri segala nikmat yang diberi. Setiap hari ucaplah Alhamdulillah, Terima Kasih Allah sebab bagi pelbagai nikmat tak terhitung banyakknya.

Terlalu runsing nak ada anak, jangan buat diri alpa bahawa Allah itu merancang dengan cintaNya. Apa yang kita tak dapat di dunia, bakal disediakan nikmat yang lebih besar di akhirat sana.
Kata kuncinya..Sabar.

InsyaAllah..


..........................................











Tundukkan Pandanganmu



Seorang suami mengadukan apa yang dirasakannya kepada seorang Syeikh.
Dia berkata:

1. Ketika aku mengagumi calon isteriku, sewaktu itu seolah-olah dalam pandanganku, Allah tidak menciptakan perempuan yang lebih cantik darinya di dunia ini.

2. Ketika aku sudah meminangnya, aku melihat ramai perempuan seperti dia.

3. Ketika aku sudah menikahinya, aku lihat ramai perempuan yang jauh lebih cantik dari dirinya.

4. Ketika sudah berlalu beberapa tahun pernikahan, aku melihat seluruh perempuan lebih manis dari isteriku.

Syeikh berkata, "Apakah kamu mahu aku beritahu yang lebih dahsyat daripada itu dan lebih pahit?"

Suami menjawab,"Ya, mahu."

Syeikh: "Sekalipun kamu mengahwini seluruh perempuan yang ada di dunia ini, pasti anjing yang berkeliaran di jalanan itu juga akan nampak lebih cantik di matamu jika dibandingkan dengan mereka semua."

Si suami tersentak, dan bertanya, "Kenapa tuan Syeikh berkata demikian?"

Syeikh: "Kerana masalahnya bukan terletak pada isterimu. Tetapi masalahnya adalah bila manusia diberi hati yang tamak, pandangan yang menyeleweng, dan kosong dari rasa malu kepada Allah, tidak akan ada yang bisa memenuhi pandangan matanya kecuali tanah kuburan."

Rasulullah bersabda:

"لَوْ أَنَّ لِابْنِ آدَمَ وَادِيًا مِنْ ذَهَبٍ أَحَبَّ أَنْ يَكُونَ لَهُ ثَانِيًا، وَلَنْ يَمْلأَ فَاهُ إِلا التُّرَابُ، وَيَتُوبُ اللَّهُ عَلَى مَنْ تَابَ "

"Andaikan anak Adam itu memiliki lembah penuh berisi emas pasti ia akan menginginkan lembah kedua, dan tidak akan ada yang bisa memenuhi mulutnya kecuali tanah. Dan Allah akan menerima taubat siapa yang mahu bertaubat".

Jadi, masalah yang kamu hadapi sebenarnya adalah kamu tidak menundukkan pandanganmu dari apa yang diharamkan Allah.
Sekarang, apakah kamu menginginkan sesuatu yang akan mengembalikan kecantikan isterimu seperti pertama kali kamu mengenalnya? Ketika ia menjadi wanita tercantik di dunia?"

Suami itu menjawab: "Ya, tentu sekali."

Syeikh: "TUNDUKKAN PANDANGANMU."


...................................

kredit to Telekung Pink



Satu pertemuan..


Kadang aku terfikir..
Adakah satu pertemuan itu..hanya kebetulan..
Atau memang ada sebab disebaliknya..



Sungguh.akal manusia terbatas..
Cuma kadang tu rasa menarik..
Andai tahu yang disebaliknya..

Mesti ada sebab..kenapa aku kat sini..
Kenapa aku kenal orang2 ni..
Kenapa semua tu terjadi..

Setiap pertemuan tu bersebab..
Sebab yang pada akhirnya semua tu bersangkut paut..
Pusing-pusing dunia pown.
Kita akan bertemu orang yang sama sebenarnya..
Cuma..masa dan tempat yang berbeza..

Kalau dulu..aku tak pernah terfikir..
Yang aku akan ada dekat sini..
Tempat yang aku rasa asing..
Yang aku rasa aku sendiri..

Tapi aku kuatkan hati..
Cuba cari sebab kenapa..sini tempatnya..
Untuk bina hidup baru..
Dengan orang baru yang hadir dalam hidup aku..

Jujurnya.. banyak kali aku memujuk hati
Untuk kuat dan pandang ke depan..
Tenang dan cuba bertahan
Sebab aku yakin..
Semua bersebab...Semua sekali...