Adakah kita bertemu dengan org yang salah??...


Hye readers.. Kadang-kadang pernah tak kita terfikir..
Kita ini, bertemu dengan orang yang salah ke??
Bukan hanya pada makna cinta..tapi keseluruhan..
Sama ada kawan, rakan kelas, housemate..atau sesiapa saja yang kita jumpa dan kenal..

Mesti setiap seorang antara kita terfikir..
"Kenapa lah aku jumpa dia..dah lah tak 'ngam'"
Ada juga kawan-kawan yang kadang2 kita rasa macam tak puas hati..
Tapi hakikatnya..kita tetap akan jumpa dengan macam2 ragam manusia..
Yang kita rasa sangat menjengkelkan hati kita..
Alahh...lebih kurang macam seseorang yang memang tak serasi dengan kita..

"Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal." - [Al Hujurat: 13]

Manusia diciptakan dengan pelbagai ragam..sama ada kita suka atau tidak.. Itu semua hakikat..
Apa yang penting..kita takkan pernah jumpa dengan orang yang salah..
TAKKAN PERNAH!!!
Setiap saat dalam hidup kita.. Allah SWT telah pun perincikan tuk setiap pertemuan tu..
Semua yang berlaku antara kita dengan seseorang tu..
Walaupun sekecil zarah sekalipun pertemuan yang singkat..
Tetap ada kesan yang besar dalam hidup tanpa kita sedar..

Apa yang kita tahu..setiap pertemuan..
Setiap kejadian yang berlaku..
Ada hikmah disebaliknya..
Hargailah setiap pertemuan..

Dalam satu cerita..ada banyak wataknya..
Setiap yang bermula..akan ada akhirnya..

Pernah fikir tak??..jodoh tu ada dekat dgn kita


Pernah terfikir tak..maybe jodoh kita tu dew kt sekeliling kita..cuma kita tak sedar..



Jodoh itu rahsia Allah S.W.T
Sekuat mana kita setia.
Sehebat mana kita merancang.
Selama mana kita menunggu.
Sekeras mana kita bersabar.
Sejujur mana kita menerima dirinya.

Jika takdir Allah menentukan yg kita akan bukan dgn dirinya.
Kita tidak akan bersama dgnnya.
Jika Allah telah menulis jodoh kita dgnnya.
Kita tetap akan bersama dirinya.

Kerana tulang rusuk dan pemiliknya takkan pernah tertukar dan akan bertemu pada saat yg tepat menurut ilmuNya, insya-Allah.
Tiada yg kebetulan melainkan semuanya telah dirancang.
Dan yg sebaik-baik merancang itu adalah Allah S.W.T

Walau sekuat manapun sayang kita pada someone tu, simpanlah sedikit rasa KERAGUAN didalam hati supaya bila suatu ketika nanti bila kita diuji, kita takkan terus JATUH REBAH tetapi masih ada KEKUATAN untuk bangun semula..

Senangnya wanita itu masuk syurga


Tahu kan...seorang wanita tu sangat istimewa.. Allah S.W.T tak pernah biarkan seorang wanita itu keseorangan.. BUKTINYA??...

Masa kecil... Tanggungjawab keatas seorang anak perempuan terletak pada kedua ibu bapanya. Bila dah besar, tanggungjawab keatas wanita lak terletak pada suami. Nampakkan.. Allah SWT sayang sgt2 kat perempuan sampai Dia tak pernah biarkan kita bersendiri..

Perempuan....tahu kan.. Kita niy...tinggi martabatnya.. Setiap inci kat tubuh kita adalah fitnah.. Tapi...tahu tak...sebenarnya.. Perempuan tu senang masuk syurga..dan juga neraka.. Pilihan kat tangan kita.. 
Seorang wanita boleh memasuki PINTU SYURGA melalui mana-mana pintu Syurga yang disukainya cukup dengan 4 SYARAT sahaja :
1. Sembahyang 5 waktu
2. Puasa di bulan Ramadhan
3. Taat suaminya dan
4. Menjaga kehormatannya


Seorang lelaki perlu pergi BERJIHAD FISABILILLAH tetapi wanita jika TAAT akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah, akan turut MENERIMA PAHALA sama seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah TANPA PERLU mengangkat senjata..

MasyaAllah, SAYANGNYA Allah pada wanita..❤