Wahai puteri ku,,


Petikan Nasihat Ali Thantawi kepada Puterinya

Engkau benar puteriku, bahawalah kaum lelakilah yang mula mula melangkah menempuh jalan dosa bukan wanita. Tetapi ingat, bahawa tanpa kerelaanmu dan tanpa kelunakan sikapmu, mereka tidak akan berkeras melangkah laju. Engkaulah yang membuka pintu kepadanya untuk masuk. 
Engkau berkata kepada pencuri : "Silakan masuk"…dan setelah engkau kecurian barulah engkau tersedar. Ketika itu barulah engkau berteriak .."tolong….tolong…aku kecurian."

Seandainya engkau tahu bahawa lelaki itu adalah serigala dan engkau adalah kambing, pasti engkau akan lari seperti larinya kambing dalam ancaman cengkaman serigala.

Sekiranya engkau sedar, bahawa semua lelaki adalah pencuri, pasti engkau akan berhati-hati dan sentiasa menjaga diri seperti waspada seorang yang kikir terhadap pencuri. Jika yang dikehendaki oleh serigala dari kambing adalah dagingnya, maka yang diinginkan lelaki adalah lebih daripada itu.

Lelaki meinginkan lebih dari sekadar kambing……dan bagimu lebih buruk daripada kematian kambing itu. Lelaki menghendaki yang paling berharga darimu…iaitu harga diri dan kehormatanmu. Nasib seorang gadis yang diragut kehormatannya lebih menyedihkan daripada nasib seekor kambing yang dimakan serigala.

Wahai puteriku….
Demi Allah, apa yang dikhayalkan oleh pemuda ketika dia melihat gadis ialah gadis itu bertelanjang dihadapannya tanpa pakaian.
Aku bersumpah lagi: "Demi Allah, jangan percaya terhadap kata kata sebahagian lelaki, bahawa mereka memandangmu kerana akhlak dan adab. Berbicara denganmu seperti sahabat dan apabila mencintaimu hanyalah sebagai teman akrab". BOHONG!! BOHONG!!! Demi Allah dia berbohong.

Seandainya engkau mendengar sendiri perbualan antara mereka, pasti engkau takut dan ngeri.Tidak akan ada seorang pemuda melontarkan senyumannya kepadamu berbicara dengan lembut dan merayu, memberikan bantuan dan layanan kepadamu, kecuali akan ada maksud-maksud tertentu. Setidak-tidaknya isyarat awal bagi dirinya bahawa itu adalah langkah awal...

Cinta halal..


✿ Tidak ada PERATURAN dalam dunia jika kita suka pada seseorang, seseorang itu KENA suka pada kita balik..ada jodoh, adalah..jika tidak ada jodoh, BERKAWAN saja..Allah janjikan bahagia itu untuk semua.. ✿

 Jangan letakkan seseorang itu HAK MILIK kita selagi tiada ikatan AKAD NIKAH belum terpatri dalam hubungan yang sedang dibina..semuanya terletak pada KETENTUAN Allah..berdoa sahaja jika benar-benar MENGHARAPKAN.. 

 ♥ Cinta Tak Perlu Di Cari Kerana Ia Tersisip Di Lipatan Hati ♥

Hati...bersabarlah..




Jodoh tu rahsia Allah... Sekuat mana kita setia..sehebat mana kita merancang.. selama mana kita menunggu.. sekeras mana kita bersabar..sedalam mana kita mencintai.. setinggi mana pengorbanan kita..sejujur mana kita redha menghadapi ujian.. Jika Allah S.W.T tidak menulis jodoh kita dengannya..
kita tetap tidak akn bersama si dye..

Hidup ini..sukar dijangka.. Kadangkala memang pahit untuk ditelan.. Memang sakit tuk ditangisi.. Kadangkala..kita yang jatuh walaupun kita katakan yang kita tabah dalam menghadapi realiti kehidupan.. Hakikatnya.. cuma Allah S.W.T sahaja yang mengetahui tentang apa yang tersurat dan tersirat dalam hati yang kecil ini.. Sekuat mana kita cuba menafikan hakikat dunia.. makin dalam rasa itu mencengkam hati..

Realiti itu...sakit untuk diterima.. Susah tuk dimengerti.. Pedih tuk dirasai.. Walaupun indah hakikatnya...namun tetap pedih tuk diterima.. Hati..bersabarlah.. Setiap yang jadi ada hikmahnya.. 
Walaupun sakit tuk ditelan..

Bukan ini yang dipinta..bukan ini yang diingini.. Cukup lar sekadar memenuhi ruang di hati.. InsyaALLAH...