Wahai puteri ku,,


Petikan Nasihat Ali Thantawi kepada Puterinya

Engkau benar puteriku, bahawalah kaum lelakilah yang mula mula melangkah menempuh jalan dosa bukan wanita. Tetapi ingat, bahawa tanpa kerelaanmu dan tanpa kelunakan sikapmu, mereka tidak akan berkeras melangkah laju. Engkaulah yang membuka pintu kepadanya untuk masuk. 
Engkau berkata kepada pencuri : "Silakan masuk"…dan setelah engkau kecurian barulah engkau tersedar. Ketika itu barulah engkau berteriak .."tolong….tolong…aku kecurian."

Seandainya engkau tahu bahawa lelaki itu adalah serigala dan engkau adalah kambing, pasti engkau akan lari seperti larinya kambing dalam ancaman cengkaman serigala.

Sekiranya engkau sedar, bahawa semua lelaki adalah pencuri, pasti engkau akan berhati-hati dan sentiasa menjaga diri seperti waspada seorang yang kikir terhadap pencuri. Jika yang dikehendaki oleh serigala dari kambing adalah dagingnya, maka yang diinginkan lelaki adalah lebih daripada itu.

Lelaki meinginkan lebih dari sekadar kambing……dan bagimu lebih buruk daripada kematian kambing itu. Lelaki menghendaki yang paling berharga darimu…iaitu harga diri dan kehormatanmu. Nasib seorang gadis yang diragut kehormatannya lebih menyedihkan daripada nasib seekor kambing yang dimakan serigala.

Wahai puteriku….
Demi Allah, apa yang dikhayalkan oleh pemuda ketika dia melihat gadis ialah gadis itu bertelanjang dihadapannya tanpa pakaian.
Aku bersumpah lagi: "Demi Allah, jangan percaya terhadap kata kata sebahagian lelaki, bahawa mereka memandangmu kerana akhlak dan adab. Berbicara denganmu seperti sahabat dan apabila mencintaimu hanyalah sebagai teman akrab". BOHONG!! BOHONG!!! Demi Allah dia berbohong.

Seandainya engkau mendengar sendiri perbualan antara mereka, pasti engkau takut dan ngeri.Tidak akan ada seorang pemuda melontarkan senyumannya kepadamu berbicara dengan lembut dan merayu, memberikan bantuan dan layanan kepadamu, kecuali akan ada maksud-maksud tertentu. Setidak-tidaknya isyarat awal bagi dirinya bahawa itu adalah langkah awal...

Cinta halal..


✿ Tidak ada PERATURAN dalam dunia jika kita suka pada seseorang, seseorang itu KENA suka pada kita balik..ada jodoh, adalah..jika tidak ada jodoh, BERKAWAN saja..Allah janjikan bahagia itu untuk semua.. ✿

 Jangan letakkan seseorang itu HAK MILIK kita selagi tiada ikatan AKAD NIKAH belum terpatri dalam hubungan yang sedang dibina..semuanya terletak pada KETENTUAN Allah..berdoa sahaja jika benar-benar MENGHARAPKAN.. 

 ♥ Cinta Tak Perlu Di Cari Kerana Ia Tersisip Di Lipatan Hati ♥

Hati...bersabarlah..




Jodoh tu rahsia Allah... Sekuat mana kita setia..sehebat mana kita merancang.. selama mana kita menunggu.. sekeras mana kita bersabar..sedalam mana kita mencintai.. setinggi mana pengorbanan kita..sejujur mana kita redha menghadapi ujian.. Jika Allah S.W.T tidak menulis jodoh kita dengannya..
kita tetap tidak akn bersama si dye..

Hidup ini..sukar dijangka.. Kadangkala memang pahit untuk ditelan.. Memang sakit tuk ditangisi.. Kadangkala..kita yang jatuh walaupun kita katakan yang kita tabah dalam menghadapi realiti kehidupan.. Hakikatnya.. cuma Allah S.W.T sahaja yang mengetahui tentang apa yang tersurat dan tersirat dalam hati yang kecil ini.. Sekuat mana kita cuba menafikan hakikat dunia.. makin dalam rasa itu mencengkam hati..

Realiti itu...sakit untuk diterima.. Susah tuk dimengerti.. Pedih tuk dirasai.. Walaupun indah hakikatnya...namun tetap pedih tuk diterima.. Hati..bersabarlah.. Setiap yang jadi ada hikmahnya.. 
Walaupun sakit tuk ditelan..

Bukan ini yang dipinta..bukan ini yang diingini.. Cukup lar sekadar memenuhi ruang di hati.. InsyaALLAH... 

Adakah kita bertemu dengan org yang salah??...


Hye readers.. Kadang-kadang pernah tak kita terfikir..
Kita ini, bertemu dengan orang yang salah ke??
Bukan hanya pada makna cinta..tapi keseluruhan..
Sama ada kawan, rakan kelas, housemate..atau sesiapa saja yang kita jumpa dan kenal..

Mesti setiap seorang antara kita terfikir..
"Kenapa lah aku jumpa dia..dah lah tak 'ngam'"
Ada juga kawan-kawan yang kadang2 kita rasa macam tak puas hati..
Tapi hakikatnya..kita tetap akan jumpa dengan macam2 ragam manusia..
Yang kita rasa sangat menjengkelkan hati kita..
Alahh...lebih kurang macam seseorang yang memang tak serasi dengan kita..

"Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal." - [Al Hujurat: 13]

Manusia diciptakan dengan pelbagai ragam..sama ada kita suka atau tidak.. Itu semua hakikat..
Apa yang penting..kita takkan pernah jumpa dengan orang yang salah..
TAKKAN PERNAH!!!
Setiap saat dalam hidup kita.. Allah SWT telah pun perincikan tuk setiap pertemuan tu..
Semua yang berlaku antara kita dengan seseorang tu..
Walaupun sekecil zarah sekalipun pertemuan yang singkat..
Tetap ada kesan yang besar dalam hidup tanpa kita sedar..

Apa yang kita tahu..setiap pertemuan..
Setiap kejadian yang berlaku..
Ada hikmah disebaliknya..
Hargailah setiap pertemuan..

Dalam satu cerita..ada banyak wataknya..
Setiap yang bermula..akan ada akhirnya..

Pernah fikir tak??..jodoh tu ada dekat dgn kita


Pernah terfikir tak..maybe jodoh kita tu dew kt sekeliling kita..cuma kita tak sedar..



Jodoh itu rahsia Allah S.W.T
Sekuat mana kita setia.
Sehebat mana kita merancang.
Selama mana kita menunggu.
Sekeras mana kita bersabar.
Sejujur mana kita menerima dirinya.

Jika takdir Allah menentukan yg kita akan bukan dgn dirinya.
Kita tidak akan bersama dgnnya.
Jika Allah telah menulis jodoh kita dgnnya.
Kita tetap akan bersama dirinya.

Kerana tulang rusuk dan pemiliknya takkan pernah tertukar dan akan bertemu pada saat yg tepat menurut ilmuNya, insya-Allah.
Tiada yg kebetulan melainkan semuanya telah dirancang.
Dan yg sebaik-baik merancang itu adalah Allah S.W.T

Walau sekuat manapun sayang kita pada someone tu, simpanlah sedikit rasa KERAGUAN didalam hati supaya bila suatu ketika nanti bila kita diuji, kita takkan terus JATUH REBAH tetapi masih ada KEKUATAN untuk bangun semula..

Senangnya wanita itu masuk syurga


Tahu kan...seorang wanita tu sangat istimewa.. Allah S.W.T tak pernah biarkan seorang wanita itu keseorangan.. BUKTINYA??...

Masa kecil... Tanggungjawab keatas seorang anak perempuan terletak pada kedua ibu bapanya. Bila dah besar, tanggungjawab keatas wanita lak terletak pada suami. Nampakkan.. Allah SWT sayang sgt2 kat perempuan sampai Dia tak pernah biarkan kita bersendiri..

Perempuan....tahu kan.. Kita niy...tinggi martabatnya.. Setiap inci kat tubuh kita adalah fitnah.. Tapi...tahu tak...sebenarnya.. Perempuan tu senang masuk syurga..dan juga neraka.. Pilihan kat tangan kita.. 
Seorang wanita boleh memasuki PINTU SYURGA melalui mana-mana pintu Syurga yang disukainya cukup dengan 4 SYARAT sahaja :
1. Sembahyang 5 waktu
2. Puasa di bulan Ramadhan
3. Taat suaminya dan
4. Menjaga kehormatannya


Seorang lelaki perlu pergi BERJIHAD FISABILILLAH tetapi wanita jika TAAT akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah, akan turut MENERIMA PAHALA sama seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah TANPA PERLU mengangkat senjata..

MasyaAllah, SAYANGNYA Allah pada wanita..❤

Engkau yang bernama SAHABAT


Ambillah masa untuk memahami HATI dan PERASAAN kawan. 
Kerana dia juga seorang manusia..
Dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang, sedih dan kecewa..
Dia juga ada kelemahannya..
Dan dia juga perlukan KAWAN sebagai kekuatan..
Kita selalu melihat dia ketawa,,
Tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka..

Yee..kau yang bergelar sahabat..

Tika aku susah kau datang memudahkan
Tika aku sedih kau datang menggembirakan 
Tika aku sendiri kau datang menemani
Tika aku hilang sabar kau datang tenangkan 
Tika aku dihimpit tekanan kau datang redakan
 Tika aku dianiaya kau datang memberi sokongan 
Tika aku kesempitan kau datang beri kelapangan
 Tika aku ketawa kau datang dengan mudah 
Tika aku menangis kau datang tanpa lengah 
 Terima kasih sahabat 
Terima kasih...terima kasih...terima kasih... 

 "Hidup Ini Indah Jika Segalanya Kerana Allah"

Bukan hanya lafaz..

" Aku terima nikahnya si dia binti si ayah dengan mas kahwinnya RM...."
Lafaz itu mungkin mudah diucapkan..
Tapi sedarkah kita.. Disebalik lafaz tersebut...ada seribu satu makna
yang penuh dengan tanggungjawab..

Dengan erti kata lain..pernikahan bukan hanya permainan..
Bukan hanya untuk setahun dua..
Tetapi..pernikahan antara dua insan..
Yang menjalinkan ikatan..
Yang meng'halal'kan hubungan..
Bukan untuk sehari dua..tetapi sehingga akhir hayat..
Dan juga insyaAllah..hingga ke syurga..

Maksud yang tersirat dari lafaz suci tersebut..
"Aku tanggung dosa-dosa si dia dari ibu bapanya, apa saja dosa yang dia buat,dari dedah aurat hingga ke tinggalnya solat, aku tanggung dan bukan lagi ibu bapanya tanggung dan aku tanggung semua dosa bakal anak-anak aku. Kalau gagal, maka aku fasik, dayus & aku rela masuk neraka dan malaikat Zabaniyah melibas aku hingga pecah badan aku”
Hakikatnya..nikah itu indah..
Jom nikah muda :)

"Seandainya saya azan..sudikah awak iqamahkannya..
Seandainya saya imam..sudikah awak menjadi makmum dibelakangnya..
Seandainya saya doa..sudikah awak mengaminkannya.."





Kisah seorang wanita



SEKUAT mana seorang WANITA cuba menghadapi DUGAAN..
SETABAH mana seorang wanita cuba melalui UJIAN..
SETENANG mana seorang wanita cuba MENYEMBUNYIKAN KESEDIHAN..

Adakalanya, AIR MATA akan tetap JATUH BERGUGURAN di pipi walau dalam SENYUMAN, lumrah wanita penuh KASIH SAYANG dan KELEMBUTAN, mudah terguris dan terhiris, hati halusnya menguatkan SEMANGAT dalam diri dan hanya LELAKI SEJATI 
sahaja yang mampu menjadi PENAWAR buat dirinya...

Hati itu kadangkala perlu diketuk dengan dugaan supaya kita tidak hanya suka pada keselesaan, bahkan juga selesa dengan kesakitan. Begitulah pentingnya menjaga dan mendidik hati.

ANDAI lelaki tahu,
MERAJUK seorang wanita minta dipujuk...
SEDIH seorang perempuan perlu didengari...
GEMBIRA seorang perempuan ingin dikongsi...

Ya..SILAPNYA SEORANG WANITA ialah :
bila dia percaya, maka dia TERLALU PERCAYA..
bila dia menyayangi, maka dia MENYAYANGI SEPENUH HATI..
bila dia memberi, maka dia BERIKAN SEGALA-GALANYA..
...

Kadang kala ALLAH hilangkan mentari...
Kemudian DIA datangkan guruh...
Puas kita menangis, m'cari mana mentari kita....
Rupa2nya ALLAH nk hadiahkn kita pelangi yg ckup indah....
BERSABARLAH......Ade kemanisan dsebalik kepahitan

❝ Hαri ini Allαh belum mempertemukαn kitα dengαn orαng yg kitα cintαi, insyαAllαh iα αkαn dαtαng esok αtαu lusα, αtαu bilα – bilα pun iα khendαki, itu αdαlαh sebαhαgiαn dαri kekuαsααnƝyα... Jodoh αdαlαh perkαrα ghαib... tαnpα αdα seorαng pun yg tαhu bilα & dengαn siαpα kitα αkαn berjodoh... Jujur, itu bukαnlαh perkαrα biαsα….. Tetαpi sungguh luαr biαsα…..❞


credit sepenuhnya : kisah wanita

Satu persimpangan..


Hye readers...apa khabar semua..
Hurmm...dunia IT berbeza dengan dunia realiti..
Seakan-akan berada dalam khayalan sendiri..
Seakan-akan cuba untuk mengubah sesuatu yang realiti..

Satu persimpangan...dua pilihan..
Kadang-kadang terlalu sukar untuk membuat pilihan..
Takut tersalah pilih..
Kita tak tahu apa pengakhiran tuk semua tu..
Takut tuk buat sesuatu keputusan yang akan terkesan dalam hidup..

Mungkin terlalu berat nak lalui..
Terlalu sukar tuk difahami..
Walaupun kita tak pasti akan apa yang terjadi..
Sakit sangat.. Dengan cerita yang tertaip...
Dengan lukisan yang terlakar..
Dengan watak yang tercipta..
Sampai satu ketika kita sendiri tak mampu..
Tuk menerima...tentang sesuatu kebenaran..

Yee...kebenaran tu memang menyakitkan..
Sangat menyakitkan tuk diketahui..
Sangat menyakitkan tuk dihadapi..
Lebih-lebih lagi apabila menyendiri..
Mampukah kita...mampukah aku??
Hurmm...semua yang pasti..perlu dilalui..

akan diingat pesan ini.. "Nana..kau kena kuat.."
Yee...aku kuat.. :) 


Past memories


"Diam bukan tanda membenci tetapi mengumpul kemaafan di hati..
Hilang bukan melarikan diri tetapi mengutip kekuatan untuk bertemu lagi.."

Kisah itu...cumalah kisah lalu..
Kisah yang terlerai...sebuah cerita yang telah sudah..
Masa terus berjalan..terus berputar mengikut peraturan..

Hurmm..semua yang terjadi..ada hikmahnya...kn??
Ada sebab dan alasan kenapa kita yang terpilih tuk laluinya..
Walaupun kadang2..kita tak terlepas..tuk menyalahkan takdir..
Namun..itulah ketentuanNYA.. 

Dalam meneruskan perjalanan hidup..
Kita diberi pilihan demi pilihan..
Lepas satu satu..kita akan tetap kena buat pilihan..
Dalam masa sama..peluang demi peluang hadir buat kita..
Sama ada kita sedar atau tidak..

Kisah itu,,,kisah lalu...biarlah ia berlalu pergi,..
Walau sakit untuk melepaskan..
Walau perit tuk lupakan..
Kita harus tetap perlu bertahan..masih cuba berdiri dikaki sendiri..
Ia tetap akan jadi kenangan..walaupun ada ketika..
Air mata ini,.,akan tetap mengalir..pada waktunya..


Enough is enough
Cukup setakat itu..
Kita ada 'line' yang perlu dijaga..
Batasan yang jangan dilepas..

Setakat itu..cukup..





Satu perjalanan yang dinamakan CINTA..




For me...cinta itu ialah satu perjalanan yang boleh membawa perubahan yang besar dalam hidup..
We will start perjalanan kita apabila kita mula menyedari yang kita dah mula suka someone yang dinamakan lelaki..

We liked that person sampai satu masa kita rasa dia adalah orang yang paling penting dalam hidup ni. Perjalanan kita akan sampai di perhentian Heart Broken when we realized that he have someone special..

Di situlah kita akan menghadapi saat berduka keseorangan. Barulah kita sedar yang
Friendship is powerful than Love..
We will spend our time for crying and thingking about him..

But our journey not end here..
Kita tetap akan suka that guy walaupun kita tahu yang dia dah berpunya..
Maybe ini laa yang orang kata cinta tu buta...haha

Cinta itu menyakitkan..tapi hakikatnya..

Love teach us how to lie to our self..
To deal with pain..
To pass night with tears..
and
To hate him with all out heart..




Wahai muslimah..kaum Hawa...bacalah :)




Hye readers.. :) Sekadar perkongsian bersama..
Renungkanlah..



Syeikh Ali Thantawi pernah berkata..

"Wahai putriku.. Demi Allah, jangan percaya kata kata sebahagian lelaki.
Bahawa mereka memandangmu kerana AKHLAK dan ADAB.
Berbicara denganmu seperi sahabat dan apabila mencintaimu hanyalah
sebagai teman akrab..
BOHONG BOHONG..demi Allah dia berbohong!!
Seandainya engkau mendengar sendiri perbualan antara mereka..
Pasti engkau takut dan ngeri..."


Lelaki menghendaki yang paling berharga darimu..iaitu harga diri dan kehormatanmu.
Nasib seorang gadis yang diragut kehormatannya lebih menyedihkan daripada nasib seekor kambing yang dimakan serigala.

Tidak akan ada seorang pemuda yang melontarkan senyumannya kepadamu berbicara dengan lembut dan merayu, memberikan bantuan dan layanan kepadamu kecuali akan ada maksud-maksud tertentu. Setidaknya isyarat awal bagi dirinya bawaha itu adalah langkah awal.

Engkau benar putriku bahawa kaum lelakilah yang mula melangkah menempuh jalan dosa bukan wanita. Tetapi ingat!! Bahawa tanpa kerelaanmu dan tanpa kelunakan sikapmu mereka tidak akan berkeras melangkah laju. Engkaulah yang membuka pintu kepadanya untuk masuk.

RENUNGKANLAH..
Kadang kadang.. Kita sendiri silap dalam menilai seseorang..
Tanpa kita tahu asal usul..tanpa tahu kisah sebenar..
Kadang-kadang..apa yang kita nampak..
Tak semestinya perkara itu betul..
Apa yang kita dengar...Tak semestinya kisah sebenar..
Dunia niy..banyak ceritanya..
Banyak kisahnya..banyak rahsianya...
Jangan pernah kita fikir..kita tahu semuanya..
Sebab..belum tentu kita tahu walau 1% pown rahsia dunia ini..
Jangan menilai sesuatu atau seseorang..hanya dari buruknya..


"Jangan hanya melihat keburukan orang, kerana seburuk buruk dia..ada 1001 
kebaikan yang kamu tidak pernah lihat..." 
-Ustaz Don Daniyal

Sentiasa tersenyum


Hello readers sekalian...lama sungguh tak update blog ini kan..haha
(Ta taw nak update pe..hee)
Sudahkah anda senyum dengan gembira hari ini?? atau anda tersenyum untuk menutup luka??
Kali niy nana nak cakap sal "senyum.."


Senyum tu kadang kala menutup sepi..
Kadang kala menutup luka yang terpendam..
Dengan senyuman..mampu merawat dan menyembuhkan hati..
Walaupun sedikit..walaupun lama..
Tapi cukup untuk merawat sekeping hati yang luka..


Tak kira lar lelaki ke perempuan..
Kasar ke lembut..ganas ke sweet..
Penjahat atau baikk..
Semua orang de hati dan perasaan..
Perasaan untuk mencintai dan dicintai..
Tipu lar kn kalau tak de perasaan tu,,
Walau sekeras mana pown..
Walau se'ego' mana pown seseorang tu.
Hati dan perasaan takkan mampu leh ditipu..
Kita leh tipu semua orang..tapi kita tak mampu tipu diri kita sendiri..

Luka dihati..siapa yang tahu..
Kita hanya mampu tersenyum..tuk menutup luka itu..
Tuk menyembuhkan hati itu..

Senyumlah..walau terpaksa..
Walaupown tak boleh pulihkan hati sepenuhnya..
Sekurang kurangnya...
Dapatlah sembuhkan hati walaupown seketika..
So..senyum ! ! ! ! :D



Gadis..hati bak kaca..



Hye readers!!! Gadis...hati bak kaca..
Kenapa?? Selalu sangat kita dengar...
Tentang gadis yang baru putus cinta..kecewa..dan dan...semua lar...
Hati perempuan kan bak kaca...
Mudah pecah andai terjatuh..
Mudah retak andai terhentak..
Mudah berbekas andai dibiar..

Ada yang bertanya..
"Ustaz, kenapa ya hati perempuan ni kadang-kadang tiba-tiba je rasa sedih tanpa sebab. Ada orang kata syaitan yang ganggu! Ada petua tak untuk elakkan hati kita ni sedih? Kadang-kadang bila bangun pagi rasa sedih, kadang-kadang rasa macam rindu. Tapi tak tau rindu pada siapa!


Answer from Ustaz Azhar Idrus : PERKARA BIASA. HATI PEREMPUAN MEMANG
HALUS, HANYA LELAKI SEJATI YANG MAMPU MENJADI PENAWAR!... "

Perempuan kalau disakiti, sampai bila pun dia akan ingat. 
Mungkin senang dia maafkan. 
Tapi susah untuk dia lupakan...

"Air mata seorang perempuan mungkin boleh mencairkan hati seorang lelaki tapi air mata seorang lelaki belum tentu dapat mencairkan hati seorang perempuan yang telah di sakiti"

Sekeras mana pown seorang gadis tu..tetap gak disudut hatinya sangat lembut..
Ada satu ketika..bila mana seorang gadis susah nak terima..
Saat terjatuh..sangat susah nak bangun..
Saat bersedih..tak mampu nak menangis..
Sedangkan dalam hatinya..parah terluka..
Semua tu..ada hikmah kn..

Gadis..andai satu ketika..kita tahu ia bukan milik kita..
Kita tahu ia hanya sementara..
Kita perlu kuat laluinya.
Bukan hanya putus cinta..
Bukan hanya berhenti kerjaya..
Tapi dalam semua perkara..
Walaupun kita tahu...hati kita bak kaca..
Tapi ia tetap bagai mutiara..yang kita perlu jaga.. :)

Jangan kita menilai sesuatu..
Yang belum kita pasti jalan cerita..
Yang kita tak tahu asal usulnya..
Yang belum pernah kita laluinya..
Sebab..dalam menilai..
Ada khilafnya..ada silapnya..ada kurangnya...


Bila jatuh..kena lar bangun..


Hye readers!!! Ermm..bila jatuh..kena lar bangun..
Walau cmner sakit pown kita terjatuh..
Walau sehebat mana pown halangan dan dugaan tuk kita berdiri semula..
Kita tetap kena bangun...jangan pernah mengalah..



Didalam sebuah cinta...terdapat bahasa 
Yang mengalun indah...mengisi jiwa 
merindukan kisah...kita berdua 
Yang tak pernah bisa...akan terlupa 

Bila Rindu ini..masih milikmu 
Kuhadirkan sebuah..tanya untukmu 
Harus brapa lama..aku menunggumu.. 
aku menunggumu... 

Lirik: menunggumu..


Dalam satu persimpangan jalan..
Kita harus memilih..antara 2 atau 3 pilihan..
Walaupun kita taknak memilih..kerna kita tahu...akan ada yang terluka..
Tapi sampai masanya nanti..kita tetap perlu memilih..
Satu jalan yang akan mengubah hidup ini..
Kadang kala kita terfikir..
Apa yang ada di jalan ini..apa pula yang ini..
Sampai satu saat kita terlalu memikirkannya..
Hingga kita alpa..dan mungkin akan terjatuh..

Kita perlu memilih yang terbaik..walau teruk macam mana pown..
Walau terluka dan sakit macam mana pown..
Inilah hidup...permainan yang belum berakhir..
Percaturan yang masih ada..
Semua tu..ada dalam tangan kita..
Sama ada..kita nak lawan atau biar kita terus terjatuh dalam dunia ciptaan kita sendiri,

Apa pown..ini pilihan aku..
Aku dah pilih tuk ada dalam jalan ini..
Aku hanya ada dia kini...cuma dia..
Dan kisah lalu itu..aku lepaskan pergi..
Aku bangkit dari kekecewaan masa lalu..
Maafkan aku...seandainya ada yang terluka..
Maafkan aku...kerna aku..
Cuma insan biasa... 
Terima kasih kerna pernah hadir dalam hidup ini..
Walaupown seketika..
Cukup buat aku mampu tersenyum bahagia.. :)

Hati kena kuat.. :)


Hidup ini sukar diduga dan diramal..
Kadang-kadang kita hampir terjatuh..
Bukan senang menerima kenyataan..
Bukan mudah untuk menghadapi realiti..
Hingga satu saat kita cuba bertahan..
Hingga satu ketika kita memang tak kuat...

Kebenaran itu menyakitkan apabila diketahui..
Namun tak bererti kita tak mampu berdiri..
Saat kita rapuh untuk memahami..
Apakah yang tersurat dan tersirat rancangan Ilahi..
InsyaAllah.. Allah S.W.T itu Maha Mengetahui..
Tentang kesanggupan hambaNya menghadapi realiti..

RancanganNya sukar dimengerti..
Namun hakikatnya..itulah yang terbaik untuk dihayati..

Ya Allah..engkau yang Maha Mengetahui..
Tentang apa yang terjadi...aku redha dengan ketentuanMu..
Seandainya ini yang telah tertulis buatku.
Kuatkanlah hati hambaMu ini...permudahkanlah segala urusan..
InsyaAllah..aminn



Seandainya dia tercatat untukku :)


JODOH dan PERTEMUAN semuanya dari Allah.. Adakalanya, kita diberi PETUNJUK melalui mimpi.. Mimpi adalah mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan solat Istikharah dan memohon dengan BERSUNGGUH-SUNGGUH supaya Allah memberikan petunjuk, insyaAllah dengan izinNya kita mendapat mimpi petunjuk.. Kadangkala petunjuk dalam bentuk RASA HATI.. Jika dia pilihanmu, buatlah KEPUTUSAN sebaiknya.. Jika tidak, TOLAKLAH dia dengan BAIK..

Seandainya dirimu TIDAK MEMILIKI sesuatu yang kamu cintai, maka cintailah sesuatu yang kamu miliki..
Jangan pinggirkan Allah kerana Dia yang mengurniakan rasa cinta..
Jangan dilupakan Rasulullah kerana dia yang mmberi PANDUAN untuk bercinta..♥♥♥

Akan tiba saatnya, di mana kita harus BERHENTI MENCINTAI SESEORANG..bukan kerana kita PUTUS ASA untuk mencintainya tetapi kerana kita MENYEDARI bahawa ada insan lain yang lebih mencintainya dan kita merasakan bahawa insan yang kita cintai itu akan LEBIH BAHAGIA apabila kita MELEPASKANNYA..

Terkadang aku ingin mengintip takdirku agar hidupku lebih terencana. 
Tapi aku sedar, Allah menyimpan takdir untuk kejutan.




Realiti itu menyakitkan..



Hey readers..towl ta pe yg u all bace kt atas niy??
Kadang-kadang..
Kita suka kat someone..
Yang kita terang-terang tahu...
Dia bukan milik kita..
Dia tak mungkin jatuh cinta dengan kita..
Betul tak???

Bila satu saat..kita cuba lupakan dia..
Sebab kita tahu..
Kita takkan dapat dia...
Dan sememangnya dia pown takkan pandang kita..
Saat tu..kita cuba lupakan..
Tapi relitinya..
Sangat menyakitkan..

Kita selalu berangan kan..
Tentang sesuatu yg lom tentu kita dapat..
Tanpa sedar kita suka dengan perkataan "kalau"
Semua tu cuma dengan perkataan "kalau"
But reality, its hurt..

So...listen to ur heart no matter how bad it hurt..

hidup sukar diduga..



Ermmm..kenpa ye..
Kadang-kadang kita rasa hidup ini susah sangat..
Hurmm,...kadang-kadang kita rasa tak dapat nak terima..
Tentang sesuatu kenyataan..
Kenyataan yang entah betul entah tidak..
(tipu lar tak pernah rasa)

Bila kita jatuh..rasa susah nak bangun..
Bila hati sakit..susah nak ubati..
Senyum pown..kadang-kadang terpaksa..
Kenapa yee..
Ramai yang rela hidup dalam penipuan..
Ramai yang memilih untuk menyendiri..
Sedangkan..
Hidup ini sangat indah..

Hidup niy memang sukar diduga kan..
Entah lar..
Tak tahu apa yang dah diaturkan buat kita semua..
Betul tak???

Hanya mampu tersenyum..
Terima kasih..


Buat baik berpada lar..




Kadang-kadang kita TERkata..
TERkutuk..TERkasar.. TER...(pape jew lar..hee)
Manusia..memang tak pernah sempurna..
Sentiasa ada khilaf..
Sentiasa ada alpa..
Sebab kita manusia..
Dicipta sebagai khalifah dibumi ni..

Bila mulut berbicara..
Hati berkata..
Jantung berdegup..
errr..bukan tentang cinta ea..hee

Hurmm..lumrah..
Orang selalu berkata..
Buat baik berpada-pada..
Buat jahat..elok lar JANGAN buat ea..
Susah juga kan..

Menegur salah..
Mengata..lagi lar salah ! !
Tanpa sedar..kita mungkin terguris hati..
Terkasar lidah..
Membuat orang lain terasa..
Maaf dipinta..andai de yang terasa..

Pernah terfikir tak??
Kenapa mak kita selalu membebel dekat kita??
Nape ayah kita selalu marah dekat kita??
Sebab...kita anak dia..
Sebab..kita darah daging dia..
Sebab..dia dah besarkan kita..
Sebab..dia yang lahirkan dan jaga kita..
Paling penting..sebab..
Dia SAYANG dekat kita..
SEDAR TAK???
Kalau dia tak sayang..dah lama dia abaikan kita..
Tak jaga kita..tak bagi kita makan..
SEDAR TAK??

Macam tu juga orang lain..
Contohnya kawan..
Kadang-kadang tanpa kita sedar..
Kawan kita asyik tegur kita jee.
Mungkin kita tak sedar..
Mungkin kita rasa macam dieowg jaga tepi kain kita..
Tapi hakikatnya..
Sebenarnya..diaorang SAYANG kita..
Percaya tak??
So..listen to your HEART..
no matter how bad it HURT.. oke???

Tak kenal maka tak cinta lar..kan??

sumber : google

Hello readers ! ! Sedang buat apakah kalian semua?? hee
Tak kenal maka tak cintalah..kan???
Hurmm..bukan bererti kita kenal orang tu..Then kita kena lar cinta dan berkasihkan orang tu..
Errr..salah lar kawan..
CINTA tu de seribu satu maksud taw..
Tak semestinya untuk LOVER saja..

Maksud nana kali ini..
Bukan nak merujuk pada cinta seorang kekasih..
Tapi lebih kepada persahabatan..
Kenapa??

Oke..contoh lar..satu situasi..
Kita dan kawan/geng kita berkumpul..
Kita mesti akan bercakap tentang seseorang...
Betul tak??..tipu lah tak de..
Mesti dew.. "Eiii...gurl tu kan..."
"Nak tahu tak..boy tu......"
Kadang-kadang kita tak sedar..
Tersilap pandang..atau mungkin alpa..

Haa,...tanpa lar kita semua sedar..
Tanpa kita kenal orang tu..
Kita dah TERkata "dia" macam-macam..
Sedangkan tak kenal pown..
Cuba kita jalinkan persahabatan dengan "orang" tu..
Bila kita dah kenal dia betul-betul..
Baru kita tahu siapa dia..
Baru kita tahu isi hati dia..
Sebab tu..tak kenal maka tak cinta..
Persahabtan apabila ia terjalin..
Sangat indah..

Kamu semua..cuba fikir jap..
Siapa yang dah kamu abaikan??
Mungkin tanpa sedar kamu dah guris perasaan dia.
Lidah tu lebih tajam dari bilahan pedang.
 (errr...towl kew pe aku taip niy??..hee)
Apa yang pasti..PERSAHABATAN ITU SANGAT INDAH.
Jika kita pandai menyulam dengan senyuman dan keikhlasan..
Ingat ! ! Jangan pura-pura..
Jgn berkawan dengan someone "bersebab" ! !
Listen to your heart..no matter how bad it hurt.