Ego menguasai diri


Aku tidak mahu menjerit bagi satu dunia tahu...
Cukup aku bisik kamu sebab kau dunia aku..


Ego itu datang tanpa aku mengawal,,
Tanpa aku sedar, aku tetap dengan pendirian.
Aku tahu kesannya dalam..
Keras kepala menguasai diri..
Dan kau yang rasa kesakitannya..

Bila jadi begini...
Salah itu datangnya dari aku..
Tapi aku yang buat tak tahu
Ambil jalan mudah..
Malas nak berfikir,,
Sedang kau mengharap keajaiban..
Untuk aku turunkan ego..

Sedang aku???


Aku penat bermain kata..
Sampai ketika aku berhenti..
Dari meluahkan apa aku rasa...
Dan aku hanya mampu tutup dengan senyuman
Tanpa perlu ungkap apa yang aku fikirkan..

Ego dan terus ego..
Sendiri tak mengerti kenapa hati ini
Masih melawan kata hati
Melukai yang ada disisi..


Takut mula melangkah pergi
Tinggalkan apa yang ada disisi
Adakah itu perlu??
Sejauh mana mampu bertahan?
Adakah sama seperti dahulu??


Maaf aku ego..
Maaf kerana kau terpaksa menerima

Maaf atas segala yang terjadi..
Aku hanya mampu kata maaf







Bukan kerana tak peduli


Alhamdulillah... aku masih bernafas saat ini..
Melalui setiap fasa kehidupan yang telah Allah pinjamkan..
Dan aku cuba lalui setiap saat dengan tenang..

Masih tak terlepas dengan setiap dugaan..
Dan juga setiap saat jatuh dan bangun,,
Aku masih tidak cukup sempurna..
Masih tidak mampu untuk mengawal emosi yang hadir..
Dan secara tidak langsung melukai hati yanh lain..

Bukan kerana tak peduli atau tak kisah...
Jauh sekali sebab kasih dan sayang yang kian pudar..


Aku masih tewas dengan cinta manusia..
Sehingga satu tahap aku berhenti untuk berfikir,,
Telalu mudah untuk aku lupakan..
Dan sekelip mata aku biarkan ia berlalu...

Maaf buat kamu yg selalu ada dengan aku..
Yang ada setiap jatuh dan bangun aku...
Yang setia dan menerima aku dengan apa adanya..
Maaf kerana melukakan hati
Hanya maaf yang aku mampu..
Bukan kerana tak sayang..
Jauh sekali untuk melepas pergi..
Aku cuma masih keliru..
Tak pasti apa yang terjadi...
Dan aku masih sayang kamu..
Dan akan terus mencintai dengan izinNya..

Aku yang cipta jerat sendiri..
Andai aku lelah tak berdaya lagi...
Akhir nanti pasti aku yang melangkah pergi,,
Tanpa peduli apa yang akan terjadi..
Dan aku berserah pada Illahi..