Mata yang berkaca..



Mata siapa yang tak pernah menangis..
Hati siapa yang tak pernah sakit..
Dalam kita melangkah..pasti akan ada saatnya terjatuh..
Pasti ada saatnya kita terhenti.,,
Henti pada satu jawapan yang tak pasti...


Dia gadis biasa. Dia bukan gadis yang cantik. 
Dia tidak sesolehah yang lain. Dia akui dia tidak sempurna. 
Dia bukan seorang Hafizah, dan seringkali lalai dalam agama.
Dia tampak kuat,,,,tapi hatinya lemah
 Dalam tangisannya, hatinya kuat berkata : 
"Hidup bukan untuk membuatkan orang suka, kerana redha Allah bukan milik manusia." 

 Dia mengesat perlahan pipinya. Bangkit melangkah laju. "Aku hanyalah gadis biasa, tidak mungkin akan sempurna. Tapi aku mahu menjadi hebat di mata Dia." :')

Sungguh aku cuma seorang biasa..
Yang masih berjalan mencari redha Illahi..
Kadang manusia sering menilai seseorang dari kisah lalu..
Bukan kah kisah lepas tak perlu diulang??
Ohh yee...manusia..
Tak pernah lari dari menilai sesuatu yang lepas..

Pernah aku berdiri di salah satu sudut dunia..
Dimana aku cuba untuk mengembalikan kekuatan...
Cuba berjalan pergi dari sesuatu keadaan..
Bukan lari...bukan pergi...
Cuma masa diperlukan..
Kdg aku sengaja mendiamkan diri..
Menutup segala kesibukan duniawi..

Ya Allah, jangan sampai hatiku dipenuhi perasaan benci dan dendam. Kuatkanlah hatiku untuk memaafkan sesiapa sahaja yg membuatku terluka atau menangis..

Aku diam bukan bermakna aku kalah...tapi kadangkala diam itu lebih baik,,