Kita sering diuji


Kadang-kadang ALLAH SWT patahkan semangat kita untuk selamatkan jiwa kita.

DIA hancurkan hati kita agar kita kembali pada-NYA.

DIA berikan kita kesakitan agar kita terus bertahan.

Dia beri kita kegagalan agar kita tak hilang panduan.

DIA beri kita keuzuran agar kita menghargai diri.

Kadang-kadang ALLAH SWT ambil semuanya dari kita
agar kita tahu nilai semua benda yang dia beri.

Begitulah kasih sayang PENCIPTA, Maha Esa..

Segalanya adalah milik-NYA...

Kita harus ada rasa berSYUKUR di setiap kali ujian menjelma.

Itu jelasnya membuktikan ALLAH SWT mengasihimu setiap masa
dengan menguji tahap keimanan

Sedangkan ramai terbiar dilalaikan..

Hanya yang terpilih sahaja di antara berjuta mendapat rahmat-NYA..

Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi segala takdir.

Terimalah dengan hati yang ikhlas. Walaupun tersiksa

Tetapi yakinlah, semuanya pasti ada hikmahnya.

ALLAH SWT tidak akan menguji seseorang melampaui batas kemampuan ummat-NYA..



InsyaAllah.. :)

My First Pregnancy Journey

Okay, actually reason buat entry ni sebab biasalah first pregnancy
mestilah excited lebih sikit kan ecewahhh. 

Okay lets start!

Actually aku kahwin tahun 2016..and my first pregnancy tahun 2019..
Means almost 2 tahun lebih juga laa tak ada anak..
Masa 1st year kahwin tu.. Seriously memang a bit stress.. Risau.. Macam rasa tak best..

Sebab biasa laa.. Mesti kita rasa mcm
'Haiih bila laa nak dapat anak ni..'
Dengan org sekeliling lagi akan tanya Dah ada anak ke.. apa semua tu kan..
Memang masa 1st year tu aku banyak kali try.. Cuma tak pergi cek doktor.

Sebab me and my husband decide..
If after 3 years of marriage tak ada berita..baru kami akan pergi cek pakar..
Lagipun memang biasanya hospital tak akan layan sgt kalau baru setahun kahwin
So after aku macam dah terima, dah tabah..dah malas nak fikir..

Okeyh lets enjoy ourself..
Untuk dua tahun tu memang we spend really well Sebab aku dengan husband dulu masa bercinta
Kami long distance okeyh.. (jumpa setahun sekali jee..haa)
So after dah kahwin ni.. Belum ada anak.. kami banyak laa keluar date sana sini..
We kenal each other.. Maybe itu hikmahnya kowt..

Tiba2 nak masuk tahun ke tiga.. (2019) 
Okeyh that year, lepas je anniversary
Kita plan utk jumpa pakar..

 Tup tup.
Kun fayakun~
Rupanya Allah nak hadirkan berita gembira..

Alhamdulillah..
Aku pregnant sebelum pergi cek
(Nervous nak cek takut ada sakit lain)

Macamana boleh tau pregnant?

Masa hujung bulan disember 2018.. Aku rasa tak sedap badan.. rasa loya2..
Dan aku terdetik hati nak cek.. Mula tu aku guna UPT yang murah je..
Nampak dua line naik.. Mengigil jap badan sbb tak percaya..
(Kalau dua line even kabur still pregnant)

Tunjuk dkt husband.. Ingat nak tgk reaksi dia..
Halahhh..dia cam blur je..hahaha Mintak dia beli yg mahal sikit..


Tadaaa!!! 
Alhamdulillah.. Lepas tu pergi cek klinik semua..
Memang tak percaya.. Rasa malam tu tak boleh tidur..

Sepanjang aku pregnant aku still kuat nak jalan sana sini.. Nak kata morning sickness tu bukan morning je la.. Sebab aku akan muntah bila2 masa aku nak muntah..
Dan dan dan.. kalau ikutkan sebelum pregnant aku suka sgt makanan manis..
Macam kek, coklat semua tu.. tapi since pregnant ni aku memang tak rasa nak makan langsung makanan tu..haha


Tak nampak sangat perut.. aku maintain kurus lagi..


Dipendekkan cerita
Due aku terlebih dua minggu.. Kalau ikutkan hari ahad aku dah kena serah diri.. 
sebab tak ada tanda2 nak bersalin.. (baby seronok sangat stay dalam perut)

Cuma tu lahh tuu..
Hari khamis sebelum tu husband aku suh aku naik tangga 7 tingkat..haha..
(Dia tak paksa pun, cuma nak mudahkan aku bersalin jee.. )
Aku pun naik je laa sebab still larat lagi kan..
Haa malam tu terus rasa sakit contraction..

Pukul 4 pagi dah gerak suami ajak pergi hospital..
Dan alhamdulillah..
Hari jumaat sehari sebelum merdeka
Aku selamat lahirkan seorang anak perempuan..


Okeyh ini lahh dia orangnya..
Dah nak dekat setahun dah..

See..nampak tak kenapa dah lama tak buat blog...
Busy dengan si kecik ni laa..

Okay lah sampai ni sahaja, next time aku share lagi okeyh..


Covid 19 'New Normal' : 2020 in memory.

Berhabuk dah blog ni..lama sangat kena tinggal..
Tiba terdetik hari ini nak tengok balik..

Tahun 2020 beb!!
Belum ada kereta terbang lagi ni..hihi
Kalau dulu, masa sekolah tabika tahun 1999
Cikgu suruh kaler gambar wawasan 2020
Mesti ada kereta terbang
Masa tu rasa macam dah confirm ada ni.

But now, today.. hari ini..
2 Jun 2020, hari selasa.
Tak ada kereta terbang ok..tapi
Tahun 2020 yang sgt terkesan
Sebab COVID-19


Satu dunia terkesan
Ekonomi lumpuh

Tak boleh nak melancong sini sana
Tak boleh bebas jalan merata
Kapal terbang tak boleh terbang
Kedai2 kena tutup
Jalan sunyi sepi
No more air polution

Almost 2 months, stay at home
Kerja dari rumah
Bila kerajaan beri kelonggaran untuk keluar
Still not same like before

Tak boleh stay tempat sesak
Tak boleh duduk rapat2
Always pakai mask, hand sanitizer.
Nak masuk setiap kedai perlu scan utk details
Cek suhu, tulis nama.




See..tahun 2020
Jauh dari realiti yang kita bayangkan.

Kalau sebelum ni, dunia semakin tenat
Alhamdulillah.
Dunia sedang pulih.
Semua jadi ada hikmah.
Semoga kita semua sentiasa dilindungi
Aaaminn


Kun fayakun~