Sayonara 2014.. Konnichiwa 2015


Hurmm...so maybe ni laa last pos utk 2014..
Aku tak rajin nak menaip..dan aku rasa...setiap yang aku pos..
Mesti jiwa nga serabut..fikiran dah tak waras.. Dan kali ni juga tak terkecuali..

Sebab masa macam ni jee banyak idea datang nak menaip..
Ermm...2014.. banyak yang dah jadi.. Lebih-lebih2 lagi..pada negara kita.. Malaysia..
Tak siapa nak jadi yang tak diingini... Tak siapa minta lalui apa yang dah berlaku..
Sama-sama tadah doa...
InsyaAllah yang berlaku ada hikmahnya..



Again..perasaan tu datang lagi..
Perasaan rasa 'sendiri'
Rasa tak ada yang disisi...
Ermm..bukan tak bersyukur..
Bukan jugak tak sedar ada yang lebih sedih dari diri..
Tapi perasaan ni yang tak mampu nak dihalangi..

Orang cuma nampak apa luarannya..
Tak rasa apa jadi didalamnya..
Ahh aku penat dengan semua ni..
Rasa nak lari ke hujung duniawi..
Cuba mencari kekuatan diri..

Mencari kekuatan dalam diam..
Bukan semudah yang disangka..
Tak kurang jugak dengan permainan perasaan..
Lagi payah bila bertahan..
Senyum tak bererti kau happy..
Gelak tak bererti kau tak terasa..
Sentap dalam diam..
Malas nak bising..
Cukup aku recover sendiri..
Yakin ada hikmah masa depan nanti..

Masa lalu dulu cukup la sampai kat sini..
Cukup untuk aku padam apa yang dah jadi..
Sekarang masanya nak melangkah pergi...
Untuk mendapatkan cinta yang hakiki..
Dan cinta itu hanya pada Illahi..

Jujur ego aku tinggi..
Marah tu mudah menguasai..

Aku tak pandai meluah..
Marah dalam diam..
Protes dalam senyap...
Tapi sampai satu tahap..
Bila dah sentap..tak payah la cari aku lagi..

Tapi hati aku hati tisu..
Cepat terasa dan cepat terpujok..
Kau 'kawan' aku dah lama kowt..
Takkan tak nampak nampak apa aku tunjuk?

Hurmm...bila menangis tak berhenti.
Cuma mampu cakap pada diri..
"Kau kuat...kau tak sendiri.."
Lepas dari esok pagi..aku akan senyum kembali..

Aku harap 2015 lepas ni..
Cuba pos sesuatu yang lebih happy..
Cukup lah aku pernah jatuh tak mampu berdiri..
Sekarang aku perlu melompat lebih tinggi..
Capai apa yang ada di hati..

Langkah baru..permulaan yang baru..
Tutup buka lama..buka buku baru..

Sayonara 2014...Konnichiwa 2015 ^^



Nikmat sebuah ujian

Alhamdulillah..untuk semua yg telah kita ada selama ini..
Yupz..nikmat sebuah ujian..
Kalau ikutkan.. takkan ada satu pown ujian yang kita hadapi..
Yang lebih dari apa kemampuan yang kita punya..
Kerana Allah SWT Maha Mengetahui setiap hambaNya..
Maka Dia turunkan ujian..
Bukan kerana tak sayang...tapi kerana terlalu sayang dan kasih..
Ujian...memang akan hadir sehingga kita jatuh tak mampu berdiri..
Tak mampu nak menangis sehingga keluar air mata..
Kita mungkin terlupa.. disebalik turunnya ujian itu tersembunyi jutaan kenikmatan..
Yang mana kita sendiri lupa siapa yang memberi nikmat..


Langkah baru..permulaan baru...semuanya baru...
Memang...pelangi takkan hadir kalau bukan dek hujan menitis..
Ujian tu...bukan suatu bebanan.. 
Tapi secara tak langsung mengajar kita erti sebuah kehidupan..

Ehh..nope!!! Mengajar kita menghargai yang namanya kehidupan..
Kenapa??? Well.. rasanya ramai yang kadang tu tak puas hati dgn hidup sendiri kan??

Tanya hati tu...apa yang tak cukup..
Apa lagi yang kurang,,
Kita takkan pernah dapat semuanya sempurna..

Tapi sebalik kekurangan diri tu kan...
Mesti ada manis dan kelebihan yang kita tak nampak..

Hurmm...sure enough..
Kalau dah sampai masa nak move on..
Just teruskan..buat nak pandang belakang lagi..kan???

Past is past..kita takkan dapat betulkan balik apa dah jadi..
Patah tumbuh hilang berganti..
Yee..memang takkan sama..orang cakap..
Tak cuba kita tak tahu..

Macam... "Tak kenal maka tak cinta"
Kalau dah kenal...mesti rasa sayang tu akan hadir..

Bukan hanya pada someone..tapi untuk semua dalam hidup ni..
Qada dan Qadar dah pown tertulis..
Kat mana kita berada..mesti ada ceritanya..
Yang tersemat dengan indah setiap bait penulisannya..

Yakinlah..nikmat tu sebuah ujian...
Yang akan hadir bersamanya sebuah kebahagiaan..
Yang mungkin tak disangka.. =)


Apa yang kau tahu





Apa yang kau tahu..
Apa yang dah aku lalu..?
Aku tak sempurna..
Tak seperti kamu..

Sedang aku cuba..
Memadam masa lalu..
Namun aku tahu...
Ia tak semudah itu..

Sakit hati aku masih rasa..
Ucapan 'maaf' aku masih tunggu..
Namun susah untuk aku terima...
Kerna ia menyakiti aku selamanya..

Apa yang kau tahu..yang sedang aku lalu??
Cuba memadam memori masa dulu..

Parut lama mula berdarah kembali..
Pergilah kau..aku tak mahu bertemu lagi..
Hanya maaf yang aku mahu dengari..

Aku tahu aku tak sempurna..
Masih merangkak mencari cahaya..
Namun aku masih tak dapat terima..
Apa yang terjadi sebelumnya..

Memang bukan salah kau sepenuh-penuhnya..
Tapi aku kira kau tak faham bahasa..
Aku menunggu kau melafaz maaf kata..
Jangan tunggu hingga malaikat maut menjemput..
Akan ku kira perhitungan di alam sana..

Perkataan "maaf" bukan susah..
Itu yang aku tunggu..
Apa yang kau tahu?? Sakit aku yang menanggung..




Cinta yang sempurna


Arrrghhh.....aigoo..sweet sgt ni haa...
Rasanya sape2 pown...pernah berangan kan..
Lagi2 bila tengok cerita cinta yang sempurna..

Almost perfect!!!

Sampai kita yang tengok ni pown asyik laa dok senyum jee.. ^___^
Cinta yang sempurna..
Tipu laa...takkan ada pown.. 
Lebih2 lagi antara hambaNya yang memang tak sempurna..

Anyway..tak salah kan kalau nak berangan..haha
Agak2 aku boleh tak jumpa someone yang really in love dgn aku??
Memang cinta tu buta kan...
Buat kita tak mampu nak pisahkan realiti dan fantasi..
Romantik..sweet...

Arrghh...tak salah kan nak berangan...?? haha

Haiishh...bila laa nak rasa dicintai ni..
(mood nak berangan... ^____^)




Bahagia itu pilihan


Bukan semua orang hidup perfect..
Umpamakan.. "Aku takde apa yang kau ada...tapi aku ada apa yg kau takde.."

See...tak semua.. Tapi itulah..
Kita tak nampak..apa yang orang nampak..

Selalu kita nampak kelebihan orang lain..kekurangan kita..
"Dia cantik...putih...aku tak..."
Bahagia org lain..
"Aku tengok dia happy jee..aku tak.."

Haiishh..tu laa silapnya kita.. termasuk aku..
Kita asyik dok pandang orang lain sampai tak ingat dah apa yg ada pada kita..
Bahagia tu pilihan...kita yg pilih..
Nak bahagia yg macam mana..
Even kita kekurangan dari banyak hal..
Tapi tetap gak..semua tu pilihan..

Allah SWT dah tetapkan kita pada suatu keadaan tu..
Dan takkan membebankan kita pada yg kita tak mampu..
So mesti ada sesuatu...or something yg kita tak sedar..
Sebenarnya cukup buat kita bahagia..
Bahagia pada sesuatu yg kita rasa merupakan satu kekurangan..

Pada yang hati sedang berduka..
Yang merasa dunia tak adil buatnya..
Yang sedang kehilangan sesuatu yg berharga..
Yang masih mencari mana sempurna...
Bahagia tu ada pada kita..
Ia adalah pilihan..
Dunia ni tak ada yang sempurna..
Yang tak sempurna tu lah kita akan saling melengkapi..


Dunia ni dah kekurangan kasih sayang..
Humanity...is lost..








We are so close, yet so far

"distance means nothing when someone means everything"
sometimes, we understood we got another commitment so that we far away..



but sometimes we got confusing about our feeling..


We always keep told each other to thinks positive..and to be strong



But still..we fight over and over again..


even if we fight a lot, we trust each other and enjoy to make a long distance relationship..



Distance is just a test of how far love can go..




That awkward moment when we realize the strong feeling between us..



And we know that it's hard to be in long distance relationship.



Until we tired counting the days..




InsyaAllah..that day will come.. ^___^



"Kerana jarak itu bukan menghukum..tapi menjaga.."





This distance is really killing me.. I miss you..
InsyaAllah.. if we are meant to be together we'll be together..






sometimes we don't need advice

Hari ni aku nak merungut..


Huh...jujurnya aku memang penat..
Aku mula bosan dan buat aku terfikir "Sampai bila mcm ni.."
Aku penat dengan bisnes online yg aku buat..
Aku penat dgn situasi dimana aku cuma mampu diam..
Aku penat dengan sandiwara manusia sekeliling..
Aku penat selalu sorang2..

Maaf bukan aku sengaja merungut macam tak reti bersyukur..
Bukan aku sengaja nak cerita yg tah apa2..
Biasa laa kowt..perempuan..
Tak habis dengan emosi yg tah bila nak stabil..
Emo lebih kn..hurmm

But still.. aku betul2 rasa lelah..
Aku tak pernah rasa nak share apa aku rasa kat sape2..
Dan even aku share sekalipun..
Cuma 1% daripada keseluruhan yg aku rasa..
Cuma sebanyak tu yg mampu aku luahkan..
Cuma mampu tu yg aku ceritakan..
Lagipun tak ada siapa pown yg nak dengar..
Tak ada sape pown nak jd pendengar setia..
Mungkin sebab aku selalu fikir..
"Masalah aku tak sehebat yg mereka hadapi..so better aku fight sorang2.."


Aku lg selesa dok nangis sorang2..
Pastu terus tido...sbb aku tahu..
Bila aku bangun pagi mesti dah okeyh....lega..
Aku selalu jadi pendengar..
Bukan tak pernah cuba utk luah..tapi rasanya..
Takkan ada yg nak dengar..
Sebab ia cuma satu rungutan..
Satu masalah dimana nampak macam aku tak bersyukur..
Memang yee..kat luar sana..
Ada orang lagi susah dari aku..
Ada orang yang nak sangat ada kat tempat aku..

But still..semua ni berkaitan emosi..
Bila semua aku pendam,..
Sebab tu bilamana aku marah atau tinggikan suara...aku mesti menangis..
Ohh my.....aku kena buang tabiat ni..
Dan kerana tu gak..
Aku jarang marah..dan aku memilih..
Tuk diam dan senyap...pendam..
Yee..sebab takkan ada yg nak dengar..

Rasanya semua orang pown sama..
Kadang tu kita tak perlukan nasihat..
Kita cuma perlukan seseorang...tuk mendengar..thats all..












Setiap saat tu adalah pilihan


Hurmm..bangun pagi.. celik mata je..
Kita dah buat pilihan..
Pilih sama ada nak bangun kee..nak terus tidur kee..
Kalau bangun, kita mula pilih..nak pergi mandi kee..breakfast dlu kee..
Pilihan..semua tu pilihan..

Dalam hidup ni kita takkan terlepas dari memilih..
Walaupun perkara yg sekecil zarah sekalipun..
Macam tu juga dgn cara hidup kita..
Kita yang pilih nak bahagia atau derita..
Nak terima atau lepaskan..
Nak cinta atau dendam..
Nak tersenyum atau menangis..
Semua tu permainan perasaan..
Lumrah.. dan pilihan tu ada ditangan kita..

Mungkin kita yang buta atau tak tahu menilai.
Yang mana kaca atau permata..
Masa tu mendahului kita..
Sekali kita tersilap langkah..akan ada kesannya..
Peluang cuma datang sekali...cuma sekali..


Apabila seorang wanita memilih seorang lelaki, dia sedang memilih pemimpin untuknya,
Dan...
Bilamana seorang lelaki sedang memilih seorang wanita, itu maknanya dia
sedang memilih madrasah untuk anaknya.




Aku yg dewasa


Acah acah dewasa laa konon..
Umur jee nampak dewasa.. tapi kematangan tu..Adeehh

Tik Tok Tik Tok...
Jam terus jee bergerak..masa terus pergi tinggalkan kita..

Entah kenapa, ariy ni aku dok belek2 post yg aku buat dulu2..
Dari yg memang aku public... sampai laa yg tak pernah publish pown.
Waaa...seriously aku rasa mmg nampak sgt bezanya..
Kalau dulu aku rajin laa kowt dlm dunia blogging ni.
Tapi lepas beberapa ketika..
Jari ni dan penat menaip..otak pown dah malas nak fikir..

Mereka lupa. 

Aku juga manusia. 
Ada jatuh bangun dia...

Even sekarang pown aku tak tahu ada lagi kee dok baca blog aku ni??
Haiiahh...entah laa.. 
Actually dah lebih 5 tahun aku ber'blogging'..
Dan ni bukan blog pertama aku..
Lepas jatuh bangun..lepas mcm2 dah jadi..
Inilah blog yg aku masih pertahankan..
Yg aku masih jaga even sebulan de 1,2 post jee =_=
( kire oke laa tu dari takde..ye dakk..haha)

Bila kenang2 balik design blog ni dulu..
Rasa merah muka..malu gler..nampak sgt budak2..haha
Ada ala-ala bling2 gitu..dan mcm2 lg laa
Post yg aku buat pown byk yg aku tulis direct jee..

Aku tak tahu sejak bila..tp aku mula menulis..
Dalam bahasa yg konon ala2 tersurat dan tersirat..
Semua ada kaitan ngn aku..cuma tak disampaikan secara direct..
Semua sbb aku terkesan dgn apa yg pernah jadi..

Dan Yeahh aku dah habis study!!
InsyaAllah ada rezeki aku sambung..
Memang ada dalam plan..cuma cepat atau lambat..
Byk sgt plan aku..susah towl org kuat berangan ni..haha
Well..still gak aku kena fikir betul2..
Mungkin lepas ni aku nak tukar bidang..cuma aku belum yakin lagi..
Kena banyak buat survey dan tnya org yg lg berpengalaman..
Kalau sebelum ni aku amek grafik..
Lepas ni aku nak belajar something new...
Maybe something yg byk membaca kowt...
(Huh..lama sgt dah tinggal buku..)

Dari satu tahap ke satu tahap..
Kita perlu belajar melupakan apa yang pahit..
Telan apa yg sakit..
Bangun dari apa yg buat kita jatuh..

Kalau diikutkan..sejujurnya
Aku sendiri lupa tentang apa yg dah pernah terjadi..
Apa2 yg pahit nak ditelan..
Seriously, aku tak ingat..
Mungkin ambil sikit masa tuk ingat semula..
Sampai kadang tu kwn aku ckp peristiwa lama2 pown aku sendiri lupa..
Mungkin sebab mmg aku nak lupakan..
Just be professional.. Personal tolak tepi...

Aku buka chapter baru..utk tutup yg lama..
Aku belajar sabar dari satu keegoan..
dan aku belajar ikhlas dari satu kemarahan..
Aku sedang cuba memahami.. Yang aku tak pernah tahu..
Aku sedang cuba mendalami..
Yang aku pernah ambil mudah suatu ketika dahulu..

Allah...sungguh Kau sedang peluk hati aku bukan..
Di saat aku tak punya sapa2..
Saat aku tak pernah percaya pada yg ada disisi..
dan aku meyakini Engkau sentiasa ada..

Well...aku mmg manja..
Ego yang meninggi.. Degil tak bertempat..
Emosi tak tentu masa..
Dan bila mana aku dah buat perangai..
Lepas beberapa minit tu mesti aku menyesal..
Dan aku cuba kawal..
Sebab tu bila keras kepala tu datang..
Aku lg memilih utk diam..


Aku sedang belajar..
Belajar menjadi seorang dewasa..
Belajar utk menjadi matang..
Tapi masih..aku terlalu mentah..

Benar, syurga buat hambaNya yang t a a t.
Tapi syurga juga buat pendosa yang b e r t a u b a t.
Allahuakbar. :')





Si Tua itu..




Aku pergi ke sebuah klinik swasta..
Sementara menunggu, sekeliling aku perhatikan...
Ramai golongan warga emas yg menanti..
Aku tatap wajahnya, aku renung matanya..
Apa agaknya yg bermain difikiran..

Aku perhatikan seorang tua itu..
Dijarinya masih ada cincin perkahwinan..
Ahh...masih lg dia memakainya..
Pada jari yg tampak sangat tua..
Yg aku fikir, sayangnya dia pada pasangannya
Mungkin kali dia telah duda / janda

Yee...mereka pernah muda..
Entah apa kisah hidup mereka..
Yang pasti mereka pernah muda seusia kita..
Walau pada zaman yg berbeza..
Walau pada persekitaran yang tak sama..
Tapi yg pasti setiap mereka punya kisah..

Kita ni...yang masih muda jiwa remaja..
Yang masih kononnya mencari entah apanya..
Belum tentu kita boleh sampai ke umur mereka..
Belum tentu kita hidup hingga ke tua..

Dunia ni tak ada yang sempurna..
Jauh sekali nak selalu yg indah belaka..
Realiti tak seindah fantasi..
Kadang kita yg tak pernah bersyukur..
Tak pernah hargai masa yg ada..
Tak pernah nak ambil tahu apa adanya..
Yang kita tahu, apa yang kita akan sedar..
Lepas apa yang telah terjadi..

Masa tu hanya mampu tuding jari..
Masa tu cuma mampu kata "Jika itu, jika ini"

Kalau laa aku mampu, aku ingin dengar kisah setiap mereka..
Sebagaimana aku suka dengar kisah hidup mak abah aku..
Sebab aku tahu, mereka pernah melalui yg dinamakan
Perjalanan menuju dewasa..

Kisah yg berbeza setiap seorangnya..
Dan aku pasti, kisah yg diceritakan..
Adalah apa yg tak ingin dilupuskan dari ingatan..
Kisah yg manis2.. Mungkin juga penyesalan dalam hidup..
Setiap kita punya kisah..mencerminkan siapa kita..
Untuk masa lalu, sekarang dan juga masa hadapan..
Kita takkan pernah sama...

Ahh..Si Tua itu, apakah rahsia hidupnya..







Hidayah milik Allah


Andai bisa ku mengulang waktu hilang dan terbuang..
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi.. 
Tapi waktu tak terhenti tapi detik tak kembali..
Harap ampunkan hamba Mu ini...
-Opick (Tiada duka yg abadi) -
Aku hanya insan dari silam yang kelam..
Bila masa tu diputarkan kembali..suatu masa bergelar pelajar..
Yang masih meniti alam dewasa,,masih mentafsir erti kehidupan..
Nampak ceria dan tabah..senyuman sentiasa terukir..
Tapi jauh dari sudut lain..hati ini menangis-nangis..
Bila teringatkan diri yang dahulu..
Ya Allah..jahilnya aku...!! Lekanya dengan kehidupan dulu..

Namun sesungguhnya keampunanNya melebihi kemurkaanNya...
Syukur..Allah masih sudi memberi peluang buat hamba yg hina ini...
Walaupun masih rapuh berdiri..walau masih terlalu mudah goyah dengan duniawi..
Masih kuat dihati untuk meneruskan perubahan ni..



Aku bukan gadis setabah Asiah.. Aku bukan wanita sesuci Mariam... Aku bukan serikandi sehebat Sumaiyah... Aku hanya pendosa tanpa noktah..Hati ini ALLAH berikan untuk kita. Hebatnya hati boleh berbicara tanpa suara. Hebatnya hati mampu menangis tanpa airmata..

Ya Allah, walaupun diriku dipenuhi dosa sedalam lautan, tapi aku tidak pernah lupa bahawa pengampunanMu itu lebih luas daripada langit...
Tuntunilah langkahku... Biar hanya mampu merangkak itu pasti lebih baik
Daripada terus rebah dalam kaku..
Berikanku peluang Merentasi jalan yang Engkau redhai ...




Kenapa pemimpin selepas Tun Dr Mahathir selalu dikritik??

Sy tertarik dgn artikel yg sy petik dari blog Pen Patah..
Mungkin sy bukan ahli politik mahupun pemikir jauh..
Mungkin juga bukan org yg bijak pandai..
Seorang rakyat biasa...yg tak punya apa2..
Cuma disini..rasanya kita boleh berfikir..

Anda merindu kepimpinan Tun Dr. Mahathir?
Ya, sudah semestinya ramai yang merindui era pentadbiran beliau.

Dulu, bila tengok Tun Dr. Mahathir nak meletak jawatan di PWTC melalui kaca televisyen, tertanya-tanya juga apa sebab dan puncanya. Katanya, dah buat keputusan dan dia dah berkhidmat lama dah.

Sebak masa tu. Tetapi, apa yang sebenarnya di fikiran beliau? Kita semua nak tahu. Tun Dr Mahathir berjaya mencapai sasarannya dan adakah disebabkan itu dia membuat keputusan meletakkan jawatan? Atau Tun sudah muak dengan orang-orang melayu yang mudah lupa ini? Hanya beliau sendiri saja yang tahu apa yang bermain di pemikirannya.

Sedar atau tidak, masyarakat sering mengkiritik kepimpinan pemimpin selepas era Tun Dr Mahathir Mohammad.

Kerana apa?

Kerana Tun Dr Mahathir telah meletakkan 'benchmark' pemimpin selepas beliau mestilah pemimpin yang lebih baik atau sama baik dengan beliau.

Ya, kita tidak nafikan, setiap pemimpin mempunyai cara yang berbeza namun, asas kepimpinan yang sebenar haruslah dihalusi dan diikuti.

Di zaman Tun Dr Mahathir, mungkin tidak ada penggunaan Internet yang begitu meluas dan sebagainya tetapi sebenarnya ia boleh dikekang dengan kuatkuasa dengan tegas akta yang ada, namun ia dipandang sepi.

Kadangkala kita sakit hati dan geram, kenapa susah sangat nak ambil tindakan sesetengah orang tak kisah dari pihak mana sekalipun yang keluarkan kata-kata ugutan dan sebagainya.

Bak kata Tun

"Itulah, orang dah bagi barang elok, toksah lah sibuk duk tukar ni, mansuh itu mansuh ini tu yang jadi rosak"

Tun merujuk kepada penghapusan beberapa akta. Kenapa? Adakah kerana terlalu bertolak ansur? Apa yang kerajaan dapat bila mendengar permintaan pembangkang?

Tun pernah berkata lagi

"Pembangkang ni duk bangkang ja kerja dia, kita buat baik pun dia bangkang, duk ikut buat apa. Bukan dia akan kata 'Oh kerana kerajaan dah ikut cakap kita , kita akan sokong kerjaaan,' Tak kan?"

Tahap kepimpinan Tun Dr. Mahathir ini terlalu tinggi untuk dicapai oleh mana-mana pemimpin sekarang ini. Tetapi, sepatutnya pemimpin sekarang mengambil contoh dan pendekatan beliau dalam mentadbir negara kerana banyak antara mereka pernah berkhidmat berpuluh-puluh tahun dalam kabinet beliau.

Jadi, sebagai orang yang rapat dengan Tun, mereka patutnya lebih tahu. Orang dari negara lain banyak yang nak Tun Dr Mahathir menjadi pemimpin mereka. Tetapi pemimpin kita ego dan suka dapatkan nasihat dari orang muda yang kononnya belajar dari Oxford. Elokkah hasilnya sekarang? Makin merosotkan? Pelik kerana mereka seperti kehilangan punca dan pandai pandai mengubah benda yang dah elok.

Coretan ini ditulis ketika merindukan kepimpinan Tun M. Bila membelek helaian akhbar-akhbar lama.
FB Saya Sayang Tun Dr. Mahathir Mohammad

10 Sebab kenapa aku menyesal belajar graphic design

Well...aku cuma amatur dalam dunia grafik ni.. terpulang pd yg menilai..
Pilihan itu ada kt tangan kita.. :)

Dipetik dari : VITDAILY

10 tahun dalam dunia Graphic Design, aku akhirnya pasrah dan menyerah kalah. Aku masih ingat ketika aku mula-mula mengenal apa itu graphic, layout, advertising, interactive, illustration, photoshop, semuanya indah. Setelah tamat ijazah, aku melangkah ke industri graphic tanah air dengan semangat yang berkobar-kobar, nak ikut jejak langkah Massimo Vignelli, Andy Warhol, Wim Crouwel dan Erik Spiekermann.
Pengalaman mengajar aku pahit manis industri Graphic Design, yang semakin hari semakin mencabar dan semakin hilang taringnya jika dibandingkan ketika lewat 80an dan awal 90an. Aku baru sahaja menghantar notis 24 jam sebagai graphic designer di salah sebuah syarikat design kecil di sekitar Kelana Jaya, walaupun ramai yang tidak setuju dengan tindakan aku ini. Banyak sebab kenapa aku hilang rasa cinta pada bidang ini. Ini adalah antaranya:

1. Kerenah client yang pelik-pelik (Clients from hell)
Function kami sebagai designer adalah untuk menghasilkan imej baru untuk client berdasarkan brief yang diberi. Kami sudah dilatih bermain dengan warna, konsep, imej dan pengolahan idea. Oleh itu, dengarlah nasihat dan cadangan kami. Apa gunanya hire kami sebagai designer kalau tak nak ikut cadangan dan visual yang kami sediakan. Kami tahu apa yang anda mahukan dan kami boleh bekerja mengikut spesifikasi projek.
Jadi tolonglah jangan bagi idea pelik-pelik dan minta yang bukan-bukan dari kami. Situasi ini sering terjadi jika client yang dibincangkan terdiri dari badan-badan kerajaan. Aku sangat sedih dengan mentaliti orang kita.
“Tak boleh pakai color ni, nanti diorang ingat event pembangkang pulak.”
“Mana gambar Dato’ / Datin / Menteri / Dr?”
“Logo ni kena ikut susunan”
“Boleh tak pakai gambar ni?” Dan besarkan?” (bagi gambar kecil dalam words. Celaka!)
Maka terhasillah visual-visual aneh dan merosakkan mata, seumpama iklan ubat besarkan saiz zakar di facebook, iklan jamu dan ubat jerawat seperti dalam majalah mastika atau design “Gomen” yang lebih mementingkan membodek dan ass-kissing orang atasan dari mesej yang cuba disampaikan dalam visual tersebut.

2. Gaji kecil / Kerja banyak
Perkara ini memang sudah menjadi tradisi dalam industri graphic design di Malaysia. Walaupun dalam resume sudah tertera pengalaman bekerja yang agak memuaskan, kebanyakan company masih akan hire designer dengan gaji untuk fresh graduate. Bayar murah dapatlah hasil murah.

3. Waktu kerja yang tidak menentu
Satu lagi tradisi yang menjadi trademark industri graphic design. Masuk kerja awal, balik lewat, kadang-kadang hingga lewat pagi. Kenapa kami selalu kena stayback? Baca point-point berikutnya.

4. Perangai Boss / Supervisor / Art Director (konon-kononnya) / Client yang sangat menjengkelkan.
Mari aku terangkan dengan teliti apa yang berlaku. Untuk sampai ke tahap final, design yang akan digunakan dalam sesuatu projek advertisement atau campaign atau apa-apa projek yang berkait dengan gaphic design, kami perlu mendapatkan pengesahan atau proceed design daripada mereka-mereka dalam list ini. Memang kami tidak pernah akan mencapai final design dalam masa yang singkat atau dalam rekaan idea yang pertama.
Bila semua perlu ditukar, tambah itu ini, tukar gambar, tukar color, ada sahaja yang tidak kena. Apabila amendment sudah siap, orang-orang yang bertanggungjawab “melepaskan” design kami akan menghilangkan diri, balik awal atau meeting. Jahanam.
Agak mustahil boleh jumpa dengan cepat dan mudah. Yang memeningkan kami, progress mesti on time, kalau lambat, graphic designer yang akan kena maki dulu, walhal progress kerja kami tergendala dek kerana mereka-mereka yang tidak bertanggungjawab.
Mereka akan maki, marah, kutuk dan bermacam lagi perbuatan yang boleh mencabar kesabaran kami, sedangkan mereka tahu, orang atasan yang patut lebih peka dan membantu kami menyiapkan projek. Biadap.
Maka, berduyun-duyunlah designer berkampung di office kerana nak siapkan projek sebab petang tadi time orang punch out balik, baru design approve, siap ada amendment, esok pagi bos / client nak tengok. Tak ke celaka sungguh perangai mereka ini?

5. Lambakkan freelance designer yang menyediakan servis dengan harga yang langsung tak masuk akal. (Terlalu murah)
Keadaan ini telah menyebabkan industri graphic design negara dipandang enteng, murah dan tiada standard. 10 tahun dulu, upah untuk buat satu muka surat web page pun boleh mencecah sehingga RM500. Sekarang RM100 untuk keseluruhan webpage pun tidak mustahil lagi.
Ada orang pernah tanya aku nak buat logo company, offer aku RM50. Aku tidak semurah itu. Bukan berlagak, bukan takbur tetapi apa gunanya kami berhabis belasan ribu ringgit, bertungkus lumus menceburi bidang ini, dan akhirnya mengambil bayar seciput itu untuk memuaskan hati client yang tahap cerewetnya mengalahkan artis?

6. Tanggapan masyarakat - kerja designer kerja mudah.
Anda semua ingat senang ke nak edit-edit imej? Atau susun typeface? Untuk menyiapkan satu layout yang lengkap pun makan masa, apatah lagi proses sketching dan brainstorming. Bagi mereka mudah sahaja, “edit-edit gambar je.” “ala, kerja korang lukis-lukis je, senang la.” “susun-susun gambar ngan text aku pun boleh, pakai words je.” Kalau aku boleh siku, aku dah siku dah muka masing-masing.

7. Fine Art lagi masyuk dari graphic design.
Aku hanya mampu melihat dengan mata putih, kejayaan rakan-rakan seperjuangan, menempa nama dalam industri seni halus negara kita. Seorang demi seorang muncul dalam exhibition-exhibition artis muda, interview, masuk paper dan TV. Ex student graphic design? Ramai kawan-kawan aku lari bidang, ada yang jadi polis, kastam, imigresen, join industri F&B pun ada. Life is hard.

8. Lambakkan crash course dan CD tutorial yang tersangatlah murah.
Ibarat sayur dipasar. Begitulah murahnya nilai ilmu dan skill dalam industri graphic design. Aku pernah jumpa advertising jual DVD tutorial photoshop, produk tempatan, dimana nilai sekeping DVD tutorial hanya sekitar puluhan ringgit.
Kami berhutang puluhan ribu dengan gomen semata-mata untuk mendapatkan ilmu dah rahsia dunia graphic design, dan mengambil masa hampir sepuluh tahun. Sekarang, mamak buat teh tarik pun dah boleh buat graphic design.

9. Aku benci dengan mentaliti “Tak nampak ciri Malaysia pun design ni?”
Kenapa semua benda nak “nampak Malaysia?”
Ada sebab kenapa kami rujuk pada gaya dan vibe international design. Untuk bersaing dengan industri graphic design dari luar, style dan influence industri kita mestilah sentiasa up-to-date dan mempunyai ciri international. Kau duduk bawah tempurung tahun bila pun, tak tahu lah.

10. Orang kita terlalu sensitif.
Masih ingat iklan raya ala-ala santa claus yang pernah disiar di TV3 sekejap, sebelum kena ban? Iklan pakcik naik beca terbang, bawak budak-budak pusing-pusing satu Malaysia.
Pada pendapat aku, takde pun benda-benda yang boleh merosakkan atau memesongkan akidah umat Islam dalam video tu. Apa yang bertentang dengan agama? Pakcik tu kutuk Tuhan ke? Kutuk Islam? Kutuk nabi? Dia tak pakai pun suit santa claus, ada usung salib ke?
Nampak tak mentaliti orang kita? Cepat gelabah, lebih-lebih lagi hal agama. Kalau kita tengok iklan tu betul-betul, memang kuat mesej  1Malaysia yang cuba ditonjolkan. Point utama aku disini, orang kita masih di belakang, semua benda boleh dipolitikkan, sengaja untuk bersikap over sensitif, dan cenderung melihat perkara yang negatif dalam sesuatu mesej. Benci, benci (sambil ketuk meja dengan suara manja).


Penulis kali ini ialah Mohd Rizal Ramli. Seorang pemikir yang jauh ke depan, hustler, indie film-maker dan orang paling tabah kami pernah jumpa.

Graphic design.. Kalau masa mula nak amek bidang ni..
Semua orang dok mengata..
Kenapa amek grafik?? Kenapa tak bidang sains??
Pendidikan kee??
Jadi peguam kee...cikgu kee..kan lagi terjamin..

Mungkin aku menyesal jugak..
Nape ea...aku tak teruskan bidang sains..
Jadi cikgu kee...peguam kee..dktor kee.. kn knn

Well...tu pe yg org fikir..
Dan ini jalan yg aku pilih...benda yg aku minat..
Buat apa buat sesuatu yg kita tak suka..
Nanti tak ikhlas..apa pown tak jadi..

Masa jadi student..aku amek major advertising..
Kebanyakan student dah diajar..
Utk come out dgn fresh idea..
Dan kebanyakkan idea datang dari luar negara..
Kdg jadi designer ni..
Apa yg kita cuba sampaikan..
Orang tak faham..

Belajar bidang ni mmg banyak kuar duit..
Serius banyak gila...Duit keluar mcm air..
Tidur waktu tak menentu..
Artwork kena campak tu lumrah...
Nangis2 buat kerja pown ada...
Kdg tu sampai give up dah tak terkata..

Ni laa dunia grafik..
Nampak mudah editing sini sana...
Tapi hakikatnya..

Haishhh...designer..
Tak kira laa designer utk graphic kee..
Fashion kee.. Mungkin Industrial kee..
Dah kata designer..
Rasanya semua sama...

=_=

Personal atau professional

Personal atau professional??
Memang kte takkan terlepas dri membuat pilihan..
Kita yg tentukan..
Dan mungkin dah sampai masa nak move on..
Dulu dan sekarang..beza sgt2..

Mana mungkin kita mampu padamkan parut yg ada dalam hati..
Bukan mudah nak lenyapkan apa yg dah terpahat dalam hidup..
Nak melangkah apatah lagi..
Jangan judge kalau tak tahu..
Jangan hina kalau tak rasa..
Semua org ada jatuh bangunnya..
Ada nangis tawanya...

Aku bukan manusia yg suka share apa adanya..
Rahsia aku simpan..
Sakit aku pendam..
Mungkin sikit yg aku kongsikan..
Tapi itu cuma nak tgk apa yg diekspresikan..
Bukan yang ada segalanya..
Bukan juga yg selalu bahagia..
Dan aku memilih diam dari berkata..
Memilih menangis tanpa lagunya..
Apa yang kau tahu apa yg aku rasa??

Nak melangkah apatah lagi..
Nak bangun rasa patahnya kaki..
Aku berjalan tanpa henti..
Aku memilih profesional dari hal personal yang menyakitkan hati..
Aku bukan macam kau yang ada serba serbi..
Aku bukan ada sokongan yg tak henti2...
Selama ni aku berdiri di kaki sendiri..
Dan itu bukan mudah..


Selalu akan aku katakan pada diri..
Kalau dah tak mampu nak bangun lagi..
"Pedulikan apa kata mereka yang dengki..
Bukan ke kau ada kebahagian yang dicari"

Aku mungkin mcm tak tahu malu..
Tapi be professional dlm urusan kn itu yg perlu..

Kalau kau ada baca apa yang aku karang..
Nak citer hal lama ke??
Bukan susah..whtapp laa aku..
Bukan ke kau ada num aku??


"Hidup biar beradab, bukan hidup untuk biadap."
- Al-Ghazali Bayruni




Hakim di dunia tak sama, dengan Hakim di akhirat.

Allah...banyaknya sandiwara kt atas dunia ni kan..
Susahnya nak menilai tentang apa adanya..
Hati manusia??
Tak semua yg kita lihat baik tu baik..
dan begitulah sebaliknya..
Didunia.. keadilan boleh dirasuah..
Amanah boleh diabaikan..
Tapi..
Tak pada mahkamah Allah..
Mulut dikunci...
Anggota badan berbicara...
Masa tu kita tak mampu buat apa2..
Hakim kat dunia tak sama dgn Hakim kt akhirat..
Dasyatnya rasa..
Setiap satu akan berputar semula..
Akan keluar segala baik dan buruk kita..
Semua tu pasti berlaku..
Akan terjadi bila saatnya tiba..
Masa tu dah terlambat..

Ada saatnya kita jatuh rebah tak mampu berdiri..
Pandanglah langit yg luas dan katakan pada hati..
"Bukankah hidup kita dalam genggaman sang Pencipta langit..Allah..
Serahkan pada Dia"

Sememangnya kebenaran tu menyakitkan..
dan sesungguhnya permainan dunia ini sungguh kejam,,
Namun ingatlah Allah SWT adalah segalanya..
Dia yang menguasai langit dan bumi..
Menguasai seisi apa adanya..

Jangan rasa selamat dengan iman yang sekelumit..

Hakim kt dunia ni..tak sama dgn Hakim kat akhirat bro....



Kalau tak sempat??



Yeahh...aku dah habis study!!!
New chapter..
Okeyh now bukak buku baru..tutup buku lama...
Tgk dunia dari perspektif yang berbeza..
Sesuatu yang luar dari kotak pemikiran agaknya.

Semua org ada cita-cita..
Ada harapan dan impian yang tercipta..
Ada sinar bahagia yang nak dicapai bersama...
Tapi..kalau tak sempat??

Well I guess..
Tak semua yang kita nak tu kita akn dapat.
Tak semua yang kita harap akan tercapai..
Ada satu ketika tu..
Kita cuma perlu rebut peluang yang ada..
Peluang yg hanya datang sekali.

*pause

Aku suka merapu merepek meraban yang tah apa2..
Aku suka sesuatu yang luar dari kebiasaanya..
Kalau jalan dgn aku tak tahu nak tuju mana tak kisah apa2
Well..yeahh.. aku suka..
Orang yang kenal rapat tahu laa agaknya..
Aku suka buat kerja gila dgn yg sama kepala..
Kadang apa yang aku cakap tak kena gayanya..
Aku pendiam pada yg tak sudi bertanya.

Entah lah..ada impian yg tak terlaksana..
Tapi kalau tak sempat??

Umur dah makin meningkat..
Masa dah asyik berjalan..
Tarikh dah asyik bertukar..

Hidup ni kena laa real bro..
Kalau asyik berangan..sampai bila???
Dah tu..kalau tak sempat??

Aku yang sering dengan permainan hati..
Yang selalu masanya habis sendiri..
Yang perlu cuba berdiri sendiri..
Ahh..manja sangat..payah gak..

Yeahh..kena mula laa ubah semua..
Masa dah tak banyak..
Jangan berlengah..
Takut nanti..kalau tak sempat???





Teguran buat yg bernama PEREMPUAN


Teguran buat yang bernama perempuan. 
Berat untuk diluahkan. 
Tetapi, kenyataan memang memedihkan. 

Kata ustaz, Jika benarlah nak ikut tepat-tepat cara Islam. 
Betul-betul nak ikut garis panduan. 
Betul-betul nak patuh syariah. 
Tidak akan adalah gambar-gambar perempuan 
letak gambarnya sendiri untuk tontonan di laman sosial. 

Mungkin dia baik. 
Mungkin dia muslimah. 
Mungkin dia tiada perangai. 
Tetapi dalam masa yang sama. 
Maaf. Dia juga menjadi agen-agen syaitan. 
Membantu merosakkan hati yang memerhati. 

Lelaki yang mempunyai penyakit dalam hati. 
Yang menonton gambar-gambarnya. 
Yang bertukar-tukar gaya setiap ketika. 

"Adakah rela wanita yang punya harga diri 
menjadi objek bagi lelaki lain yang bukan suaminya, 
menunaikan nafsu mereka dan berlazat-lazat 
dengan dirinya dalam apa jua cara ?

 Maka, seorang muslimah yang bermaruah hendaklah berhati- hati.
" Kita sudah pun di akhir zaman. Ustazah pun tidak dapat 
lagi dijadikan panduan cara berpakaian. 
Selebriti artis model hijab pun entah lulus syariah 
atau tidak gambar dan posternya. 

Saya faham, saya faham. 
Pasti ramai tak boleh terima, 
"Itu tak boleh, ini tak boleh !" 
"Apa ni Islam macam ni !" 
"Keras gila kot agama Islam !"
"Perempuan je kena, lelaki ?!" 

Ada hikmah bila teguran itu datang dari agama sendiri. 
Tak percaya ? Cubalah seminggu. 
Privatekan semua gambar. 

Rekod: 
● Ada orang ganggu tak ? 
● Ada lelaki mengurat tak ?
 ● Ada puji-pujian liar tak ? 
● Hati lebih tenang atau tak ? 

Atau. Kita sebenarnya tidak boleh hidup tanpa pujian ? 
Kita sendiri yang inginkan perhatian ? 
Letak atau tidak, Semua atas tinggi rendah taqwa. 
Taqwa anda di level berapa. 
Itulah yang menentukan prinsip dan maruah diri anda.





Kita ada Allah.. :')


Saat kita tersasar,
Hati tak akan pernah merasa tenang .
Ketika itu apa yang kau mahu hanya sebuah jawapan .
Kembali kepada Allah . Itulah penyelesaian .

Tapi , Kenapa ?


Sebab....


Kita perlukan Allah . Lebih daripada kita perlukan udara .
Kalau hidup tanpa Allah . Apalah guna hidup ni .
Hati akan mati . Hidup hilang erti .
Tanpa-Nya ,
Kita hilang arah . Lost . Sentiasa resah , gelisah dan serba tak kena ..

Jiwa terasa kosong .

Kosong .

Sekalipun punya nama ,
Rupa . Harta berlimpah ruah .
Jangan letih . Untuk terus merintih .
Jangan jemu . Jemu untuk terus merayu .
Pada saat yang sangat genting . Bisikkan pada hati . :)


"Allah tu hampir" ^_^

Apabila bersendirian , Jangan kau katakan .

"Forever alone"
"Aku sunyi "


Sebaliknya . Bisik dalam hati .


"Allah sentiasa ada"
"Padaku sentiasa ada Pemerhati"


Allah jualah Pemerhati . Yang sentiasa di sisi kita . Tak kira dimana jua aku , kau , mereka berada .
Allah selalu ada .
Moga bermanfaat .Renungan bersama .






Allah sedang berbicara ttg SABAR dan IKHLAS


Fuuhh...bersawang dah blog aku ni..
Al maklum laa..bz mengalahkan ketua negara..hee
Akhir2 ni kita sendiri dengar perkhabaran yg agak mendukacitakan..
Lebih2 lagi berkenaan dgn negara kita sendiri..

Sungguh Allah menguji setiap hambaNya..
Satu2 ujian datang menimpa kita semua..
Hendak atau tak...kita kena laa lalui..
InsyaAllah.. telah Allah tetapkan jalan penyelesaiannya..
cuma kadang kita yg tak nampak..
Leka atau??? Hurmmm..

*Pause

Bukan sengaja Allah meletakkan kita pada satu keadaan..
Atau kesulitan..yang kita rasa tak sanggup tuk hadapi..
Sungguh dari situ Allah sedang mengajar kita erti redha..syukur dan sebagainya..

*Pause
“Allah sedang berbicara denganmu Fahri….Allah sedang mengingatkanmu untuk tidak sombong.”
“Apa salah saya pada Allah?!”
“Istighfar Fahri....istighfar...”
“Ingat lagi apa yang kamu lakukan selama ini? Tidakkah kau sombong, Fahri? Kau merasa paling benar....kau merasa paling suci...bahkan di hadapan isterimu sendiri...”
“Ingat...kisah Yusuf a.s. dan Zulaikha...Zulaikha menuduh Yusuf telah memperkosanya...padahal dia sendiri yang tidak tahan dengan ketampanan Yusuf...”

“Fitnah! Itu semua Fitnah, Fahri.”

“Zulaikha memfitnah Yusuf memperkosa dia hingga Yusuf dipenjara.”

“Yusuf tahu Allah sedang berbicara kepadanya.”

“Kau mahu tahu apa yang dikatakan Yusuf?”

“Kau mahu tahu apa yang dikatakan Yusuf?!”

Kata Yusuf: “Ya Allah! Jika memang kehidupan di penjara lebih bererti bagiku daripada dunia luar, maka aku lebih memilih tinggal di penjara tapi dekat denganMU...daripada aku hidup bersama manusia pendusta!”

“ALLAH SEDANG BERBICARA KEPADAMU TENTANG SABAR DAN IKHLAS...”

-petikan dari filem "Ayat-Ayat Cinta-


Mungkin kita yang terlupa
Atau terlalu lena dihanyut mimpi..
Terlalu mengejar bintang yang tak pasti..
Hingga kita lupa..yee kita lupa...!!!

*Pause

Semua yang terjadi ada sebabnya..
Ada hikmah yang tersembunyi..