Kita mungkin buta..

Tanpa kita sedar...bulan Ramadhan perlahan-lahan pergi meninggalkan kita..
Dunia ni..adalah pentas..dan kita pelakonnya..
Kadang kita yg butakan mata dan pekakkan telinga tentang kebenaran yang jadi di muka bumi ni..
Mungkin gak..kita keliru dengan membezakan kaca dan permata..
Kejam...dunia ni memang kejam..
Manusia dah hilang pertimbangan..dan hilang akal..
Entah mana hilangnya belas kasihan...
Rasanya...kebanyakan antara kita tahu tentang kejadian yang berlaku di negara saudara seislam kita kn..
Bersamalah kita panjatkan doa..jgn pernah terleka...
Nukilan wartawan Mahmud Murad untuk Dr. Muhammad Mursi [Presiden Mesir]

Saudaraku yang mulia, Dr Muhammad Mursi,

Aku ingin mengetahui apakah hubungan antara engkau dengan Tuhanmu sehingga Dia memikul bagi pihakmu kerisauanmu dalam memerintah dan Dia biarkan engkau mengisi masamu sepenuhnya di dalam bulanNya yang agung ini untuk beribadah kepadaNya, dan Dia menyibukkan kami semua tentang dirimu?

Apakah hubungan antara engkau dengan Tuhanmu sehingga semua doa dari seluruh umat Islam di semua tempat ditujukan untuk kemenanganmu, menyokongmu dan mengharap kejayaanmu?

Apakah hubungan antara engkau dengan Tuhanmu sehingga engkau menjadi harapan golongan yang tertindas di Suria, di Palestin dan lain-lain supaya mereka dapat hidup mulia dan merdeka?

Apakah hubungan antara engkau dengan Tuhanmu sehingga seluruh kekuatan jahat bersatu untuk menyingkirkanmu dari memerintah Mesir?

Apakah hubungan antara engkau dengan Tuhanmu sehingga engkau bertukar kedudukan daripada hanya seorang professor di sebuah universiti di Zaqaziq engkau menjadi lambang manusia yang merdeka di semua tempat di dunia ini.

Ya Allah, sekiranya Engkau Mengetahui bahawa hambaMu Muhammad Mursi tidak menggunakan apa yang Engkau anugerahkan kepadanya; kerajaan dan kekuasaan untuk menzalimi seseorang dari kalangan makhlukMu, maka wahai Tuhanku, janganlah Engkau biarkan dia dikuasai oleh sesiapapun. Janganlah Engkau serahkan dia kepada seseorangpun. Peliharalah dia dengan pemeliharaanMu. Lindungilah dia dengan perlindunganMu. Takdirkanlah untuknya dan untuk kami kebaikan di mana jua kami berada.

A.A.E

Terjemahan oleh : Ustazah Maznah Daud

Sumber : ألتراس نهضاوى (قوتنا فى وحدتنا)





Sebuah perjalanan...

Saya bukan daie atau ustazah. Saya tulis apa yang saya tahu untuk menyampaikan. Mungkin amalan saya tak setara dengan apa yang saya katakan. Tapi kata-kata itu juga satu permulaan dan peringatan. 
Perlahan-lahan, InsyaAllah :')


Ye...penampilan tidak mencerminkan segalanya... Sungguh.. jihad yang paling besar ialah melawan nafsu..
Dulu...aku seorang gadis yang tergelincir dari sebuah laluan yang benar..
Terlalu dalam aku terjatuh.. terlalu lemah untuk berdiri..
Dulu.. aku leka dengan permainan dunia.. Leka dengan keindahan duniawi..
Setiap orang ada kisah sendiri.. setiap orang ada kisah lalu yang menjadikan siapa dia kini..
Begitu juga aku.. banyak khilafnya..
Siapa aku sekarang adalah kerana siapa aku dulu..
Orang tak tahu..betapa peritnya hati untuk berjihad melawan nafsu yang telah menebal dalam diri,,
Mungkin ye..belum terlambat.. 

Kadang aku cemburu melihat gadis seusia aku..mungkin lebih muda..
Yang terserlah sopannya.. Pakai tudung labuh.. Tidak ternoda dengan kekotoran dunia...
Ye...tak de siapa sempurna.. Tapi penampilan tu adalah pendinding..
Aku pernah terjatuh hingga tak mampu berdiri..
Aku pernah menangis tanpa ada siapa mengerti..
Aku pernah menyorok menahan sebak dihati..
Bukan kerna patah hati..bukan kerna hilangnya cinta duniawi..
Tapi kerna aku menjauh dari cinta yang hakiki....

Kadang aku malu dengan diri sendiri...terlalu malu...masih terpahat lagi parut yang lama..
Andai diberi peluang..semua orang nak putar kembali waktu..
Waktu yang takkan...takkan pernah kembali..
Alhamdulillah..lepas satu tahap ke satu tahap...aku mula sedar..
Aku sedar aku hanya insan lemah..selalu terhanyut dan terleka..
Jika dulu..aku tidak menutup aurat dengan sempurna.. Aku cuba mengubah sedikit demi sedikit..
Istiqomah dengan sisa kekuatan yang masih disimpan..
Bila jumpa dengan kawan lama..yang kenal siapa aku dahulu..
Ada yang memberi kata semangat tuk aku berubah..ada juga yang mengeji..
Aku cuba telan setiap kata yang terluah.. Sesungguhnya Allah lebih Maha Mengetahui,,

Sungguh...sungguh aku belum terlalu kuat..
Jihad ini terlalu besar...
Masih jauh perjalanan ini...masih banyak yg perlu aku perjuangkan..




Luahan Hati Isteri Pertama...



PUISI NI DIKARANG OLEH ANA HAWANA

 Tak usah bicara tentang payung emas 
Kerana Aku belum layak iktiraf diri sesuci khadijah atau fatimah 

 Tak usah bicara tentang zuriat 
Kerana Aku bukan Allah…mudah menyebut kun fa ya kun…
 
 Tak usah bicara tentang setia 
Kerana Aku pasti kau tahu aku bukan perempuan jalanan 

 Tak usah bicara tentang tanggungjwb 
Kerana Aku tahu kau lebih arif tentang itu 

 Tak usah bicara tentang kesempurnaan 
Kerana Aku terima kekurangan kau kerana Allah 

 Tak usah bicara tentang dia 
Kerana Aku diasingkan darimu kerana dia
 
 Sucinya aku, kau miliki ketika di Makkah 
Hebatnya dia, kau sembunyikan ketika di Thailand.. 

 Berhenti beralasan ini semua jodoh ketentuan Allah… 
Kerana satu dunia tahu Hanya itu lah jawapan mudah utk lepaskan kekhilafan yg disengajakan…



Tips gerakkan orang sahur!!!


Haaaa..bagi yg bersahur tu tanpa ada family di sisi..korang dapat bangun tak??? heee...
Oke kat sini ada beberapa tips yang boleh laa kowt nak digunakan utk gerakkan member korang tu yang payah sangat laa nak bangun sahur...



1. Pegang anak jari kiri/kanan sambil tu panggil nama dia perlahan lahan.
2. Sentuh bahu org tidur tu, dan goyangkan perlahan lahan sambil panggil nama dia.
3. Renjis air kat muka dia, sambil panggil nama dia.
4. Tampar-tampar manja pipi dia, sambil panggil nama dia.
5. Tutup kipas/aircond.



Haaaa..tp agak2 lau member korang tu susah bebenor nak bngun tidur tu r kn...cuba korang buat cmni..

1. Jerit nama dia kuat-kuat!
2. Gigit ibu jari kaki dia, cam antu toyol gigit.
3. Simbah air sebaldi, kalau boleh air rendam baju dalam korang.
 4. Tarik rambut dia sampai jatuh dari tilam.
 5. Goyang badan dia kuat-kuat then jerit gempa bumi! gempa bumi! tsunami, tsunami!
6. Jerit api! api! api!
7. Letak KFC, atau McD tak pun ikan patin masak tempoyak yg baru dibeli sebelah hidung dia, bagi ambik bau sikit.


Haisssshhhhh!!!!!! Kalu tu pown tak menjadi..pe kate guna care last niy.... Agk advance cket r..hee

1. Pergi kat telinga dia, then sebut maa rabbuka! sambil seru nama dia byk kali.
2. Pergi kat dia, baca je surah yaa sin!


Credit to : Tips sahur



SELAMAT BERPUASA OKE!!!!!! =)