Walaupun tidak memiliki

Bercerita mengenai cinta tidak pernah akan berakhir, cinta biasanya dijadikan subjek utama dalam setiap penceritaan. Terkadang jalan cerita penuh dengan keindahan warna-warni cinta, terkadang cinta juga menceritakan tentang perit jerih kekecewaan. Garapan dan susur galur sepenuh hati mampu menjadikannya sebuah naskah terhebat yang pernah wujud. Setiap dari kita pernah merasai kewujudan cinta kan? Cuma naskahnya mungkin berlainan.

Sekadar memetik bait-bait berikut:

Redha itu Ikhlas, tapi pasrah itu menyerah….”

Percayalah, tidak semua mimpi itu indah, ada ketikanya kita akan terjaga dek ngerinya mimpi. Begitu juga cinta, episod terakhirnya bukan semua temui bahagia. Redhalah seikhlasnya, percaya pada aturanNya, agar ketemu cahaya dihujung sana…

Walaupun tidak memiliki
Cinta tak mungkin mati
Selagi membara dihati
Yakinlah, segalanya pasti…

p/s: Cintailah dia yang mencintai Kamoo, daripada mencintai dia yang belum tentu cintakan Kamoo. CintailahNya yang menciptaimu, kerna cintaNya abadi selamanya.

Credit sepenuhnya milik CD

Jodoh tu rahsia Allah S.W.T


Pernah terfikir tak..maybe jodoh kita tu dew kt sekeliling kita..cuma kita tak sedar..


Jodoh itu rahsia Allah S.W.T
Sekuat mana kita setia.
Sehebat mana kita merancang.
Selama mana kita menunggu.
Sekeras mana kita bersabar.
Sejujur mana kita menerima dirinya.

Jika takdir Allah menentukan yg kita akan bukan dgn dirinya.
Kita tidak akan bersama dgnnya.
Jika Allah telah menulis jodoh kita dgnnya.
Kita tetap akan bersama dirinya.

Kerana tulang rusuk dan pemiliknya takkan pernah tertukar dan akan bertemu pada saat yg tepat menurut ilmuNya, insya-Allah.
Tiada yg kebetulan melainkan semuanya telah dirancang.
Dan yg sebaik-baik merancang itu adalah Allah S.W.T

Walau sekuat manapun sayang kita pada someone tu, simpanlah sedikit rasa KERAGUAN didalam hati supaya bila suatu ketika nanti bila kita diuji, kita takkan terus JATUH REBAH tetapi masih ada KEKUATAN untuk bangun semula..


Adakalanya kita perlu menangis..





Adakalanya kita perlu menangis 
agar kita tahu hidup ini bukan sekadar untuk kita ketawa..
Adakalanya kita perlu ketawa 
agar kita tahu mahalnya nilai air mata..
Syukurlah andainya ada yg menyakitimu..
Kerna dia mengajar mu erti tabah..
Syukurlah kiranya ada yg tidak mempeduli mu..
Kerna dia mengajar mu erti berdikari..
Syukurlah jika ada yang menjatuhkanmu..
Kerna dia menghebatkan mu untuk terus bangun lagi..
Syukurlah ada yg menyeksa dan meyakiti mu..
Kerna dia mengajar kamu erti kesabaran n ketabahan..

Cinta??..kdg kala kita sendiri tak sedar..yg kita sedang dlm cinta..  Jika ia sebuah cinta..ia akan terus bergetar..tanpa kira waktu dan detik..ia akan buta namun akan dapat melihat dan merasa...ia takkan memaksa namun akan terus berusaha..

Ia tidak cantik namun akan sentiasa menarik.. Ia tidak datang dgn kata2 tapi akn hadir dgn hati..Ia tidak terucap dgn kata namun hadir dgn sinaran mata.. Ia mungkin tak suci tapi sentiasa harmoni.. Ia tidak hadir kerana permintaan tapi dgn ketentuan.. Ia tidak hadir dengan kekayaan dan kebendaan..tapi akan hadir kerna pengorbanan dan kesetiaan. 

Orang boleh buta kerana cinta..setiap cinta ada pengorbanan yg mengajar kita erti kedewasaan. Cinta bukan lemah..ia membangkitkan semangat.. Kadang2 kita tak sedar kenapa kita sanggup lukakan hati sendiri demi cinta..Kadang2 kita tak sedar yg kita dah hilang akal kerana sanggup berkorban demi cinta.

Cinta tu menyakitkan..adakala kita perlu menangis kernanya..
Tapi kita tetap dgn cinta..







New journey

-A journey of a thousand miles begins with a single step-


Dah lama nak cerita sebenarnya. Tapi baru sekarang ada masa nak menaip..
Alhamdulillah..keputusan SPM aku not bad...haha
Dan mungkin bukan rezeki aku untuk masuk universiti kowt.
Tapi aku dapat tawaran melanjutkan pelajaran dekat politeknik.

Bagi aku...tak ada masalah..
Sebab aku dapat bidang yang aku nak..
Alhamdulillah..insyaAllah another 3 years dapat laa
Dip In Graphic Design dalam tangan...ecehh..hee

Aku orang selangor..dan aku dapat tawaran ni belajar dekat
Politeknik Johor Bharu (PJB)
Jauhnya kann..merantau laa aku..
Selama ni tak pernah jauh dari rumah..
Ini kira first time laa kononnya..
Setakat ni alhamdulillah takde homesick okeyhh..

Nak cerita sikit masa aku masuk poli..
1st semester kena stay hostel kan..
Kalau ikutkan patutnya aku akan dapat roomate dengan satu fakulti aku
Jabatan Rekabentuk dan Seni Visual (JRKV)
Tah macam mana aku tercampak dapat geng roomate jabatan mekanikal.. (JKM)
Fuhh..menapak gak laa kau kalau nak pergi kelas dengan member..
Tapi bila fikir balik..mesti ada sebab kenapa aku dapat roomate dengan dia.. (Tinan)

Lagipun jujur aku cakap.. masa ni aku bukan jenis yg sosial..
Susah sikit nak rapat dengan orang
So kalau pergi kelas aku lagi suka pergi sorang2..
Masa ni aku takde member rapat..
Time ni aku rapat dengan senior atas..
Pelik kan..haha


Haa ini masa salah satu final project buat rumah limas..
Time ni aku dah mula kenal dan rapat dan mula dah ada geng..
Cer teka aku mana...haha