Once you understand what kun fayakun means, it opens the heart up to tawakkal in Allah subhanahu wa ta'ala. Do not give up. Smile ^^
Bismillahirahmanirahim ..
Dimana saya bercerita dengan IBU:
"Ibu, ada seorang kakak ni lawaaaa
sangat. Tapi tak kawin lagi. Umurnya
dah 30 tahun. Alim, baik, dah macam
macam usaha dia cuba ibu, tapi
masih satu pun macam tak datang
melamar. Dia sangat gagah tau ibu."
Ibu hanya mampu tersenyum. Ayah
juga.
Saya hairan dan bertanya.
"Kenapa?"
lalu ibu kata, "Mungkin jodohnya
dengan kematian."
Terkedu.
"Maksud ibu? Dia dah nak
meninggal?"
"Bukan lah..Maksud ibu, mungkin
jodohnya yang ditetapkan oleh Allah
tu sudah bertemu dengan kematian.
Atau mungkin belum, tetapi hampir
kepada kematian. Allah "simpan"
dia."
cuba bayangkan husbandnya meninggal, dan dia menjadi
seorang perempuan yang lupa pada
Allah macam mana?Sebab awak kata dia alim kan?
Mungkin dia terlampau sayang dan
tak boleh terima~
"Allah boleh je kawin kan diorang,
tapi kan Allah kata, Allah kasi ujian
kepada hambaNya yang mampu
sahaja. Mungkin dalam soal ini, Allah
tahu dia tak mampu nak tanggung.
Jadi, Allah kasi dia ujian lain, dengan
tak berkahwin."
Saya menyampuk..
"Oh, jadi sekarang saya faham,
kenapa kakak tu tak kawin,
dan Allah tarik rasa nak kawin dekat
dia. Ya, baru saya faham..mungkin jodoh kakak tu dengan kematian"
Ibu sambung lagi.. "Jadi jangan berharap sangat untuk bertemu jodoh. Bukan ibu cakap, jangan tak fikir langsung pasal jodoh, tapi jangan terlampau "gila" kan tentang penemuan jodoh. Serahkan pada ketentuanNya.
InsyaAllah, kalau ada jodoh dan rezeki itu, datang jugalah ia kepada kamu. Remaja zaman sekarang asyik fikir tentang jodoh, kahwin awal seronok. Tak pula mereka nak fikir, mati awal tu macam mana?
Hish. Takut ibu. Kalau anak-anak ibu meninggal awal, entah apa yang hendak dipersembahkan kepada Allah. Jodoh dengan kematian itu sama tarafnya. Tapi dalam memikir soal jodoh, kematian itu juga harus selari. Kerana jika hanya fikir tentang soal jodoh, kemana pula persiapan akhir kita kelak?
Jodoh takde takpe, amal takde macam mana pula? Ingat tu. Jodoh tu, orang kata "bonus" kepada setiap hambaNya untuk tambah pahala lebih bagi wanita. Tapi amalan? Ia sendiri sendiri, sayang."
Saya terdiam sambil komen dalam
hati.
"Betullah. Kita ni, asyik nak jodoh kawin saja. Kalau dalam Luh
Mahfuz tu, pasangan saya tu ajalnya
awal, maka saya punya jodoh tiada.
Sebenarnya ada, cuma Allah tarik awal. Maka, takkanlah sepanjang hayat saya nak tunggu jodoh turun dari
langit?
Sedangkan "dia" milik Allah yang mutlak ..
saya perlu siapkan diri tentang amalan saya juga ..
saya perlu siapkan diri tentang amalan saya juga ..
:: Renung-renungkan. Jangan tak fikir
langsung soal jodoh tapi, jangan fikir sampai "gila"..
*Copy paste.. Perkongsian bersama.. Diambil dari salah seorang sahabat..
No comments:
Post a Comment