Rindu yang tak berpenghujung


Tarikkkk nafass....hembuss...
Tarikkk...hembuss...

Alhamdulillah... rasa lega...rasa macam batu yg berat tu dah kena alih dari bahu..
Tapi...'batu' tu akn datang balik... =_=

Sekarang aku nga cuti..even tak lama..
Walau cuma seketika..
Tapi aku rasa sangat bersyukur..

Aku balik kampung...tuk bertemu dgn yg tercinta..
Tapi awal-awal lagi aku dah call mak..

"Mak....nak balik ni..de masak apa-apa tak??" hihi
*senyum

Aku tahu mak bekerja..mesti penat..
Tapi masih juga aku meminta..
Bukan apa...tapi kerana rasa rindu yang tak tahan..

Mungkin aku tak bisa nak merasakan air tangan mak aku lagi..
Mungkin juga ini yang terakhir aku menemui yang aku cinta..
Bukan demand yang sengaja...
Tapi aku rasa lega..
Cukup mengubati rasa pening dikepala..
Oleh sebab kerja mengejar duit dunia..

Engkau tahu..aku rindu..
Rindu yang tak berpenghujung..

Aku mungkin bukan anak yang baik dan sempurna...
Tapi cukup untuk aku mampu buat mereka tersenyum gembira..
Walau aku bukan anak yang ada segalanya..
Tapi akan aku buat segalanya untuk mereka..

Kadang terfikir nak lepaskan segala yang ada..
Untuk berada disisi mereka..
Untuk sentiasa ada bila aku diperlukan..
Kerana aku sendiri tak sanggup nak berseorangan..

Tapi aku tahu...hidup perlu diteruskan..
Masa akan terus berjalan..
Dan aku perlu bertahan...





JODOH


Tengok orang nikah muda..

*pause

Cemburu??
Tipu kalau tak ada perasaan tu...
Seronok bercinta lepas nikah.
Sebab dah halal...

Tapi bukan ke aturan Allah itu lebih sempurna..
Ada sebab kenapa dan mengapa..
Contohnya hidup aku sendiri..

Kenapa yee.. aku tak nikah muda.. (gatai ni..)
Mesti ada hikmah disebaliknya..
Mungkin Allah SWT tahu aku belum bersedia..
Mungkin aku dan 'dia' belum masanya berjumpa..
Mungkin...ermm...mungkin...
Banyak mungkin..
Kalau asyik fikir tentang mungkin..tah sampai bila..

Aku sering terfikir..
Macam mana orang bercinta..
Yang cintanya bilamana putus...
Boleh bawa jadi gila..

Dan aku juga bercinta..
Cuma aku tak meletak harapan meninggi..
Jodoh tu yang dah memang tertulis...

Andai 'dia' bukan untuk aku...
Akan ada penggantinya..
Dan buat jodoh aku  yang tah ada kat mana..
Semoga sentiasa dilindungi olehNya..

Tapi tak semua berjodoh..
Ada yang berjodoh dengan 'kematian
Mungkin aku salah seorangnya..



Heart..please stay strong.


Bila rasa hati robek, pandang langit.. lalu hati berkata "Allah sedang lihat aku bukan.." senyum

Aku suka menaip saat jiwa celaru..
Ala-ala konon banyak idea laa mencurah masuk..huh
Aku sendiri tak tahu kenapa..
Korang tahu...
Bila mana hati rasa macam ada yang tak kena..
Jiwa rasa kosong yang tah kenapa...
Tapi jawapannya tak pernah ada...
Nak berhenti berangan..
Nanti rasa macam patung bernyawa..
Hidup macam tak ada pendirian..
Tapi bila dah ada angan dan impian..
Macam susah nak capai..
Alasan..itu semua alasan..
Dan aku masih cari keseronokan.
Dalam kerja yang aku sedang lakukan..
Ikhlaslah hati..jangan buat kerana paksa..
Adeehhh..payah laa rasa...
Terkadang aku ingin mengintip takdirku agar hidupku lebih terencana. 
Tapi aku sedar, Allah menyimpan takdir untuk kejutan.

Kadang-kadang ALLAH SWT patahkan semangat kita untuk selamatkan jiwa kita.

DIA hancurkan hati kita agar kita kembali pada-NYA.

DIA berikan kita kesakitan agar kita terus bertahan.

Dia beri kita kegagalan agar kita tak hilang panduan.

DIA beri kita keuzuran agar kita menghargai diri.

Kadang-kadang ALLAH SWT ambil semuanya dari kita agar kita tahu nilai semua benda yang dia beri.

Begitulah kasih sayang PENCIPTA, Maha Esa..

Segalanya adalah milik-NYA...

Kita harus ada rasa berSYUKUR di setiap kali ujian menjelma.

Itu jelasnya membuktikan ALLAH SWT mengasihimu setiap masa dengan menguji tahap keimanan

Sedangkan ramai terbiar dilalaikan..

Hanya yang terpilih sahaja di antara berjuta mendapat rahmat-NYA..

Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi segala takdir.

Terimalah dengan hati yang ikhlas. Walaupun tersiksa

Tetapi yakinlah, semuanya pasti ada hikmahnya.

ALLAH SWT tidak akan menguji seseorang melampaui batas kemampuan ummat-NYA..



InsyaAllah.. :)

Aku pemerhati dari tepi

Bukan semua perkara
Yang boleh diekspresikan dengan kata-kata
Bukan semua perkara
Yang boleh diluahkan dengan madah bicara
Terkadang, 
Simpan, Pendam, Diam 
Itu lebih baik dari sejuta kata yang terluah.
Ada ketika...
Kau perlukan waktu..
Ada saatnya..
Kau perlu ruang sendiri..
Ada satu saat dimana kita tak perlu luah dengan kata..
Yang ada cuma kita dan Dia..
Kenapa ye..
Manusia tak pernah puas..
Tak pernah nampak perkara sekecil zarah yang mungkin lebih bagi bahagia
Tapi masih kejar yang bukan milik kita...
Aku suka ada di satu sudut dunia..
Memandang tanpa perlu nampak kewujudan aku..
Aku tak perlu perhatian yang menggunung
Cukup aku yang memerhati...
Aku pemerhati tanpa kata..
Scan luar dalam mana yang perlu..
Dan aku akan nampak jawapan yang terlindung..
Kenapa yee..
Dunia ni..memang banyak rahsia..
Yang tak jelas terpandang..
Yang terlindung dengan topeng tak seberapa,,
Waa..aku sendiri terkesima..
Terpaku dengan manusia yg pelbagai kerenahnya..
Setiap lapisan masyarakat yang banyak lakonannya
Sungguh itu yang buat aku terdiam..
Entah sejauh mana aku boleh pergi..
Entah sedalam mana nak aku cari
Tapi aku suka memerhati
Sesuatu yang kelihatan indah depan mata
Tapi hakikatnya lebih buruk dari yang tergambar oleh kita
Huh...memang tak ada yang sempurna
Dan manusia dah hilang sifatnya
Aku sedar aku juga sama
Dunia dunia...
'Kau' dah makin tua..
Terlalu banyak rahsia 'kau pegang tanpa paksa
Dan aku tahu 'kau' hampir sampai ke penghujungnya..
Aku yang memerhati dari salah satu sudut di dunia
Hanya mampu diam tanpa kata
Memerhati pentas dunia yang banyak lakonannya..

errrr....


Diam itu lebih selamat dari terlalu banyak cakap..
Kerana terciptanya lidah itu sifatnya tidak bertulang..

"Wahai awak yang sempurna tiada dosa..
Menilai pahala dan dosa bukan kerja kita..
Tuhan sahaja yang berkuasa...
Mungkin zahir orang nampak berdosa..
Tapi batin mereka lebih dekat dengan si Dia..

Awak duduk diam-diam sana...
Takyah lah sibuk nak mengata..
Takyah lagak tuhan padahal kau pun seorang hamba.."

by the_fguy


Terlalu banyak yang tersurat dan tersirat..
Mungkin kita tak tahu cara nak ekspresi..
Tentang sesuatu yang tersembunyi..
Yang mungkin bakal mengubah apa yang terjadi..

Okeyh done...

Ada satu masa..
Kita nak berhenti...

Benci.. dan sakit hati..
Tapi cuba ikhlas..

Kadang tak sampai..
Kadang tu terpaksa tuk lakukan..

Berpijak di bumi yang nyata..
Tak sama dengan mimpi yang tak kesampaian..

Lelah..penat dengan dunia..
Pandang langit..
Tarik nafas..
Tenang dan hembus..

"Allah kn ada... :) "

Aku taknak hidup bak robot..
Ikut jadual yang sama 24/7..

Cari idea...fikir dan mula melangkah..
Yaa...keluar dari zon selesa..
Tengok dunia..
Berani ambil risiko..

Jangan mengalah...
Akan ada kesudahannya..

Senyum..
Dan kau akan nampak.. 

Dunia ini indah sebenarnya..
Cuma tercalit beberapa noda..

Tak perlu risau..
Jangan takut..

Dunia ini hanya sementara..
Indah yang tak kekal lama..
Dan akhirat yang bakal menjelma..