Jika TUHAN bertanya kepadaku




Jika TUHAN bertanya kepadaku....

Tidak malukah kau bermaksiat padaKU ? Kau sembunyikan dosamu dari makhlukKu,..
dan datang kepadaKu dgn PENUH DOSA.. 

Bagaimana aku nak jawab duhai diriku yg malang?.. 
Dan siapalah yang dapat menyelamatkan daku..? 
Aku terus menyogok jiwaku dgn impian dan harapan dr masa ke semasa.. 
Dan aku melupakan apa yg bakal dihadapi selepas mati.. 
Dan apa yg berlaku kepada ku selepas aku dikafankan...
 Seolah-olah aku ini telah dijamin utk hidup selamanya, seakan mati tidak menemuiku.. 
Dan telah datang pada ku sakaratul... 

Nah! Siapakah skrg yg mampu melindungiku..!

Aku melihat wajah-wajah,  apakah ada daripada mereka dapat menebusku..?
 Akanku disoal apa yg telah aku lakukan di dunia ini utk menyelamatkan diri ini?
 Maka bagaimana akanku jwb setelah aku m'abaikan urusan agamaku..?
Celakanya aku! Apakah aku tak mendengar ayat-ayat ALLAH yg menyeruku?
Adakah aku tak mendengar apa yg diberitakan didalam surah Qaaf dan Yaasin?
Adakah aku tidak dengar tentang hari dikumpulkan manusia,hari perhimpunan,dan hari Ad Deen (qiyamah) ?
Adakah aku tidak dengar panggilan ajal maut, menyeru dan menjemputku?

Maka Ya Rabb! seorang hamba datang bertaubat, siapa yg dpt melindunginya?
Melainkan Tuhan yg maha luas pengampunanNya dan yg membimbingku kpd kebenaran..
Aku telah datang padaMU maka kasihanilah daku dan beratkan timbangan (kebaikan) itu..
 Dan ringankan (percepatkan) hisabku kerana..
ENGKAULAH Yg TERBAIK DALAM PENGHISABAN

*Syair ini telah menyebabkan Imam Ahmad Bin Hanbal Rah menangis
apabila mendengar 2 bait pertama syair ini....





Antara realiti dan mimpi...


Bismillahirahmanirrahim.. 

Alhamdulillah...Satu langkah yg cukup besar..
Mungkin terlalu besar..tak terjangka dan tak tak pernah dirancang,,
Mimpi ke realiti ni???
Sungguh perancangan Allah itu banyak manisnya..

Tapi..bersedia ke diri ni??
Banyak lagi ilmu yang perlu dicari..
Ya Allah..bila mana aku jatuh tak mampu berdiri.. Bila mana aku cuba berlari dari realiti..
Kau hadirkan jua petunjuk menguatkan hati..
Bahawa keputusan yang diambil adalah yg terbaik sekali..

InsyaAllah...telah Allah tetapkn jalan terbaik buat hambaNya..
Mungkin akan ada yang berkata..tak sudah juga dengan menghina..
Erkk...bina masjid...takkan la...
Usia muda bukan halangannya... Persiapkan diri sudah dimulai..

Ahh...sudahlah dengan madah yang tah kemana..

Kalau diikutkan...tak pernah merancang hingga ke tahap yg sgt tinggi..
Semua 'diluar kawalan'..err mungkin 'diluar jangkaan' lebih sesuai...
Tak pernah bertemu..tak pernah bertentang mata..
Tak terdetik sekalipun ini yg akan berlaku..
Awalnya...sekadar perancangan untuk bertemu..mungkin utk mengenali hati satu sama lain..
Tapi... Yee.. Sungguh Allah itu Maha Besar... malah lebih Maha Mengetahui..
Segala yg tak terancang itu menjadi semakin mudah..
Terlalu mudah jalannya.. Restu datang dari kedua pihak..
Malah membuat keputusan untuk tidak melengahkan..

Err..tak terlalu muda kee?? Persoalan tu masih berlegar dalam otak kosong aku ni..
Kedua-dua masih dalam institusi.. malah belum habis study lagi..
Kedua pihak tetap mahu meneruskan..apa yang telah dirancangkan..
Tak ada bantahan..malah sokongan yg diterima..
Alhamdulillah.. mungkin ini yg terbaik..
Dalam memelihara dan menjaga hubungan antara kami..

Kadang perasaan risau tu ada juga,..tipu laa takde kan,,
Sebab ia terlalu lancar.. Takut pown ada...
Yakin...doa dan tawakal sentiasa mengiringi..

Ahh...dia terlalu jauh..jauh beribu batu meninggalkan aku kat sini..
Mungkin...dia khalifah yang aku cari..
Bape banyak 'mungkin' dah...
Walaupun hakikatnya dia sendiri merasakan ia hanyalah mimpi..
Sama seperti aku...yg dah puas cubit pipi nak bangun dari mimpi.
Nampaknya memang realiti...
Ohh okeyh.. dah kena matang dah diri..

Nikah muda?? InsyaAllah..bercinta lepas nikah kn much more barakah..
even tak pernah bersua muka apatah lagi bertentang mata..
Menjadi mimpi atau realiti,,,jawapan yg ditunggu,,
sedang mengira detik dan waktu..
Jika itu yang tertulis buat dia dan aku... :)