Jodoh..tak perlu cari yang sempurna



jika saya yang bertakhta di hati awak,sayangi saya sejujur hati awak..
jika saya yang awak rindui,simpan saya jauh dalam hati awak..
jika saya yang selalu menyakiti hati awak,
maafkanlah saya kerana itu bukan niat saya..
jika saya antara orang yang awak tak mahu kenang lagi,
ajar saya tuk memahami awak..
ketahuilah bahawa awak selalu dalam hati saya kerana saya amat bersyukur memiliki awak.. ^^

Satu ketika kau bertanya.. 

Sudikah kau menjadi Makmum disetiap solatku??.. 
Agar solatku lebih bermakna dan terjaga hendaknya..
Sudikah kau menjadi Penjaga maruahku??.. 
Agar hidupku lebih tenang dan bahagia..
Sudikah kau menjadi Pemerhati setiap gerak & langkah ku??.. 
Agar aku tahu mana yang salah & buruk lakuku..
Sudikah kau menjadi Peneman dikala suka dan duka ku satu hari??.. 
Jika ujian itu datang dan air mataku ada yg menghapuskannya..
Sudikah kau menjadi pembela diriku dan agama ku??..
Agar aku terus berada di jalan yang benar..
Sudikah kau menjadi Penggerak semangatku??..
Agar bila aku kelesuan kau mampu memberi bantuan 
walau hanya sekadar senyuman..
Sudikah kau menjadi Sahabat buat diriku??..
Mendengar luahan hatiku agar aku boleh berbicara apa sahaja dengan mu tanpa ada rasa resah dan ragu..
Sudikah kau menjadi penghibur ku tika ku kesunyian??..
Agar aku boleh ketawa riang..

Satu ketika aku menjawab..
Ya... AKU SUDI..
kerana kau pilihan ku kerana ILLAHI dan kau juga memilihku kerana petunjuk RABBI..

Tetapi..aku kembalikan soalan ini kepada mu..

Sudikah kau terus menjadi IMAM di setiap solatku..jika aku sudah tidak seperti dahulu??
Sudikah kau pula menjadi penjaga, pendidik, pemerhati, peneman, pembela, penggerak, sahabat dan penghiburku.. Jika satu ketika nanti aku sudah tidak lagi mampu menjadi makmum di setiap solatmu..
Jika aku sudah tidak lagi mampu menjagamu, menemanimu, memerhatikan mu, mendidikmu, membelamu, menggerakkanmu, menjadi sahabat mu dan menghiburkan mu..

Sudikah kamu??

Aku percaya...kau masih sudi..
Kerana aku pilihanmu kerana ILLAHI... dan aku juga telah memilihmu kerana petunjuk RABBI.. ^^

Until jannah !!! InsyaAllah syg.. :)