Jika TUHAN bertanya kepadaku




Jika TUHAN bertanya kepadaku....

Tidak malukah kau bermaksiat padaKU ? Kau sembunyikan dosamu dari makhlukKu,..
dan datang kepadaKu dgn PENUH DOSA.. 

Bagaimana aku nak jawab duhai diriku yg malang?.. 
Dan siapalah yang dapat menyelamatkan daku..? 
Aku terus menyogok jiwaku dgn impian dan harapan dr masa ke semasa.. 
Dan aku melupakan apa yg bakal dihadapi selepas mati.. 
Dan apa yg berlaku kepada ku selepas aku dikafankan...
 Seolah-olah aku ini telah dijamin utk hidup selamanya, seakan mati tidak menemuiku.. 
Dan telah datang pada ku sakaratul... 

Nah! Siapakah skrg yg mampu melindungiku..!

Aku melihat wajah-wajah,  apakah ada daripada mereka dapat menebusku..?
 Akanku disoal apa yg telah aku lakukan di dunia ini utk menyelamatkan diri ini?
 Maka bagaimana akanku jwb setelah aku m'abaikan urusan agamaku..?
Celakanya aku! Apakah aku tak mendengar ayat-ayat ALLAH yg menyeruku?
Adakah aku tak mendengar apa yg diberitakan didalam surah Qaaf dan Yaasin?
Adakah aku tidak dengar tentang hari dikumpulkan manusia,hari perhimpunan,dan hari Ad Deen (qiyamah) ?
Adakah aku tidak dengar panggilan ajal maut, menyeru dan menjemputku?

Maka Ya Rabb! seorang hamba datang bertaubat, siapa yg dpt melindunginya?
Melainkan Tuhan yg maha luas pengampunanNya dan yg membimbingku kpd kebenaran..
Aku telah datang padaMU maka kasihanilah daku dan beratkan timbangan (kebaikan) itu..
 Dan ringankan (percepatkan) hisabku kerana..
ENGKAULAH Yg TERBAIK DALAM PENGHISABAN

*Syair ini telah menyebabkan Imam Ahmad Bin Hanbal Rah menangis
apabila mendengar 2 bait pertama syair ini....





No comments:

Post a Comment