Sayonara 2014.. Konnichiwa 2015


Hurmm...so maybe ni laa last pos utk 2014..
Aku tak rajin nak menaip..dan aku rasa...setiap yang aku pos..
Mesti jiwa nga serabut..fikiran dah tak waras.. Dan kali ni juga tak terkecuali..

Sebab masa macam ni jee banyak idea datang nak menaip..
Ermm...2014.. banyak yang dah jadi.. Lebih-lebih2 lagi..pada negara kita.. Malaysia..
Tak siapa nak jadi yang tak diingini... Tak siapa minta lalui apa yang dah berlaku..
Sama-sama tadah doa...
InsyaAllah yang berlaku ada hikmahnya..



Again..perasaan tu datang lagi..
Perasaan rasa 'sendiri'
Rasa tak ada yang disisi...
Ermm..bukan tak bersyukur..
Bukan jugak tak sedar ada yang lebih sedih dari diri..
Tapi perasaan ni yang tak mampu nak dihalangi..

Orang cuma nampak apa luarannya..
Tak rasa apa jadi didalamnya..
Ahh aku penat dengan semua ni..
Rasa nak lari ke hujung duniawi..
Cuba mencari kekuatan diri..

Mencari kekuatan dalam diam..
Bukan semudah yang disangka..
Tak kurang jugak dengan permainan perasaan..
Lagi payah bila bertahan..
Senyum tak bererti kau happy..
Gelak tak bererti kau tak terasa..
Sentap dalam diam..
Malas nak bising..
Cukup aku recover sendiri..
Yakin ada hikmah masa depan nanti..

Masa lalu dulu cukup la sampai kat sini..
Cukup untuk aku padam apa yang dah jadi..
Sekarang masanya nak melangkah pergi...
Untuk mendapatkan cinta yang hakiki..
Dan cinta itu hanya pada Illahi..

Jujur ego aku tinggi..
Marah tu mudah menguasai..

Aku tak pandai meluah..
Marah dalam diam..
Protes dalam senyap...
Tapi sampai satu tahap..
Bila dah sentap..tak payah la cari aku lagi..

Tapi hati aku hati tisu..
Cepat terasa dan cepat terpujok..
Kau 'kawan' aku dah lama kowt..
Takkan tak nampak nampak apa aku tunjuk?

Hurmm...bila menangis tak berhenti.
Cuma mampu cakap pada diri..
"Kau kuat...kau tak sendiri.."
Lepas dari esok pagi..aku akan senyum kembali..

Aku harap 2015 lepas ni..
Cuba pos sesuatu yang lebih happy..
Cukup lah aku pernah jatuh tak mampu berdiri..
Sekarang aku perlu melompat lebih tinggi..
Capai apa yang ada di hati..

Langkah baru..permulaan yang baru..
Tutup buka lama..buka buku baru..

Sayonara 2014...Konnichiwa 2015 ^^



Nikmat sebuah ujian

Alhamdulillah..untuk semua yg telah kita ada selama ini..
Yupz..nikmat sebuah ujian..
Kalau ikutkan.. takkan ada satu pown ujian yang kita hadapi..
Yang lebih dari apa kemampuan yang kita punya..
Kerana Allah SWT Maha Mengetahui setiap hambaNya..
Maka Dia turunkan ujian..
Bukan kerana tak sayang...tapi kerana terlalu sayang dan kasih..
Ujian...memang akan hadir sehingga kita jatuh tak mampu berdiri..
Tak mampu nak menangis sehingga keluar air mata..
Kita mungkin terlupa.. disebalik turunnya ujian itu tersembunyi jutaan kenikmatan..
Yang mana kita sendiri lupa siapa yang memberi nikmat..


Langkah baru..permulaan baru...semuanya baru...
Memang...pelangi takkan hadir kalau bukan dek hujan menitis..
Ujian tu...bukan suatu bebanan.. 
Tapi secara tak langsung mengajar kita erti sebuah kehidupan..

Ehh..nope!!! Mengajar kita menghargai yang namanya kehidupan..
Kenapa??? Well.. rasanya ramai yang kadang tu tak puas hati dgn hidup sendiri kan??

Tanya hati tu...apa yang tak cukup..
Apa lagi yang kurang,,
Kita takkan pernah dapat semuanya sempurna..

Tapi sebalik kekurangan diri tu kan...
Mesti ada manis dan kelebihan yang kita tak nampak..

Hurmm...sure enough..
Kalau dah sampai masa nak move on..
Just teruskan..buat nak pandang belakang lagi..kan???

Past is past..kita takkan dapat betulkan balik apa dah jadi..
Patah tumbuh hilang berganti..
Yee..memang takkan sama..orang cakap..
Tak cuba kita tak tahu..

Macam... "Tak kenal maka tak cinta"
Kalau dah kenal...mesti rasa sayang tu akan hadir..

Bukan hanya pada someone..tapi untuk semua dalam hidup ni..
Qada dan Qadar dah pown tertulis..
Kat mana kita berada..mesti ada ceritanya..
Yang tersemat dengan indah setiap bait penulisannya..

Yakinlah..nikmat tu sebuah ujian...
Yang akan hadir bersamanya sebuah kebahagiaan..
Yang mungkin tak disangka.. =)


Apa yang kau tahu





Apa yang kau tahu..
Apa yang dah aku lalu..?
Aku tak sempurna..
Tak seperti kamu..

Sedang aku cuba..
Memadam masa lalu..
Namun aku tahu...
Ia tak semudah itu..

Sakit hati aku masih rasa..
Ucapan 'maaf' aku masih tunggu..
Namun susah untuk aku terima...
Kerna ia menyakiti aku selamanya..

Apa yang kau tahu..yang sedang aku lalu??
Cuba memadam memori masa dulu..

Parut lama mula berdarah kembali..
Pergilah kau..aku tak mahu bertemu lagi..
Hanya maaf yang aku mahu dengari..

Aku tahu aku tak sempurna..
Masih merangkak mencari cahaya..
Namun aku masih tak dapat terima..
Apa yang terjadi sebelumnya..

Memang bukan salah kau sepenuh-penuhnya..
Tapi aku kira kau tak faham bahasa..
Aku menunggu kau melafaz maaf kata..
Jangan tunggu hingga malaikat maut menjemput..
Akan ku kira perhitungan di alam sana..

Perkataan "maaf" bukan susah..
Itu yang aku tunggu..
Apa yang kau tahu?? Sakit aku yang menanggung..