Hijrah : You are not alone

Bangun pagi hari ni.. tetiba rasa nak scroll instagram..
Tetiba terbaca nukilan dari Kak Fyn Jamal..
Sangat deep and I feel stronger..


Let your past make you better not bitter..
.............................................

kekuatan utk perubahan adalah dlm kuatnya tiang sokongan.
.
sekental Rasulullah SAW yg berkhalwat jauh dari sejagat,
baginda tetap menjumpai tenang dlm kehangatan setia yakin Khadijah ra.
.
no one can do it alone.
dan jgn sekali2 merasakan sunyi tanpa sesiapa.
.
baqarah 38:
fa imma ya'tiannakum minni huda
kemudian bila dtg dariku petunjuk
.
faman tabi'a hudaaya
lalu siapa mengikut petunjuk itu
.
falaa khaufun 'alaihim
maka tiada takut pdnya
.
walaa hum yahzanuun
dan tidak mereka bersedih
.
tanyalah sesiapa sahaja yg telah melepaskan manusia. melantakkan perasaan sunyi demi membina hubungan dgn Allah SWT  tanyalah apakah wujud lagi perasaan sepi yg biasa mereka rasa dlm keriuhan hidup dahulu.
.
it is ONLY when you choose to be alone for the sake of Allah SWT
will He fill your heart with things you never knew fulfill you.
.
smlm berbual sama suami ttg topik ini. dan dia memberikan aku satu hujah yg tembus ke hati.
.
"of course org berubah akan hilang kawan. komfem dia ckp
"kau dah berubah" atau "kau dah lain".
tapi itulah dia ttg berubah. rutin tukar. tak sama dah"
.
true.
.
you cant stop drugs if you still hang out with your addict friends.
you cant stop zina if you still live with your boyfriend.
.
nak betul2 berubah--
kena tolak mentah2.
.
senang.
semua org boleh.
.
benda2 spt rasa bodoh buat dosa yg buat
kita rasa nak stop buat lg adalah hidayah.
semua ada hari rasa nak blah.
.
nak terus kekal lari ITU yg susah.
.
how do i start new? nanti jatuh, siapa nak sambut aku?
ada ke yg sudi dgn aku? at least kwn yg ini dah kenal aku.
.
ada.
TUHANMU..
.
ya. mmg pelan2 semua hilang. kawan2 baik,
rutin2 biasa yg define diri kita. dan di masa2 itu, kita persoal keputusan kita.
.
but just give time.
.
yakin dgn innallah ma'ana;
sesungguhnya Allah SWT bersama kita.
.
kita tak pernah bersendian.
dia sentiasa ada.
utk sesiapa yg mahu dia ada.
.
sunyilah bagaimana pun tanpa manusia--
akan terlihat bagaimana Allah SWT wujud dlm kebaikan2 tak disangka2.
.
dlm kwn baru, dlm pasanganmu, dlm binatangmu, dlm stranger yg tak pernah kau tau.
.
hakikatnya, Allah SWT ada bila kau yakin dia ada situ.
.
tiang sokongan bukan manusia;
tapi tuhanmu yg wujud dgn cara dia ada utkmu.
.
innallah ma'ana.
yakin itu.



................................................................


Fully Credit to Fyn Jamal.








Sendiri itu perlu..

Ada satu masa..bila kita terlalu busy dengan dunia..
Kita nak masa menyendiri..
Jauh dari riuh orang ramai...
Dalam ruang dan dunia sendiri...

Asalnya aku rasa macam bosan..
Takut yang aku akan ketinggalan bila sendiri..
Tapi aku lupa..manusia tu ada berbilion..
Maka berbilion watak dan perangai yang akan kita jumpa..


Ada satu masa aku mungkin terlalu sentimental..
Sedang aku lupa..
Dalam ramai2 tu tak akan ada yang peduli..
Jika ada cuma segelintir..dan mungkin cuma seketika..
Satu tahap aku merasa mereka adalah segala yang ada..
Tapi aku lupa...aku cuma cebisan memori yang pernah ada
Dalam hidup mereka..

Dan bila ini terjadi..
Bila aku sendiri rasa lelah untuk cuma merasa rapat..
Bila aku penat nak tersenyum dengan sandiwara
Aku buat keputusan untuk menjauh..
Alang-alang aku dah jauh daripada semua..
Baik aku betul2 jauh...untuk seketika..mungkin
Untuk masa bersendirian..menyendiri..
Dan pandang semula..lihat dengan realiti..
Siapa yang ada disisi..
Yang sentiasa membuat aku tersenyum..


Aku pasti nanti bila berjumpa..
Tak akan ada yang sama..
Perbualan jadi tah yang apa2..
Sekarang pown dah mula ada jarak yang nyata..
Apatah lagi masa yang cemburu akan manusia..

Aku yang terlalu sensitif?
Atau aku yang terlalu mengada?
Mungkin aku tak punya yang macam mereka..
Aku cuma ada aku..
Yang selama ini berjalan atas kaca sendiri..
Menahan pedih tanpa ada yang mengetahui..

Ya...abaikan saja..
Itu sudah berlalu..
Dan kini.. kita mula hidup baru..

Smile, no matter what happens.. :)





Home Sweet Home

Uiishh..bersawang rasa blog ni..
Lama sangat aku tak update.. ingat nak tutup je blog ni..
Tapi rasa sayang pulak.. Mungkin sebab aku mula buat blog since 2011 lagi..

Alhamdulillah... Sekarang dah 5 bulan sejak bergelar ‘puan’ ni..
Rasa macam tak percaya sebenarnya...

Kali ni aku nak cerita pasal Home :)



Sejak2 dah acah dewasa ni...rindukan rumah tu wajib..hee
Aku lahir dan membesar dekat Kuala Selangor..
Aku mula jarang sangat dekat rumah lepas SPM..
Sambung belajar dekat Johor..

Lepas tu aku kerja dekat Shah Alam hampir setahun..
Then lepas aku kahwin.. Aku pindah utara..

Sejak kahwin dan kerja dekat utara ni..
Totally berubah.. Cuti aku dan suami berbeza..
So untuk aku jejak balik Selangor tu payah sikit..

Rindu?? Tipu laa kalau tak rindu..
Nak banding orang lain yang mungkin ada kat luar negara 10 tahun tu
Aku mungkin masih lagi macam orang cakap.. 

“Apa laa sangat kan..”
“Bukan jauh naw”

Tapi aku rasa lain.. Mungkin sebab adik beradik aku tak ramai..
Aku anak bongsu..
Family aku kecik... Parent aku dah tua..
So hati ni macam tisu sikit...haha 

Dah macam homesick aku rasa..
Tapi aku kena sedar yang aku bukan sorang sekarang..
Aku ada tanggungjawab..

Even sekarang.. Kalau aku terfikir pasal parent aku tetiba dah takde..
Dan aku bukan dekat dengan dyeorg..
Mesti aku akan menangis..
Aku tak boleh nak bayang.. Aku takkan pernah ready..
Even aku kena kuat dan kena ready untuk segala kemungkinan..

Aku banyak ‘busy’ kan diri.. sebab aku taknak terlebih fikir..
Even suami aku ada kat sisi..tapi mesti laa berbeza kan..

Sebab tu bila aku balik rumah aku...aku takkan pernah kisah pasal duit yang keluar
Takkan kisah rasa penat asalkan aku nampak family aku..
Sebab aku takkan tahu..
Berapa banyak lagi masa yang ada..
Untuk aku habiskan masa dengan mereka..

FAMILY IS WHERE LIFE BEGINS AND LOVE NEVER ENDS


Dari cik ke puan..

Alhamdulillah...syukur sgt2..
Sekarang ni dah dalam bulan ramadhan..
Dan dah masuk ramadhan yg ke 11..
Yang bestnya..kali ni..
Tahun ni aku bukan berpuasa bujang dahhh
Dah ada sorang lagi peneman.. ^^
Semua dah selesai..
Macam tak percaya dah tukar status..hee
Dah lama tak menaip..
Erm...bukan apa..
Sebab tak tw nak taip apa..
Jari ni rasa keras jee.
Macam dah tak ada idea..

Well i guess..
Bila dah nikah ni..
Everything change..Totally change..
Kalau dulu tak fikir orang lain (Selain family)

Sekarang dah ada tanggungjawab..
Dulu boleh lagi tak kisah nak makan apa..
Makan kat mana..sikit ke banyak ke..
But now...mesti akan fikir lagi sorang..
Siyes kalau dulu aku agak malas gak laa nak masak..
Almaklum laa..dah penat kje..balik2 terus bungkus makanan
Malas dh nak fikir masak2 ni..

Tapi sekarang hari2 menggagau cari resepi baru..haha
Dulu boleh laa nak lepak dgn member..
Keluar malam..lepak sana sini..
But since dh kawen ni..
En.Suami dah bawak jauh dari Shah Alam..
Mmg idok laa kuar jalan sgt..
Member pown tak ada...sob sobb...hee

Hidup ni rasanya 360 darjah gak laa berubah..
Tak laa teruk pown sebab..
Aku rasa sesiapa pown yg dah kawen..
Even sesukar mana pown hidup..
Jauh dari family n kawan2
Tapi...dah ada yg halal kt sisi..
Everything gonna be okeyh..

Bukan cuma okeyh...tapi betul2 complete..
Actually aku sendiri pown tak tahu am i ready or not..
alhamdulillah...ini jalan aku..dan Allah mudahkan segalanya..
"Nawaitu yang penting.. Kalau niat bukan kerana Allah..
Kita akan cepat kecundang.."

Terima kasih Encik Suami..
Sebab terima sy apa adanya..
I love you... ♥

Sebelum aku bernikah!


Oppss..ni bukan review or tajuk buku Hilal Asyraf yee...hhi
Its about me..
Yeahh..sebelum aku bernikah..

Huh...siyes nerbes keyhh...
Countdown beberapa hari jee..
Dan...insyaAllah aku akan jadi wife..

Cakap tentang persediaan..
Syes memang aku rasa belum siap laa...
Bila orang tanya bpe peratus tu..
Aku boleh anggar dalam 30% kowt baru siap.. =_=

Dengan borang yang berterabur tak siap lg..
Barang2 utk kahwin..
Baju..pelamin..kasut..
Goodies bag..makanan dan semua2 tu..
OMG!!! Macam banyakkk lagiiii jeee!!!!

Huh... tarik nafas...hembus..
Relaks..benda boleh setel..

Okeyh 1st..cek balik apa dokumen kena ready..

Salinan ic aku, wali, saksi (✔)
Sijil kahwin... (✔)
Borang kebenaran nikah (✔)

Aaaaaaa....sebenarnya banyak lagi..
Tapi aku tak ingat... =_=

Baju nikah, sanding, tudung, pin, kasut, kipas, payung,
inai, mekup, jam, emas, periuk, belanga, kuali...ehh

Macam banyak lak...

InsyaAllah..niat baik..
Semoga Allah SWT permudahkan semuanya...aamiinn



Cakap tentang ready...sampai bila laa aku takkan ready..haha
So....kena berani langkah dunia baru..
Sangat baru...beza dan banyak benda kena belajar..

Rasa awkward pown ada gak..
Mungkin sebab dah biasa sorang...
Bila kena fikir lagi sorang ni...heeee.
Aku tak boleh nak bayang lagi..



Dear destiny...Am I ready???





Hello Mac!!


Memang payah laa rasa nak online sekarang..
Nak kata busy tu tak jugakk...

So then...another couple of month i guess...
For my big big day... ^^


Byk lagi tak prepare..
Tapi dah ada yang dah siap...
Ada senarai pown macam ada tak ada jee.. =_=

Tema....aku rasa macam semua kaler ada..heh



Baju..aku buat simple jee..
No sewa2...no cari kat butik...
Tempah..dan buat tuk raya tahun ni sekali laaa..
Nampak tak jimat kt situ...haha

Kalau nak ikut wedding impian memang idok laa..
Dengan sekarang ni..
Better kita plan kan...not to much in wedding..
Just...bersederhana..
Yang penting after that right??

Aku taknak susahkan pihak lelaki..
Dan aku juga rasa...
Better aku gunakan duit sebaiknya untuk mengelakkan hutang
Baik aku pergi travel ngn duit yg ada..
Dari membazir yg tah apa kn?? hee

Yeahh...im not really sure..
Am I ready for this....I just dont even know! aigoo

But then..i realize..
I'm happy with all of this...
Kalau tak berani melangkah..
Sampai bila nak ada kt tempat yg sama..kn??

Trying to be strong...
Bukan senang long distance relationship ni..
you are far from me but close to my heart..
ecehh..haha

Banyak lagi pengalaman nk kena kutip ni..
Nice kalau ada yang halal teman kn.. ^^

I still fall for you...everyday.. 


Rasa sendiri

Dah masuk 2016!!!
Perghhh...aku rasa macam baru semalam sambut tahun baru..
Ni dah ujung bulan dah..
Tahun ni banyak perancangan besar..
Fasa demi fasa yang akan aku lalui..
Dan...satu demi satu akan aku tinggalkan..

Peristiwa yang buat aku terpanggil nak menaip hari ni..
Bila mana aku balik kerja..
Aku tengok satu group student..
Yee student..

Aku rindu nak study sebenarnya..
Rindu...sangat rindu..
Tapi untuk sambung study tu...
Buat aku berfikir 1001 kali..
Entah la...

Sama ada aku rindu untuk study..
Untuk rasa suasana study..
Atau....aku rindu zaman aku study dulu..
Rasanya aku rindu semua tu..



Dalam rasa excited... banyak yang aku rasa macam.
Terkilan...or.. Entah laa..

Perasaan bila mana...
Aku rasa 'sendiri'..