Kenapa?? (Entry Panjang)


Hidup kita ni banyak persoalan yg tak ada jawapan..
Rasanya dalam blog aku ni..
Ada banyak post pasal persoalan..hee

Sebab aku suka soal kowt..
Sampai Encik Suami dah tak ada jawapan..
Untuk setiap soalan aku..

Sebab aku tahu..memang aku tak akan dapat jawapan
Untuk soalan yg aku rasa....mengarut??

Dunia sekarang ni bahaya kan..
Kalau kita salah cakap..salah buat..
Mesti akan ada mata yang memerhati..
Akan ada mulut yang mengata..

Aku tak pernah terfikir yang aku ada dekat mana aku sekarang..
Dulu aku suka fikir..
Masa umur aku 20++
Dekat mana agaknya..buat apa..dengan siapa..

Banyak benda yang aku impikan..
Tapi tak semua boleh jadi milik kita..
Aku tak ramai kawan..
Boleh dikatakan aku banyak habiskan masa sendiri..


Macam sedih pula kan..
Orang tak akan faham.. bg orang lain..
Aku mungkin sombong..
Susah nak dibuat kawan..
Ada macam tak ada..

Aku cuma dah biasa..buat semua sendiri..
Sebab tu aku suka persoal banyak benda kowt..

Kenapa kita ada kat sini..?
Sebab apa nak kena buat semua tu?

Aku tak pernah rasa macam mana ada adik beradik ramai..
Aku tak tahu apa perasaan ada adik beradik perempuan..
Yang mungkin boleh jadi tempat luah perasaan??
Atau boleh bg kaunseling tak bertauliah?? hee

Kita mungkin ada kawan..
Tapi mungkin kawan tu cuma hadir saat happy je..
Lepas je saat happy tu..semua akan back to normal..

Betul..tak ada apa yang kekal kat dunia ni..
Kadang sampai aku bersoal sendiri..
Lepas ni..apa lagi yang menanti??
Lepas kita mati..apa akan kita lalui??
Sebab hidup kita dekat permulaan jalan.
Masih jauh lagi perjalanan hidup ni..

Aku tak suka..atau aku tak pandai nak cerita
Apa yang aku rasa..
Kalau aku cerita..orang tu betul2 rapat dgn aku..
Tapi.still.. Tiap yang aku cerita..
Bila dah hampir sampai tempat yang paling excited..
Aku akan terhenti..dan aku akan tutup balik cerita..
Aku tak akan cerita habis..

Macam mana aku jauhkan diri dari orang..
Macam tu jugak betapa tertutupnya perasaan aku..
Yang aku tak nak orang tahu...

Semua orang ada dark side..
Ada cerita yang cuma dia dah Dia saja yang tahu..
Bezanya cara pembawakan kita..
Karakter kita..cara kita yang berbeza..


Betapa lajunya masa berjalan..
Tanpa kita sedar memang banyak benda yang terlepas..
Betapa cepatnya jam berdetik..
Sampai kita tak perasan..yang kita dah tertinggal..

Kenapa ye??

*Hold

Aku sekarang dalam fasa...
Aku tanak tahu apa2..
Malas...penat.. Cuma perlu dalam dunia sendiri..
Bosan dengan sandiwara dunia..
Takut dengan kejamnya manusia..

Dan lebih baik aku diam..
Tutup mata..pekakkan telinga..
Stay strong..








No comments:

Post a Comment