Aku pemerhati dari tepi

Bukan semua perkara
Yang boleh diekspresikan dengan kata-kata
Bukan semua perkara
Yang boleh diluahkan dengan madah bicara
Terkadang, 
Simpan, Pendam, Diam 
Itu lebih baik dari sejuta kata yang terluah.
Ada ketika...
Kau perlukan waktu..
Ada saatnya..
Kau perlu ruang sendiri..
Ada satu saat dimana kita tak perlu luah dengan kata..
Yang ada cuma kita dan Dia..
Kenapa ye..
Manusia tak pernah puas..
Tak pernah nampak perkara sekecil zarah yang mungkin lebih bagi bahagia
Tapi masih kejar yang bukan milik kita...
Aku suka ada di satu sudut dunia..
Memandang tanpa perlu nampak kewujudan aku..
Aku tak perlu perhatian yang menggunung
Cukup aku yang memerhati...
Aku pemerhati tanpa kata..
Scan luar dalam mana yang perlu..
Dan aku akan nampak jawapan yang terlindung..
Kenapa yee..
Dunia ni..memang banyak rahsia..
Yang tak jelas terpandang..
Yang terlindung dengan topeng tak seberapa,,
Waa..aku sendiri terkesima..
Terpaku dengan manusia yg pelbagai kerenahnya..
Setiap lapisan masyarakat yang banyak lakonannya
Sungguh itu yang buat aku terdiam..
Entah sejauh mana aku boleh pergi..
Entah sedalam mana nak aku cari
Tapi aku suka memerhati
Sesuatu yang kelihatan indah depan mata
Tapi hakikatnya lebih buruk dari yang tergambar oleh kita
Huh...memang tak ada yang sempurna
Dan manusia dah hilang sifatnya
Aku sedar aku juga sama
Dunia dunia...
'Kau' dah makin tua..
Terlalu banyak rahsia 'kau pegang tanpa paksa
Dan aku tahu 'kau' hampir sampai ke penghujungnya..
Aku yang memerhati dari salah satu sudut di dunia
Hanya mampu diam tanpa kata
Memerhati pentas dunia yang banyak lakonannya..

No comments:

Post a Comment