Sewaktu kita membencinya..ingatlah saat kita mula mengenalinya

Kita BERKENALAN secara tak sengaja, adalah PERANCANGAN ALLAH.. 
Kita BERKAWAN begitu lama bertahan pun, ALLAH yang RANCANG.. 
Kita dikurniakan RASA SUKA antara satu sama lain juga, ALLAH yang BERI..
 Kita masih BERSAMA walau banyak dugaan menimpa, ALLAH yang ATURKAN.. 
Kita dikurniakan KESEDARAN dan KEINSAFAN juga kerana, ALLAH SAYANG PADA KITA..
 Kita BERJAUHAN untuk mencapai REDHA-NYA juga, DIA yang RANCANG... 
Kita BERDOA untuk KEBAHAGIAAN masing2 juga, ALLAH yang DETIKKAN dalam hati kita.. 
 dan ketahuilah, sama ada hubungan kita akan BERKEKALAN sehingga ke SYURGA atau TERPUTUS di TENGAH JALAN juga ALLAH yang akan tentukan... jadi, usah risau.. andai kamulah jodoh yang ditetapkan ALLAH di Luh Mahfuz untuk saya... InsyaAllah kita akan BERSATU juga walau dipisahkan dengan jarak dan masa...
Kadangkala kita perlu menyepi..
Untuk mencari kembali kekuatan diri yang telah hilang..
Ada kala kita perlu menyepi..
Untuk mencari ketenangan hati..
Adakalanya kita perlu menyepi untuk kebaikan diri sendiri..
dan kadangkala sepi itu indah..

Bila mana kita harus sendiri..
Kita perlukan waktu tuk perbaiki..
Setiap kelemahan dan kekurangan diri sendiri..
Dalam membetulkan setiap khilaf dan kesalahan diri..
Andai satu ketika kita terjatuh...jangan lupa untuk bangun kembali..
Andai satu saat nanti kita menangis..
Jangan lupa untuk mengesat air mata..

Memang betul...apabila janji dimungkiri..
Maaf hanyalah kata kosong..
Ibarat sebuah kaca..andai ia terjatuh..
Walaupun kita cuba untuk mencantum kembali..
Ia takkan pulih seperti sediakala..
Takkan pulih seperti waktu mula2 kita memilikinya..

Sewaktu Kita Mula Membencinya , Ingatlah Saat Kita Mula Mengenalinya