Ya Allah..ambillah kembali rasa kesakitan di dalam hati hambaMu yang sedang menahan air sebak di dada..kerna hambaMu tidak mampu menahannya dari ianya mengalir..hambaMu merayu melutut.. Ya Allah ♥
Tidak mudah tersenyum ketika hati MENANGIS dan TERHIRIS..
tapi akan terasa indah ketika
kita menyedari itu sebahagian dari kasih Ilahi
agar Allah memindahkan KEBAIKAN-
KEBAIKAN orang yang menyakiti kita..
TIDAK MUDAH diri untuk bangkit dalam KEKECEWAAN..tapi akan terasa INDAH ketika kita
menyedari bahawa Allah sedang menyapa dengan cintaNya agar kita terus
KUAT dan TABAH..
Tidak mudah memaafkan ketika kita DIBENCI dan DIHINA tapi ketahuilah dengan
KEMAAFAN itu, hati akan menjadi lebih ikhlas untuk mengharap
REDHA Ilahi.
Terkadang aku ingin mengintip takdirku agar hidupku lebih terencana. Tapi aku sedar,
Allah menyimpan takdir untuk kejutan.