Jangan pernah menangis lagi..


Tersenyumlah,walaupun hatimu sedikit terluka ataupun terlalu sedih..kerana senyumanmu itu walaupun bukan untuk sesiapa, tetapi nilainya cukup untuk membuatkan hatimu sedikit lega walau terpaksa...
Kita belajar untuk melepaskan seseorang yang amat bermakna di dalam hidup kita perlahan².. Dengan kekuatan yang ada, kita masih lagi mampu tersenyum indah menutup kesedihan di hati.. 
Kita belajar untuk hidup keseorangan namun kesepian itu kadang² membuatkan kita kosong di dalam meniti hari.. Namun apa yang kita tahu, dia tetap pernah bertahta di hati walaupun
 kita sedang memaksa diri belajar melupakannya. 
yakinlah dengan janji Allah, Dia telah menciptakan seorang yang terbaik untuk kita. 
Jangan pernah menangis lagi...
Apa pun yang berlaku..kita perlu kuat..
Bangkitlah menghadapi kenyataan..
Ramai yang menyayangi dan mencintai kita..
Tanpa kita pernah sedar.. :)