Sendiri itu perlu..

Ada satu masa..bila kita terlalu busy dengan dunia..
Kita nak masa menyendiri..
Jauh dari riuh orang ramai...
Dalam ruang dan dunia sendiri...

Asalnya aku rasa macam bosan..
Takut yang aku akan ketinggalan bila sendiri..
Tapi aku lupa..manusia tu ada berbilion..
Maka berbilion watak dan perangai yang akan kita jumpa..


Ada satu masa aku mungkin terlalu sentimental..
Sedang aku lupa..
Dalam ramai2 tu tak akan ada yang peduli..
Jika ada cuma segelintir..dan mungkin cuma seketika..
Satu tahap aku merasa mereka adalah segala yang ada..
Tapi aku lupa...aku cuma cebisan memori yang pernah ada
Dalam hidup mereka..

Dan bila ini terjadi..
Bila aku sendiri rasa lelah untuk cuma merasa rapat..
Bila aku penat nak tersenyum dengan sandiwara
Aku buat keputusan untuk menjauh..
Alang-alang aku dah jauh daripada semua..
Baik aku betul2 jauh...untuk seketika..mungkin
Untuk masa bersendirian..menyendiri..
Dan pandang semula..lihat dengan realiti..
Siapa yang ada disisi..
Yang sentiasa membuat aku tersenyum..


Aku pasti nanti bila berjumpa..
Tak akan ada yang sama..
Perbualan jadi tah yang apa2..
Sekarang pown dah mula ada jarak yang nyata..
Apatah lagi masa yang cemburu akan manusia..

Aku yang terlalu sensitif?
Atau aku yang terlalu mengada?
Mungkin aku tak punya yang macam mereka..
Aku cuma ada aku..
Yang selama ini berjalan atas kaca sendiri..
Menahan pedih tanpa ada yang mengetahui..

Ya...abaikan saja..
Itu sudah berlalu..
Dan kini.. kita mula hidup baru..

Smile, no matter what happens.. :)





Home Sweet Home

Uiishh..bersawang rasa blog ni..
Lama sangat aku tak update.. ingat nak tutup je blog ni..
Tapi rasa sayang pulak.. Mungkin sebab aku mula buat blog since 2011 lagi..

Alhamdulillah... Sekarang dah 5 bulan sejak bergelar ‘puan’ ni..
Rasa macam tak percaya sebenarnya...

Kali ni aku nak cerita pasal Home :)



Sejak2 dah acah dewasa ni...rindukan rumah tu wajib..hee
Aku lahir dan membesar dekat Kuala Selangor..
Aku mula jarang sangat dekat rumah lepas SPM..
Sambung belajar dekat Johor..

Lepas tu aku kerja dekat Shah Alam hampir setahun..
Then lepas aku kahwin.. Aku pindah utara..

Sejak kahwin dan kerja dekat utara ni..
Totally berubah.. Cuti aku dan suami berbeza..
So untuk aku jejak balik Selangor tu payah sikit..

Rindu?? Tipu laa kalau tak rindu..
Nak banding orang lain yang mungkin ada kat luar negara 10 tahun tu
Aku mungkin masih lagi macam orang cakap.. 

“Apa laa sangat kan..”
“Bukan jauh naw”

Tapi aku rasa lain.. Mungkin sebab adik beradik aku tak ramai..
Aku anak bongsu..
Family aku kecik... Parent aku dah tua..
So hati ni macam tisu sikit...haha 

Dah macam homesick aku rasa..
Tapi aku kena sedar yang aku bukan sorang sekarang..
Aku ada tanggungjawab..

Even sekarang.. Kalau aku terfikir pasal parent aku tetiba dah takde..
Dan aku bukan dekat dengan dyeorg..
Mesti aku akan menangis..
Aku tak boleh nak bayang.. Aku takkan pernah ready..
Even aku kena kuat dan kena ready untuk segala kemungkinan..

Aku banyak ‘busy’ kan diri.. sebab aku taknak terlebih fikir..
Even suami aku ada kat sisi..tapi mesti laa berbeza kan..

Sebab tu bila aku balik rumah aku...aku takkan pernah kisah pasal duit yang keluar
Takkan kisah rasa penat asalkan aku nampak family aku..
Sebab aku takkan tahu..
Berapa banyak lagi masa yang ada..
Untuk aku habiskan masa dengan mereka..

FAMILY IS WHERE LIFE BEGINS AND LOVE NEVER ENDS


Dari cik ke puan..

Alhamdulillah...syukur sgt2..
Sekarang ni dah dalam bulan ramadhan..
Dan dah masuk ramadhan yg ke 11..
Yang bestnya..kali ni..
Tahun ni aku bukan berpuasa bujang dahhh
Dah ada sorang lagi peneman.. ^^
Semua dah selesai..
Macam tak percaya dah tukar status..hee
Dah lama tak menaip..
Erm...bukan apa..
Sebab tak tw nak taip apa..
Jari ni rasa keras jee.
Macam dah tak ada idea..

Well i guess..
Bila dah nikah ni..
Everything change..Totally change..
Kalau dulu tak fikir orang lain (Selain family)

Sekarang dah ada tanggungjawab..
Dulu boleh lagi tak kisah nak makan apa..
Makan kat mana..sikit ke banyak ke..
But now...mesti akan fikir lagi sorang..
Siyes kalau dulu aku agak malas gak laa nak masak..
Almaklum laa..dah penat kje..balik2 terus bungkus makanan
Malas dh nak fikir masak2 ni..

Tapi sekarang hari2 menggagau cari resepi baru..haha
Dulu boleh laa nak lepak dgn member..
Keluar malam..lepak sana sini..
But since dh kawen ni..
En.Suami dah bawak jauh dari Shah Alam..
Mmg idok laa kuar jalan sgt..
Member pown tak ada...sob sobb...hee

Hidup ni rasanya 360 darjah gak laa berubah..
Tak laa teruk pown sebab..
Aku rasa sesiapa pown yg dah kawen..
Even sesukar mana pown hidup..
Jauh dari family n kawan2
Tapi...dah ada yg halal kt sisi..
Everything gonna be okeyh..

Bukan cuma okeyh...tapi betul2 complete..
Actually aku sendiri pown tak tahu am i ready or not..
alhamdulillah...ini jalan aku..dan Allah mudahkan segalanya..
"Nawaitu yang penting.. Kalau niat bukan kerana Allah..
Kita akan cepat kecundang.."

Terima kasih Encik Suami..
Sebab terima sy apa adanya..
I love you... ♥