Aku gadis itu..

sungguh hidayah itu milik Allah. 
ALLAH berfirman yang bermaksud: “Sesiapa yang Allah kehendaki mendapat hidayah nescaya dilapangkan dadanya untuk menerima Islam dan sesiapa yang dikehendaki sesat nescaya dijadikan dadanya sempit dan sesak seolah-seolah naik ke langit. Demikianlah Allah menimpakan kehinaan kepada orang yang tidak beriman.” (Surah al-An’am, ayat 125).
Lemahnya diri ini baru sikit Allah menguji sudah rebah tak mampu berdiri..  Ya Allah…Lemahnya diri ini.. Ku pohon kekuatan daripada-Mu Tuntunilah langkahku... Biar hanya mampu merangkak itu pasti lebih baik Daripada terus rebah dalam kaku.. Berikanku peluang Merentasi jalan yang Engkau redhai ... Ampunilah kekhilafan semalam Atas kejahilanku mengenal makna kasih sayang-Mu… Amin Ya Allah....
Kisah ku bermula apabila melihat seorang siswi yang sangat manis bertudung labuh, sejuk mata memandang. Dia masuk ke masjid melalui pintu utama muslimah, aku terpegun seketika
 Ya Allah, mungkinkah begini rupa bidadari syurgawi? 
Subhanallah. Terasa malu menyelinap dalam diri yang menutup 
aurat ala kadar sahaja.
Aku bukan ukhti bertudung labuh...jauh sekali ukhti memakai niqab..
Aku bukan pelajar bidang agama...bukan juga pelajar sekolah agama..
Aku seorang gadis biasa..yang pernah leka dengan keindahan duniawi..
Pernah tergelincir dari landasan yang diberi..
Dari satu fasa ke satu fasa yang aku lalui...aku mula sedar kembali..

Ya Allah,hati ini meronta-ronta ingin melangkah selangkah tapak lagi ke hadapan dalam menjaga diriku juga agamaMu. Ya Allah,permudahkanlah jalanku untuk mencapainya, Ya Allah,lembutkanlah hati mereka-mereka disekelilingku untuk menyokong keputusanku, Ya Allah,berikanlah kekuatan kepadaku untuk melaksanakannya, Ya Allah,bukakanlah jalan untuk ku merealisasikannya, Ya Allah,bantulah aku perbaiki kekurangan diriku untuk melayakkan diriku, Ya Allah,istiqamahkanlah aku dalam jalan agamaMu Ya Allah,perkenankanlah hajatku untuk berniqab Amin Ya Rabb...