Jarak tu bukan menghukum..tapi menjaga

“Beruntungnya jika seorang perempuan itu dinikahi oleh seorang lelaki
kerana lelaki itu ingin mendidik dan membimbingnya ke jalan yang diredhai Allah..
 Dia tak menikahi kerana ingin menakluki, dia sedar,
bahawa sebenarnya bukan dia yang memiliki, tapi hanya meminjam pinjaman Ilahi.
Dia tak menikahi kerana ingin menguasai, kerana dia sedar,
dia akan memikul tanggungjawab besar sebagai seorang suami.
Dinikahi kamu bukan semata-mata berbekal cinta,
bahkan bermatlamat untuk memperbaiki agama. beruntunglah kamu,
wahai wanita yang dimuliakan. Semoga Allah redha.”
Yaa ALLAH…aku merindukannya kerana-Mu Ya ALLAH..
Jauhkanlah aku dari perkara yang bisa membuat aku lupa kepada-Mu.. 
aku semakin mengerti bahwa jarak ini bukan untuk menghukumku..
Tapi Jarak ini untuk Menjaga aku dan dia.. 

 Dengan'Jarak'ini..aku dan dia berjanji untuk berubah menjadi lebih baik.. 
 Dengan jarak ini..aku dan dia berjanji untuk Memperbaiki cinta kepada Ilahi.. 
 Dengan jarak ini..aku dan dia berjanji untuk Mencintai Pencipta kami lebih dari segalanya.. 
 Dengan jarak ini..aku dan dia berjanji untuk mendalami ajaran agama ini.. 
 Dan dengan jarak ini juga..aku dan dia yakin andai tiba saatnya nanti..
aku dan dia akan lebih siap untuk melayari semua ini dengan jalan yang diridhai.. 

Syukur Ya ALLAH…Kerana memberi peluang kepadaku melalui jalan-Mu ini.. 
 Syukur Yaa Rabbi..Kerana memberikan jarak itu kepada aku dan dia.. 

 Ya ALLAH….Sekiranya dia baik untuk dunia dan akhiratku, 
maka dekatkanlah dan satukanlah aku dengannya….
Tapi­sekiranya dia buruk untuk dunia dan akhiratku…Maka jauhkanlah aku darinya…
Dan dekatkanlah yang menurut-MU baik, dan aku butuhkan walau bukan yang aku inginkan...

Aamiin ya Rabbal'alamin..