Sedar tak??...wanita sangat istimewa. :)

Hye readers ! ! Ape khabar u all semua :)
Hari ni nana nak share tentang keistimewaan seorang wanita.
Tanpa kita sedar sama ada kita nak mengaku atau tidak..
Lelaki dan perempuan diciptakan untuk saling melengkapi.
Kenapa ramai yg cakap perempuan/waniita/gadis tu lemah??
Sebab kami ni suka menangis?? merajuk?? atau apa??


Wahai Tuhan, mengapa wanita sering menangis?

Jawabnya:

Kerana wanita itu unik.
Aku ciptakannya sebagai makhluk istimewa,
Ku kuatkan bahunya untuk menjaga anak-anaknya,
Ku lembutkan hatinya untuk memberi rasa aman,
Ku kuatkan rahimnya untuk menyimpan benih manusia,
Ku teguhkan peribadinya untuk terus berjuang pada saat yang lain menyerah,
Ku berikannya naluri untuk mencintai anak-anak dalam apa jua keadaan sekalipun,
Ku kuatkan batinnya untuk tetap menyayangi walau dikhianati oleh teman,
Walau disakiti oleh “orang” yang dia sayangi..
Wanita makhluk kuat,
Tetapi jika satu saat dia menangis itu kerana Ku berikannya air mata untuk membasuh luka batin dan memberi kekuatan baru.

“WANITA itu ISTIMEWA” 

Perempuan itu diciptakan oleh Allah S.W.T indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. 

Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin boleh buat lelaki lemah disebabkan dia. 

Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana perempuan/ wanita/gadis yang akan buat hidup lelaki sempurna. Sama ada kowg nak mengaku atau tidak.

Tapi, Apa guna berwajah cantik,
Jika pekerti kurang menarik,
Tutur kata kurang cerdik,
Tingkah laku kurang molek,
Akal dan minda sangatlah pendek,
Mulut bagai itik,
Musuh diherdik,
Kawan dicamdik,
Kerana menganggap dirinya yang TERBAIK....

credit to : wanita istimewa


So pesanan dari nana, "fikirlah sendiri yer,,, ^^"