Seandainya dia tercatat untukku :)


Allah menguji kita dengan sesuatu yang sangat kita sayang,
kita diberi cubaan dengan kehilangan,

Allah menguji kita dengan sebuah impian yang amat kita harapkan,
kita terduduk berlinang airmata saat impian kecundang,

Sesungguhnya Dia lah pemberi segala, kerana segalanya kepunyaanNya.

Saat ditariknya nikmat yang ada, Dia sedang mengaturkan untukmu sesuatu yang lebih berharga..

Akan tiba saatnya, di mana kita harus BERHENTI MENCINTAI SESEORANG..bukan kerana kita PUTUS ASA untuk mencintainya tetapi kerana kita MENYEDARI bahawa ada insan lain yang lebih mencintainya dan kita merasakan bahawa insan yang kita cintai itu akan 
LEBIH BAHAGIA apabila kita MELEPASKANNYA..


Terkadang aku ingin mengintip takdirku agar hidupku lebih terencana.
Tapi aku sedar, Allah menyimpan takdir untuk kejutan. :)