New journey

-A journey of a thousand miles begins with a single step-


Dah lama nak cerita sebenarnya. Tapi baru sekarang ada masa nak menaip..
Alhamdulillah..keputusan SPM aku not bad...haha
Dan mungkin bukan rezeki aku untuk masuk universiti kowt.
Tapi aku dapat tawaran melanjutkan pelajaran dekat politeknik.

Bagi aku...tak ada masalah..
Sebab aku dapat bidang yang aku nak..
Alhamdulillah..insyaAllah another 3 years dapat laa
Dip In Graphic Design dalam tangan...ecehh..hee

Aku orang selangor..dan aku dapat tawaran ni belajar dekat
Politeknik Johor Bharu (PJB)
Jauhnya kann..merantau laa aku..
Selama ni tak pernah jauh dari rumah..
Ini kira first time laa kononnya..
Setakat ni alhamdulillah takde homesick okeyhh..

Nak cerita sikit masa aku masuk poli..
1st semester kena stay hostel kan..
Kalau ikutkan patutnya aku akan dapat roomate dengan satu fakulti aku
Jabatan Rekabentuk dan Seni Visual (JRKV)
Tah macam mana aku tercampak dapat geng roomate jabatan mekanikal.. (JKM)
Fuhh..menapak gak laa kau kalau nak pergi kelas dengan member..
Tapi bila fikir balik..mesti ada sebab kenapa aku dapat roomate dengan dia.. (Tinan)

Lagipun jujur aku cakap.. masa ni aku bukan jenis yg sosial..
Susah sikit nak rapat dengan orang
So kalau pergi kelas aku lagi suka pergi sorang2..
Masa ni aku takde member rapat..
Time ni aku rapat dengan senior atas..
Pelik kan..haha


Haa ini masa salah satu final project buat rumah limas..
Time ni aku dah mula kenal dan rapat dan mula dah ada geng..
Cer teka aku mana...haha




No comments:

Post a Comment