Adakalanya kita perlu menangis..





Adakalanya kita perlu menangis 
agar kita tahu hidup ini bukan sekadar untuk kita ketawa..
Adakalanya kita perlu ketawa 
agar kita tahu mahalnya nilai air mata..
Syukurlah andainya ada yg menyakitimu..
Kerna dia mengajar mu erti tabah..
Syukurlah kiranya ada yg tidak mempeduli mu..
Kerna dia mengajar mu erti berdikari..
Syukurlah jika ada yang menjatuhkanmu..
Kerna dia menghebatkan mu untuk terus bangun lagi..
Syukurlah ada yg menyeksa dan meyakiti mu..
Kerna dia mengajar kamu erti kesabaran n ketabahan..

Cinta??..kdg kala kita sendiri tak sedar..yg kita sedang dlm cinta..  Jika ia sebuah cinta..ia akan terus bergetar..tanpa kira waktu dan detik..ia akan buta namun akan dapat melihat dan merasa...ia takkan memaksa namun akan terus berusaha..

Ia tidak cantik namun akan sentiasa menarik.. Ia tidak datang dgn kata2 tapi akn hadir dgn hati..Ia tidak terucap dgn kata namun hadir dgn sinaran mata.. Ia mungkin tak suci tapi sentiasa harmoni.. Ia tidak hadir kerana permintaan tapi dgn ketentuan.. Ia tidak hadir dengan kekayaan dan kebendaan..tapi akan hadir kerna pengorbanan dan kesetiaan. 

Orang boleh buta kerana cinta..setiap cinta ada pengorbanan yg mengajar kita erti kedewasaan. Cinta bukan lemah..ia membangkitkan semangat.. Kadang2 kita tak sedar kenapa kita sanggup lukakan hati sendiri demi cinta..Kadang2 kita tak sedar yg kita dah hilang akal kerana sanggup berkorban demi cinta.

Cinta tu menyakitkan..adakala kita perlu menangis kernanya..
Tapi kita tetap dgn cinta..