Ego menguasai diri


Aku tidak mahu menjerit bagi satu dunia tahu...
Cukup aku bisik kamu sebab kau dunia aku..


Ego itu datang tanpa aku mengawal,,
Tanpa aku sedar, aku tetap dengan pendirian.
Aku tahu kesannya dalam..
Keras kepala menguasai diri..
Dan kau yang rasa kesakitannya..

Bila jadi begini...
Salah itu datangnya dari aku..
Tapi aku yang buat tak tahu
Ambil jalan mudah..
Malas nak berfikir,,
Sedang kau mengharap keajaiban..
Untuk aku turunkan ego..

Sedang aku???


Aku penat bermain kata..
Sampai ketika aku berhenti..
Dari meluahkan apa aku rasa...
Dan aku hanya mampu tutup dengan senyuman
Tanpa perlu ungkap apa yang aku fikirkan..

Ego dan terus ego..
Sendiri tak mengerti kenapa hati ini
Masih melawan kata hati
Melukai yang ada disisi..


Takut mula melangkah pergi
Tinggalkan apa yang ada disisi
Adakah itu perlu??
Sejauh mana mampu bertahan?
Adakah sama seperti dahulu??


Maaf aku ego..
Maaf kerana kau terpaksa menerima

Maaf atas segala yang terjadi..
Aku hanya mampu kata maaf







No comments:

Post a Comment