Kalian turun berjuang berhadapan peluru, bom dan gas pemedih mata.
2. Ketika kami sibuk membincangkan kualiti padang;
Kalian berhimpun menuntut keadilan dengan Al- Quran sebagai 'pedang'.
3. Ketika kami marah akan kecederaan Messi;
Kalian tercari-cari apa terjadi kepada Dr Morsi.
4. Ketika media dan peminat marah akan FC Barcelona;
Rakyat dan media kalian bersabung nyawa demi menyebarkan kebenaran di sana.
5. Ketika kami membincangkan surau yang tiada jemaah;
Masjid kalian penuh, sehingga Medan dipenuhi khemah.
6. Ketika kami merobohkan surau kerana perbuatan khianat; Masjid kalian musnah dibakar si laknat.
7. Ketika isteri di sini dipukul suami yang bebal;
Anak isteri kalian di sana mati ditembak, dizalimi, diseksa dan digilis kereta kebal.
8. Ketika kami di sini berAidilfitri gah dan meriah;
Kalian di sana berdiri megah syahid di Medan Rabiatul Adawiyah.
9. Ketika kami di sini mempersoalkan ulama' bersunnah;
10. Ketika Muslimah kami mempersoalkan tokoh ilmuwan Islam beristeri dua;
samada muda atau tua.
11. Ketika mufti kami baru mengeluarkan fatwa HARAM sertai pertandingan ratu cantik;
Ulama' kalian berfatwa mempertahankan dataran itu adalah wajib,
12. Ketika pemimpin kami bertweeter akan rumah terbuka;
Pemimpin kalian menyimpul kata, mengajak berjuang tanpa leka.
13. Ketika lebuhraya kami menjadi medan maut yang amat pahit;
14. Ketika kami berjuang melalui facebook dan twitter dengan sambil lewa;
15. Kalian menggunakan semua medium bagi menegakkan keamanan, menuntut keadilan pelbagai cara;
16. Namun, masih ada segelintir di kalangan kami yang sentiasa berdoa akan kemenangan kamu di sana; Walaupun amat sedikit, inilah sumbangan termampu kami bersama saudara seIslam yang tidak terlena.
17. Bersabarlah wahai para pejuang Islam, kerana bagi yang syahid syurgalah ganjarannya;
~ pembaca ~
Bismillahirahmanirrahim... Ya Allah Engkau hancurkan kesatuan mereka yg telah mengkhianati hambaMu sndri, turunkanlah bala kepada kerajaan haram Mesir hari ini, berikanlah laknatMu kepada General Abd Fattah As-Sisi sepertimana Engkau berikan kepada Kamal Artartuk dahulu. Ya Allah lindungilah saudara2 kami yg dizalimi, berikanlah syahidMu kepada mereka yang dibunuh. Amin Ya Allah ...