Rasa sendiri

Dah masuk 2016!!!
Perghhh...aku rasa macam baru semalam sambut tahun baru..
Ni dah ujung bulan dah..
Tahun ni banyak perancangan besar..
Fasa demi fasa yang akan aku lalui..
Dan...satu demi satu akan aku tinggalkan..

Peristiwa yang buat aku terpanggil nak menaip hari ni..
Bila mana aku balik kerja..
Aku tengok satu group student..
Yee student..

Aku rindu nak study sebenarnya..
Rindu...sangat rindu..
Tapi untuk sambung study tu...
Buat aku berfikir 1001 kali..
Entah la...

Sama ada aku rindu untuk study..
Untuk rasa suasana study..
Atau....aku rindu zaman aku study dulu..
Rasanya aku rindu semua tu..



Dalam rasa excited... banyak yang aku rasa macam.
Terkilan...or.. Entah laa..

Perasaan bila mana...
Aku rasa 'sendiri'..






Penutup 2015


Tinggal beberapa jam je lagi...
Dah nak melangkah ke tahun baru..
Waaa...seyes rasa kejap sangat...
Terlalu cepat masa berlalu..


Rasa macam baru semalam habis study..
Tup tup dah setahun kerja..
Alhamdulillah..
Setakat ni..banyak yang aku belajar...
Dalam hidup..
Mungkin tak seberapa..
But still...sangat berharga..


Betul orang cakap...
Tak kenal maka tak cinta..
Tak kenal jangan nak judge semata mata..

Sebab aku suka kenal orang yang tah sape,,
Suka nak tahu kehidupan diaorang yang macam mana..
Buat aku memilih diam dari banyak kata..
Bila dah kenal orang pelbagai latar belakang
Yang bukan lagi sebaya..
Yang kisah hidupnya tak sesempurna bagai yang kita bayang
Aku jadi mula berhati-hati bila bicara...

Aku diam dan memerhati..
Lihat pada suatu yang tak nampak dimata..
Betul...jangan judge someone dari yang nyata..
Jangan menilai dari apa yang orang kata..
Tapi kenal rapatlah...maka kita akan lebih mengerti yang dihadapi..



Jujurnya memang apa yang aku bayang..
Tak sama dengan apa yang aku lihat..

Ada yang suka melakar senyuman..
Tapi hakikatnya menangung segala kesulitan..
Ada yang aku kenal baik dari perwatakannya..
Hakikatnya semua indah khabar dari rupa..
Juga yang aku kenal..
Mungkin orang akan nilai buruknya perangai
Tapi sebaliknya..mereka adalah yang lebih menghargai
Erti sebuah kehidupan..

Ohh yee..aku bukan tuju pada seorang manusia
Yang mungkin terasa dengan apa aku tuliskan..
Tapi pada semua yang pernah ada..
Walau seketika hadir dalam kehidupan..

Seronok kenal orang pelbagai ragam..
Aku suka dengar cerita dari semua orang..
Sebab tak ada atas muka bumi ni..
Yang hidupnya nak jadi seorang pencuri..
Yang ingin menjadi kejam tak bertempat..
Semua ada masa silam..
Masa silam yang menjadikan siapa kita sekarang

Tapi...
Tak boleh salahkan semua pada yang dah lepas..
Dalam hati manusia tu..sejahat mana pun dia..
Mesti ada sekelumit perasaan ingin berubah..
Aku doakan yang terbaik buat semua..



Semoga tahun baru 2016 ni..
Menjadikan kita semua lebih baik dari yang sebelumnya..
Aaminn..

Stay Strong dan Bersyukurlah.. :)

Selamat Tahun Baru Semua... ^^



Kehilangan

Sayu jee rasa tengok timeline facebook akhir2 ni..
Tentang kehilangan..

Aku tak tahu apa rasanya kehilangan..
Boleh rasa akan ada satu kekosongan
Bila orang yang kita sayang...dah tak ada..
Mungkin aku tak pernah rasa..
Dan mungkin aku tak pernah ready..

Aku tahu tak akan boleh lari dari rasa itu semua..
Tapi bila sampai masanya..
Entah aku mampu bangun berdiri sendiri atau tidak..

Aku cuba bayangkan..
Dan aku rasa tak mampu nak teruskan..
Kehilangan mengajar kita erti kekuatan..
Aku tak tahu adakah aku bersedia..
Kehilangan buat selamanya tu berbeza.

Bila rindu tak mampu nak bertemu..
Bila memerlukan...tak dapat nak rasakan kehadiran..

Hilang tu kadang boleh merapatkan..
Ada juga yang menjauhkan..
Antara satu dengan yang lain..

Semoga Allah SWT memberkati kita semua..
Yang hidup dan yang telah meninggal dunia..
Innalillahiwainnailahirajiun...