I wish someday..


Siapa kita tuk menidakkan perasaan yang hadir??
Bukan ke ia adalah satu fitrah??
Sekali lagi aku berada di persimpangan dilema..
Penat rasanya..lelah.. Bukan mudah..
Kita manusia lemah..banyak kurangnya
Tak ada yang sempurna..

Nak puaskan hati semua pihak susah..
Nak jaga hati apatah lagi..
Akhir sekali diri sendiri yang sakit hati... 
Ahh dunia.. kejam dengan realiti..
Banyak kebenaran terselindung..

Aku sendiri?? Mungkin banyak lakonannya..
Terlalu banyak.sekadar menutup tah apa yang ada..
Kalau aku pergi macam tu je?? Bukan ke bagai lari dari masalah??
Aku sendiri rasa tak guna..

Rasa bagai ada batu yang jatuh bertimpa (err,,betul ke??)
Balik pada tadi.. yee..andai rasa tak mampu lagi..
Biarlah diri dibawa pergi..pergi jauh2..
Aku pown muda lagi.. (walau tk la muda sgt..)
Dunia dunia...kejamnya pentas dunia ni..


Kita selalu senyum..tuk tutup luka kat hati tu..
Rasa pura-pura kan.. even otak asyik cakap... "move on laa."
Hati pulak memberontak.. "ingat senang??"
Otak kata pergi...hati kata nanti..
Kalau aku boleh putar balik waktu ni..

Hah!!! Semua tu "KALAU"
kalau aku boleh..
kalau aku mampu...
Sedangkan hakikatnya..realiti hidup ni...
"Masa" tu tak leh nak putar balik,,

Someone cuba kuatkan aku..
Walau 'dia' tak tahu apa yang terjadi..
Walau tak mengerti kebenaran yang aku sembunyi..
'Dia' masih ada saat aku tak mampu nak bangun lagi..
Dah tak mampu nak hadapi realiti..
Even aku rasa 'dia' takkan lama disisi..
Lebih-lebih lagi bila tahu siapa aku ni nanti..

Kejam kejam...dunia sgt kejam..
Aku sendiri tewas melawan kata hati...
Aku sendiri terlalu takut berdepan realiti...
Terlalu takut..sampai aku merelakan apa yang jadi..
Mungkin melepaskan apa yang aku sayangi..

Kalau selama ni aku mampu hadapi sendiri..
Apa salahnya teruskan macam ni..
Bukan susah pown..
Aku cuma perlu bertahan tuk beberapa ketika lagi..

Aku nak lepas bebas berlari..
Dah penat rasanya nak makan hati..
Biarlah apa impian dan angan-angan aku lepaskan..

Ya Allah..sungguh kau tahu betapa hinanya aku..
Sungguh aku lemah sujud dihadapanMu..
Walau aku senyum menutup luka yang ada..
Mungkin ada satu saat nanti aku akan korbankan sendiri rasa hati..
Terlalu banyak rahsia yg aku simpan..
Mungkin akan ada yang terluka..
Aku cuma tunggu masa... lepaskan apa yang ada..

Dunia dunia..
Sungguh realiti yang berlaku atas dunia ni sangat kejam
Sandiwara yang tak pernah sudah..
Kita yang buta...

Bila dugaan terlalu menekan. Akhirnya kita sedar di sisi kita cuma ada Allah.... 
Yang mengerti dan setia pada setiap luahan perasaan.
Yeee...apa yang berlaku ada hikmahnya..
Sungguh..yakin lah..

Sekarang antara dua pilihan..
Ada pro dan kontra...
Ada baik dan ada buruknya...
Tak mampu nak memilih
dan aku biar masa yang tentukan..








Rindu yang tak berpenghujung


Tarikkkk nafass....hembuss...
Tarikkk...hembuss...

Alhamdulillah... rasa lega...rasa macam batu yg berat tu dah kena alih dari bahu..
Tapi...'batu' tu akn datang balik... =_=

Sekarang aku nga cuti..even tak lama..
Walau cuma seketika..
Tapi aku rasa sangat bersyukur..

Aku balik kampung...tuk bertemu dgn yg tercinta..
Tapi awal-awal lagi aku dah call mak..

"Mak....nak balik ni..de masak apa-apa tak??" hihi
*senyum

Aku tahu mak bekerja..mesti penat..
Tapi masih juga aku meminta..
Bukan apa...tapi kerana rasa rindu yang tak tahan..

Mungkin aku tak bisa nak merasakan air tangan mak aku lagi..
Mungkin juga ini yang terakhir aku menemui yang aku cinta..
Bukan demand yang sengaja...
Tapi aku rasa lega..
Cukup mengubati rasa pening dikepala..
Oleh sebab kerja mengejar duit dunia..

Engkau tahu..aku rindu..
Rindu yang tak berpenghujung..

Aku mungkin bukan anak yang baik dan sempurna...
Tapi cukup untuk aku mampu buat mereka tersenyum gembira..
Walau aku bukan anak yang ada segalanya..
Tapi akan aku buat segalanya untuk mereka..

Kadang terfikir nak lepaskan segala yang ada..
Untuk berada disisi mereka..
Untuk sentiasa ada bila aku diperlukan..
Kerana aku sendiri tak sanggup nak berseorangan..

Tapi aku tahu...hidup perlu diteruskan..
Masa akan terus berjalan..
Dan aku perlu bertahan...





JODOH


Tengok orang nikah muda..

*pause

Cemburu??
Tipu kalau tak ada perasaan tu...
Seronok bercinta lepas nikah.
Sebab dah halal...

Tapi bukan ke aturan Allah itu lebih sempurna..
Ada sebab kenapa dan mengapa..
Contohnya hidup aku sendiri..

Kenapa yee.. aku tak nikah muda.. (gatai ni..)
Mesti ada hikmah disebaliknya..
Mungkin Allah SWT tahu aku belum bersedia..
Mungkin aku dan 'dia' belum masanya berjumpa..
Mungkin...ermm...mungkin...
Banyak mungkin..
Kalau asyik fikir tentang mungkin..tah sampai bila..

Aku sering terfikir..
Macam mana orang bercinta..
Yang cintanya bilamana putus...
Boleh bawa jadi gila..

Dan aku juga bercinta..
Cuma aku tak meletak harapan meninggi..
Jodoh tu yang dah memang tertulis...

Andai 'dia' bukan untuk aku...
Akan ada penggantinya..
Dan buat jodoh aku  yang tah ada kat mana..
Semoga sentiasa dilindungi olehNya..

Tapi tak semua berjodoh..
Ada yang berjodoh dengan 'kematian
Mungkin aku salah seorangnya..