Teguran buat yg bernama PEREMPUAN


Teguran buat yang bernama perempuan. 
Berat untuk diluahkan. 
Tetapi, kenyataan memang memedihkan. 

Kata ustaz, Jika benarlah nak ikut tepat-tepat cara Islam. 
Betul-betul nak ikut garis panduan. 
Betul-betul nak patuh syariah. 
Tidak akan adalah gambar-gambar perempuan 
letak gambarnya sendiri untuk tontonan di laman sosial. 

Mungkin dia baik. 
Mungkin dia muslimah. 
Mungkin dia tiada perangai. 
Tetapi dalam masa yang sama. 
Maaf. Dia juga menjadi agen-agen syaitan. 
Membantu merosakkan hati yang memerhati. 

Lelaki yang mempunyai penyakit dalam hati. 
Yang menonton gambar-gambarnya. 
Yang bertukar-tukar gaya setiap ketika. 

"Adakah rela wanita yang punya harga diri 
menjadi objek bagi lelaki lain yang bukan suaminya, 
menunaikan nafsu mereka dan berlazat-lazat 
dengan dirinya dalam apa jua cara ?

 Maka, seorang muslimah yang bermaruah hendaklah berhati- hati.
" Kita sudah pun di akhir zaman. Ustazah pun tidak dapat 
lagi dijadikan panduan cara berpakaian. 
Selebriti artis model hijab pun entah lulus syariah 
atau tidak gambar dan posternya. 

Saya faham, saya faham. 
Pasti ramai tak boleh terima, 
"Itu tak boleh, ini tak boleh !" 
"Apa ni Islam macam ni !" 
"Keras gila kot agama Islam !"
"Perempuan je kena, lelaki ?!" 

Ada hikmah bila teguran itu datang dari agama sendiri. 
Tak percaya ? Cubalah seminggu. 
Privatekan semua gambar. 

Rekod: 
● Ada orang ganggu tak ? 
● Ada lelaki mengurat tak ?
 ● Ada puji-pujian liar tak ? 
● Hati lebih tenang atau tak ? 

Atau. Kita sebenarnya tidak boleh hidup tanpa pujian ? 
Kita sendiri yang inginkan perhatian ? 
Letak atau tidak, Semua atas tinggi rendah taqwa. 
Taqwa anda di level berapa. 
Itulah yang menentukan prinsip dan maruah diri anda.





Kita ada Allah.. :')


Saat kita tersasar,
Hati tak akan pernah merasa tenang .
Ketika itu apa yang kau mahu hanya sebuah jawapan .
Kembali kepada Allah . Itulah penyelesaian .

Tapi , Kenapa ?


Sebab....


Kita perlukan Allah . Lebih daripada kita perlukan udara .
Kalau hidup tanpa Allah . Apalah guna hidup ni .
Hati akan mati . Hidup hilang erti .
Tanpa-Nya ,
Kita hilang arah . Lost . Sentiasa resah , gelisah dan serba tak kena ..

Jiwa terasa kosong .

Kosong .

Sekalipun punya nama ,
Rupa . Harta berlimpah ruah .
Jangan letih . Untuk terus merintih .
Jangan jemu . Jemu untuk terus merayu .
Pada saat yang sangat genting . Bisikkan pada hati . :)


"Allah tu hampir" ^_^

Apabila bersendirian , Jangan kau katakan .

"Forever alone"
"Aku sunyi "


Sebaliknya . Bisik dalam hati .


"Allah sentiasa ada"
"Padaku sentiasa ada Pemerhati"


Allah jualah Pemerhati . Yang sentiasa di sisi kita . Tak kira dimana jua aku , kau , mereka berada .
Allah selalu ada .
Moga bermanfaat .Renungan bersama .






Allah sedang berbicara ttg SABAR dan IKHLAS


Fuuhh...bersawang dah blog aku ni..
Al maklum laa..bz mengalahkan ketua negara..hee
Akhir2 ni kita sendiri dengar perkhabaran yg agak mendukacitakan..
Lebih2 lagi berkenaan dgn negara kita sendiri..

Sungguh Allah menguji setiap hambaNya..
Satu2 ujian datang menimpa kita semua..
Hendak atau tak...kita kena laa lalui..
InsyaAllah.. telah Allah tetapkan jalan penyelesaiannya..
cuma kadang kita yg tak nampak..
Leka atau??? Hurmmm..

*Pause

Bukan sengaja Allah meletakkan kita pada satu keadaan..
Atau kesulitan..yang kita rasa tak sanggup tuk hadapi..
Sungguh dari situ Allah sedang mengajar kita erti redha..syukur dan sebagainya..

*Pause
“Allah sedang berbicara denganmu Fahri….Allah sedang mengingatkanmu untuk tidak sombong.”
“Apa salah saya pada Allah?!”
“Istighfar Fahri....istighfar...”
“Ingat lagi apa yang kamu lakukan selama ini? Tidakkah kau sombong, Fahri? Kau merasa paling benar....kau merasa paling suci...bahkan di hadapan isterimu sendiri...”
“Ingat...kisah Yusuf a.s. dan Zulaikha...Zulaikha menuduh Yusuf telah memperkosanya...padahal dia sendiri yang tidak tahan dengan ketampanan Yusuf...”

“Fitnah! Itu semua Fitnah, Fahri.”

“Zulaikha memfitnah Yusuf memperkosa dia hingga Yusuf dipenjara.”

“Yusuf tahu Allah sedang berbicara kepadanya.”

“Kau mahu tahu apa yang dikatakan Yusuf?”

“Kau mahu tahu apa yang dikatakan Yusuf?!”

Kata Yusuf: “Ya Allah! Jika memang kehidupan di penjara lebih bererti bagiku daripada dunia luar, maka aku lebih memilih tinggal di penjara tapi dekat denganMU...daripada aku hidup bersama manusia pendusta!”

“ALLAH SEDANG BERBICARA KEPADAMU TENTANG SABAR DAN IKHLAS...”

-petikan dari filem "Ayat-Ayat Cinta-


Mungkin kita yang terlupa
Atau terlalu lena dihanyut mimpi..
Terlalu mengejar bintang yang tak pasti..
Hingga kita lupa..yee kita lupa...!!!

*Pause

Semua yang terjadi ada sebabnya..
Ada hikmah yang tersembunyi..