Mata yang berkaca..



Mata siapa yang tak pernah menangis..
Hati siapa yang tak pernah sakit..
Dalam kita melangkah..pasti akan ada saatnya terjatuh..
Pasti ada saatnya kita terhenti.,,
Henti pada satu jawapan yang tak pasti...


Dia gadis biasa. Dia bukan gadis yang cantik. 
Dia tidak sesolehah yang lain. Dia akui dia tidak sempurna. 
Dia bukan seorang Hafizah, dan seringkali lalai dalam agama.
Dia tampak kuat,,,,tapi hatinya lemah
 Dalam tangisannya, hatinya kuat berkata : 
"Hidup bukan untuk membuatkan orang suka, kerana redha Allah bukan milik manusia." 

 Dia mengesat perlahan pipinya. Bangkit melangkah laju. "Aku hanyalah gadis biasa, tidak mungkin akan sempurna. Tapi aku mahu menjadi hebat di mata Dia." :')

Sungguh aku cuma seorang biasa..
Yang masih berjalan mencari redha Illahi..
Kadang manusia sering menilai seseorang dari kisah lalu..
Bukan kah kisah lepas tak perlu diulang??
Ohh yee...manusia..
Tak pernah lari dari menilai sesuatu yang lepas..

Pernah aku berdiri di salah satu sudut dunia..
Dimana aku cuba untuk mengembalikan kekuatan...
Cuba berjalan pergi dari sesuatu keadaan..
Bukan lari...bukan pergi...
Cuma masa diperlukan..
Kdg aku sengaja mendiamkan diri..
Menutup segala kesibukan duniawi..

Ya Allah, jangan sampai hatiku dipenuhi perasaan benci dan dendam. Kuatkanlah hatiku untuk memaafkan sesiapa sahaja yg membuatku terluka atau menangis..

Aku diam bukan bermakna aku kalah...tapi kadangkala diam itu lebih baik,,









Beza "kita" disini dan "mereka" disana...


Dipetik dari Luqman NurHakim 

1. Ketika kami hanya berjuang di papan kekunci, hadapan skrin hanya melalui kata-kata;
Kalian turun berjuang berhadapan peluru, bom dan gas pemedih mata.

2. Ketika kami sibuk membincangkan kualiti padang;
Kalian berhimpun menuntut keadilan dengan Al- Quran sebagai 'pedang'.

3. Ketika kami marah akan kecederaan Messi;
Kalian tercari-cari apa terjadi kepada Dr Morsi.

4. Ketika media dan peminat marah akan FC Barcelona;
Rakyat dan media kalian bersabung nyawa demi menyebarkan kebenaran di sana.

5. Ketika kami membincangkan surau yang tiada jemaah;
Masjid kalian penuh, sehingga Medan dipenuhi khemah.

6. Ketika kami merobohkan surau kerana perbuatan khianat; Masjid kalian musnah dibakar si laknat.

7. Ketika isteri di sini dipukul suami yang bebal;
Anak isteri kalian di sana mati ditembak, dizalimi, diseksa dan digilis kereta kebal.

8. Ketika kami di sini berAidilfitri gah dan meriah;
Kalian di sana berdiri megah syahid di Medan Rabiatul Adawiyah.

9. Ketika kami di sini mempersoalkan ulama' bersunnah;
 Kalian di sana menentang hujah ulama' yang punah.

10. Ketika Muslimah kami mempersoalkan tokoh ilmuwan Islam beristeri dua; 
Muslimah kalian meyokong suami dan anak menuntut keadilan
samada muda atau tua.

11. Ketika mufti kami baru mengeluarkan fatwa HARAM sertai pertandingan ratu cantik;
Ulama' kalian berfatwa mempertahankan dataran itu adalah wajib, 
lebih baik dari beri'tikaf di masjid tanpa pengaruh politik.

12. Ketika pemimpin kami bertweeter akan rumah terbuka;
Pemimpin kalian menyimpul kata, mengajak berjuang tanpa leka.

13. Ketika lebuhraya kami menjadi medan maut yang amat pahit; 
Masjid, burung, udara dan segala-gala di Medan Rabiautul Adawiyah menjadi saksi syahid.

14. Ketika kami berjuang melalui facebook dan twitter dengan sambil lewa; 
Kalian berjuang berhabis keringat, wang, makanan, dan nyawa.

15. Kalian menggunakan semua medium bagi menegakkan keamanan, menuntut keadilan pelbagai cara; 
Sedangkan kami leka diulit mimpi lena..

16. Namun, masih ada segelintir di kalangan kami yang sentiasa berdoa akan kemenangan kamu di sana; Walaupun amat sedikit, inilah sumbangan termampu kami bersama saudara seIslam yang tidak terlena.

17. Bersabarlah wahai para pejuang Islam, kerana bagi yang syahid syurgalah ganjarannya;
 Manakala kami di sini masih tercari-cari akan jalannya.

~ pembaca ~



Tadahkan tangan....ikhlaskan doa...
Bismillahirahmanirrahim...

Ya Allah Engkau hancurkan kesatuan mereka yg telah mengkhianati hambaMu sndri, 
turunkanlah bala kepada kerajaan haram Mesir hari ini, berikanlah laknatMu kepada 
General Abd Fattah As-Sisi sepertimana Engkau berikan kepada Kamal Artartuk dahulu. Ya Allah lindungilah saudara2 kami yg dizalimi, berikanlah syahidMu kepada mereka yang dibunuh.
 Amin Ya Allah ...




Sesuai ke kahwin muda???


TULISAN : Aidil Sahipaludin ( Pakar diari hati)

Oh, sebenarnya saya mahu share sesuatu dari lecturer yang saya hormati. 
Dalam kelas tadi, ada seorang sahabat bertanya,

"Doktor rasa sesuai tak kahwin muda masa tengah belajar?"

Jawapan Doktor sangat menarik bagi saya.

"Kalau saya ada anak perempuan yang minta kahwin masa belajar, akhlaknya bagus, pengurusan dirinya 
tersusun, hubungan dengan Allah terjaga, saya akan kahwinkan dia terus. 
Lebih lagi kalau satu kelas atau satu universiti. Tapi kalau anak perempuan saya yang minta nak kahwin tu, hidupnya dengan TV, akhlaknya entah kemana,solatnya di hujung waktu, tentu saya tak bagi."

"Why?" soal saya dalam hati. Kemudian hati saya jawab kembali, "Yelah. Tak bersedia la tu."

Tapi jawapan Doktor cukup berbeza.

"Kalau anak perempuan saya tu, akhlak tak jaga dan saya bagi dia kahwin. What do you expect from her husband? A very good husband? Sedang janji Allah lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik. Anak perempuan saya belum cukup baik,saya bimbang dia bawa balik calon yang juga tidak baik."

Jawapan yang ringkas,tapi bermakna buat yang ingin bermuhasabah diri.
Saya suka pendekatan Dr Ridhwan.

Antara tip lain yang saya berjaya kaut adalah pesanan Dr pada kami.

"Lepas ni bila u all kahwin, ada isteri/suami, then suami/isteri u all buat masalah/sakit.. Benda pertama yang u all kena buat adalah solat taubat. Sebab dosa kita,boleh jadi sebab isteri/suami/anak jadi nakal, tak dengar orang dan sebagainya"

Reflecting. It is the concept. 
Sebelum kita nak tuduh orang lain salah,kita tengok diri kita sendiri dulu bagaimana. 
Terbaik tips Dr!