CERPEN : Mata siapa yg tidak pernah menangis.


Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu dan menyebarkan risalah bertajuk "Jalan-jalan Syurga" dan beberapa karya Islamik yang lain. 

Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun. 

Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan seraya berkata "Ayah! Saya dah bersedia" 

Ayahnya terkejut dan berkata "Bersedia untuk apa?". "Ayah bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah" 

"Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat" 

"Ayah, bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun" 

Ayahnya menambah "Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca sebegini" 

Dengan merintih anaknya merayu "Benarkan saya pergi ayah?" 

Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada anaknya "Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!" 

"Terima kasih Ayah" Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu. 

Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan risalah itu kepada penghuninya. 

Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah "Jalan-jalan Syurga" ada pada tangannya. DIa berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih ada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal. 

Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu di rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali. Ditunggunya sebentar dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu itu namun sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi, mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya, pintu rumah itu dibuka. 

Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an. 
Mukanya suram dan sedih. "Nak, apa yang makcik boleh bantu?" 

Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit "Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling bertuah". Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi. 

"Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu" dalam nada yang lembut. 

Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya "Ada sesiapa nak menyatakan sesuatu" 

Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah perempuan separuh umur itu. 

"Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini yang kenal saya. Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim. Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan dalam dunia ini" Air mata mulai bergenang di kelopak matanya. 

"Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu lagi diketatkan di leher. Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi lagi. Kemudian, saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi". 

"Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini setelah sekian lama. Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi ke pintu" 

"Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu. Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat". "Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik" Itulah kata-kata yang paling indah yang saya dengar". 

"Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu dan terus baca risalah itu setiap muka surat. Akhirnya, kerusi dan tali yang hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka. Aku tak perlukan itu lagi". 

"Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada selama-lamanya di dalam neraka" 

Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yang berteriak dan bertakbir. ALLAHUAKBAR! Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya. 

Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat. 

Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah ALLAH kepada makhlukNya yang penyayang. Panjangkanlah risalah ini. Ingat ALLAH sentiasa menyayangi dan memelihara kamu! 

TAKBIR!! ALLAHUAKBAR! 

Wassallam 


CREDIT : My Heppi



Pendosa tanpa noktah..

Pada saat manusia membencimu tanpa alasan yang jelas,
ingatlah bahawa Allah menyayangimu tanpa syarat....



Sungguh, aku hanya insan dari silam yang kelam...
Hati kita akan mati jika kita jauh dari agama...

Kembalilah pada Allah, yakin dan percayalah... 
Percayalah bahawa Allah sentiasa menanti kepulangan hamba-Nya untuk bertaubat...

Ingatlah, dengan mngingati Allah, hati akan menjadi tenang...

Hayatilah agama dengan syariat, bukannya adat...

Allah..Allah..Allah...
 

Kadangkala kita perlu menyepi, untuk mencari kekuatan diri yg telah hilang..
Adakala kita perlu menyepi, untuk mencari ketenangan hati...
Adakalanya kita perlu menyepi..untuk kebaikan diri sendiri...
dan kadangkala sepi itu indah...


Jika satu saat aku berhenti...jika satu saat aku menghilangkan diri..
Jangan laa datang mencari...penat dengan pentas duniawi..
Terlalu penat mengejar yg tak pasti..
Aku yang terlalu naif...naif dengan lakonan manusia..
Entah laa..penat...penat dgn sebuah ego..

 Benarlah kata pepatah; Lidah manusia itu adalah lebih tajam daripada mata pedang
Ada ketika tanpa sedar..apa yang diucap...buat org terasa...

Sick of crying... Tired of trying..
Yess I am Smiling...but inside I am dying..




Adakah aku sedang diuji??.. Dengan sandiwara pelakon pentas duniawi..
Lelah dengan wajah yang bertopengkan manusia...
Jika langkah kali ini masih tersilap...bawa diri pilihan yang terbaik..
Yaa...menyepikan diri...biarlah waktu yang membatasi..





Apakah aku layak digelar muslimah ???


Entry kali ni dipetik sepenuhnya dari blog Langit Ilahi milik Hilal Asyraf.  Sangat mendalam maksud yg cuba disampaikan walaupun ringkas. Sekadar perkongsian bersama... :)



Soalan Menarik
“Apakah aku layak digelar Muslimah?”
Ini bukan soalan yang saya reka. Soalan ini pernah ditanya kepada saya.
Soalan ini menarik perhatian. Konteks di sebalik soalan ini membuatkan saya fikir seolah-olah “Muslimah” itu satu level Iman 99 Petala Langit yang hanya golongan sehebat Pendekat Laut sahaja yang boleh capai. Seolah-olah hanya segelintir sahaja yang layak masuk “kelab” ini.
Allahua’lam. Ini hanya spekulasi saya sahaja. Soalan ini ada pencetusnya. Apakah pencetus itu? Saya ingin tahu dengan lebih lanjut.
Apa yang pasti ialah gelaran “Muslimah” itu sudah menjadi satu label yang menggambarkan seorang perempuan Muslim yang begitu hebat, sehinggakan ada antara Muslimah-Muslimah kita yang rasa “tidak layak” untuk digelar “Muslimah”.
Siapakah Muslimah?
Sedangkan apabila seorang perempuan berpegang teguh dengan Shahadah, maka dia bergelar Muslimah. Muslimah itu bukan diukur dengan panjang tuduh atau labuh jubahnya. Sama juga dengan lelaki. Dia tidak dipanggil Muslim kerana panjang pendek janggutnya.
This is a matter of how you see people.
Muslimah itu seorang yang berjihad menentang nafsunya hinggalah maut menjemput. Satu perjuangan dalaman yang tiada sesiapa pun yang dapat lihat, dengar, hidu, sentuh, atau rasa. Tetapi perjuangan dalaman itu ada.
Boleh Jadi…
Boleh jadi seorang Muslimah itu tidak bertudung, tetapi dia menangis kepada Allah meminta kekuatan untuk menyarung sehelai kain di kepalanya.
Boleh jadi seorang Muslimah itu mempunyai teman lelaki, tetapi setiap sentuhan bukan mahram umpama jilatan api neraka baginya.
Boleh jadi seorang Muslimah itu seorang yang tidak solat, tetapi setiap kali azan berkumandang hatinya merayu kepada badannya untuk berdiri di hadapan Allah.
Boleh jadi seorang Muslimah itu…(etc.)
Kelembutan Rasulullah
Teringat saya kisah seorang sahabat yang ketagih minum arak. Walaupun sudah berkali-kali ditangkap dan dihukum kerana meminum arak, dia tidak serik-serik lagi. Satu hari, dia ditangkap lagi. Apabila hukuman dijatuhkan, seorang sahabat yang lain memakinya. Apabila Rasulullah mendengar makiannya itu, dia bersuara, “Jangan memakinya! Apa yang aku tahu ialah dia mencintai Allah dan RasulNya.”
Sahabat yang minum arak itu tersentuh dengan kata-kata Rasulullah. Mana mungkin dia tidak tersentuh, setelah kekasih hati membela dirinya. Sejak hari itu, dia tidak minum arak lagi.
Ya, tidak dinafikan bahawa apa yang dilakukan olehnya itu salah di sisi agama. Tetapi itu tidak bermakna dia tidak beriman. Lemah iman, mungkin. Tetapi tidak bermakna dia tidak beriman. Rasulullah sedia maklum dengan perjuangan para sahabatnya dalam melawan nafsu mereka. Instead of tolak mereka ke tepi, Baginda naikkan semangat mereka dan memberikan dorongan yang mereka perlukan untuk terus berjuang dan tidak mengaku kalah.
Beginilah Rasul kita.
“Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu.” (Surah Ali Imran: 159)
Konklusi
Muslimah itu ialah seorang perempuan Muslim.