Apakah aku layak digelar muslimah ???


Entry kali ni dipetik sepenuhnya dari blog Langit Ilahi milik Hilal Asyraf.  Sangat mendalam maksud yg cuba disampaikan walaupun ringkas. Sekadar perkongsian bersama... :)



Soalan Menarik
“Apakah aku layak digelar Muslimah?”
Ini bukan soalan yang saya reka. Soalan ini pernah ditanya kepada saya.
Soalan ini menarik perhatian. Konteks di sebalik soalan ini membuatkan saya fikir seolah-olah “Muslimah” itu satu level Iman 99 Petala Langit yang hanya golongan sehebat Pendekat Laut sahaja yang boleh capai. Seolah-olah hanya segelintir sahaja yang layak masuk “kelab” ini.
Allahua’lam. Ini hanya spekulasi saya sahaja. Soalan ini ada pencetusnya. Apakah pencetus itu? Saya ingin tahu dengan lebih lanjut.
Apa yang pasti ialah gelaran “Muslimah” itu sudah menjadi satu label yang menggambarkan seorang perempuan Muslim yang begitu hebat, sehinggakan ada antara Muslimah-Muslimah kita yang rasa “tidak layak” untuk digelar “Muslimah”.
Siapakah Muslimah?
Sedangkan apabila seorang perempuan berpegang teguh dengan Shahadah, maka dia bergelar Muslimah. Muslimah itu bukan diukur dengan panjang tuduh atau labuh jubahnya. Sama juga dengan lelaki. Dia tidak dipanggil Muslim kerana panjang pendek janggutnya.
This is a matter of how you see people.
Muslimah itu seorang yang berjihad menentang nafsunya hinggalah maut menjemput. Satu perjuangan dalaman yang tiada sesiapa pun yang dapat lihat, dengar, hidu, sentuh, atau rasa. Tetapi perjuangan dalaman itu ada.
Boleh Jadi…
Boleh jadi seorang Muslimah itu tidak bertudung, tetapi dia menangis kepada Allah meminta kekuatan untuk menyarung sehelai kain di kepalanya.
Boleh jadi seorang Muslimah itu mempunyai teman lelaki, tetapi setiap sentuhan bukan mahram umpama jilatan api neraka baginya.
Boleh jadi seorang Muslimah itu seorang yang tidak solat, tetapi setiap kali azan berkumandang hatinya merayu kepada badannya untuk berdiri di hadapan Allah.
Boleh jadi seorang Muslimah itu…(etc.)
Kelembutan Rasulullah
Teringat saya kisah seorang sahabat yang ketagih minum arak. Walaupun sudah berkali-kali ditangkap dan dihukum kerana meminum arak, dia tidak serik-serik lagi. Satu hari, dia ditangkap lagi. Apabila hukuman dijatuhkan, seorang sahabat yang lain memakinya. Apabila Rasulullah mendengar makiannya itu, dia bersuara, “Jangan memakinya! Apa yang aku tahu ialah dia mencintai Allah dan RasulNya.”
Sahabat yang minum arak itu tersentuh dengan kata-kata Rasulullah. Mana mungkin dia tidak tersentuh, setelah kekasih hati membela dirinya. Sejak hari itu, dia tidak minum arak lagi.
Ya, tidak dinafikan bahawa apa yang dilakukan olehnya itu salah di sisi agama. Tetapi itu tidak bermakna dia tidak beriman. Lemah iman, mungkin. Tetapi tidak bermakna dia tidak beriman. Rasulullah sedia maklum dengan perjuangan para sahabatnya dalam melawan nafsu mereka. Instead of tolak mereka ke tepi, Baginda naikkan semangat mereka dan memberikan dorongan yang mereka perlukan untuk terus berjuang dan tidak mengaku kalah.
Beginilah Rasul kita.
“Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu.” (Surah Ali Imran: 159)
Konklusi
Muslimah itu ialah seorang perempuan Muslim.


Jari kita.. Tahu kee??...

Hye readers ! ! Sedar tak kita..kenapa selalu cincin perkahwinan/pertunangan 
akan dipakai dijari manis???...

cube test...
Buat seperti gambar dibawah..

1. Cuba buka dan renggangkan ibu jari. Jari ini mewakili kedua ibubapa kita. Ianya boleh dibuka sebab semua manusia akan sakit dan mati.
 Satu hari nanti kedua orang tua kita juga akan pergi meninggalkan kita.

2. Rapatkan semula ibu jari dan buka jari kedua (jari Telunjuk ). 
Jari ini mewakili adik beradik kita yang juga satu hari nanti akan berkawin dan bila dah berkeluarga, mereka juga akan meninggalkan kita.

3. Rapatkan semula jari kedua tu dan buka pula jari kelima (jari kelingking).
 Jari ni mewakili anak-anak kita bila kita dah berkeluarga nanti. 
Kita pun kena menerima hakikat bahawa mereka juga
akan pergi meninggalkan kita bila mereka juga telah berkawin dan berkeluarga.

4. Rapatkan semula jari kelima tu. Sekarang cuba buka jari manis yang kita sarongkan cincin perkahwinan kita tu. Korang mesti terkejut jari manis tu sedikit pun tak mau bergerak dan tak
boleh dibuka langsung. Aneh kan!!! ... 
kerana jari manis lah lambang hubungan suami isteri...  bila dah nikah dan bersatu ianya harus bersama hingga ke akhir hayat. Pelek tapi benar dan itu lah hakikat sebenar cinta sejati yang penuh dengan kasih sayang ... terus bersama hingga ke akhir hayat.

Ibu Jari = Ibu Bapa
Jari ke-2 = Adik beradik
Jari ke-3 = Diri kita
Jari ke-4 = Pasangan hidup kita
Jari ke-5 = Anak-anak kita

Kita renung-renungkan lah tanggungjawab kita bila kita berkahwin nanti.


Tanpa kita sedar dan mungkin juga kita alpa..
Sekadar pengetahuan am..umum dan semua laa..
Sesungguhnya Allah S.W.T Maha Mengetahui.. :) 





Awak...kita ini bercintakah??




Dipetik dari buku Sebelum Aku Bernikah puisi Hilal Asyraf..

Awak....kita tak berpegangan tangan seperti mereka..
Melafaz kata cinta berbalas-balasan
Bahkan sering ada jarak antara kita
Dan wujud pelbagai batasan

Kita ini bercintakah??

Awak...kita tak sering berhubungan,
Tiada bicara manis..
Dan masing-masing sibuk dengan diri dipersiapkan..

Kita ini bercintakah??

Ya, kita ini bercinta..
Cuma bukan dengan definisi mereka..
Tetapi dengan definisi-Nya

Belum waktunya atau melangkaui batas yang ada..
Sekarang adalah masa untuk mempersiapkan diri kita
Manis hubungan bukan pada pegangan tangan
Juga bukan pada bicara kata
Tetapi dengan hubungan kita terhadap Tuhan.,,
Dan sejauh mana kita menjaga pasangan dari neraka..

Nanti kita bersama..
Kita bukanlah keluarga biasa..
Bahkan pasangan yang siap untuk menebus syurga-Nya

Awak...bukankah itu adalah cinta??