Kehilangan

Sayu jee rasa tengok timeline facebook akhir2 ni..
Tentang kehilangan..

Aku tak tahu apa rasanya kehilangan..
Boleh rasa akan ada satu kekosongan
Bila orang yang kita sayang...dah tak ada..
Mungkin aku tak pernah rasa..
Dan mungkin aku tak pernah ready..

Aku tahu tak akan boleh lari dari rasa itu semua..
Tapi bila sampai masanya..
Entah aku mampu bangun berdiri sendiri atau tidak..

Aku cuba bayangkan..
Dan aku rasa tak mampu nak teruskan..
Kehilangan mengajar kita erti kekuatan..
Aku tak tahu adakah aku bersedia..
Kehilangan buat selamanya tu berbeza.

Bila rindu tak mampu nak bertemu..
Bila memerlukan...tak dapat nak rasakan kehadiran..

Hilang tu kadang boleh merapatkan..
Ada juga yang menjauhkan..
Antara satu dengan yang lain..

Semoga Allah SWT memberkati kita semua..
Yang hidup dan yang telah meninggal dunia..
Innalillahiwainnailahirajiun...

Flashback..

Hari ni dah masuk 3 Disember jam 2.30 pagi..
Aku belum tidur siapkan kerja..

Malam2 macam ni..sayu jee rasa..
Perasaan bila mana..semua yg pernah jadi dalam hidup kau..

Datang balik satu-satu..
Perasaan yang mungkin kau elak...
Tak nak ingat, dah lupakan,,,
Setiap satu tu boleh datang balik..
Dan itu yang terjadi dekat aku sekarang... :)

Its not a good memory..
Bukan juga sesuatu yang patut diingat..
Tapi otak manusia ni..
Kalau kita betul2 guna...kita boleh ingat setiap details

Once Encik Tunang tanya..
'are you ready??'

To be his wife...to be someone daughter in law..
I dont know how to answer..

Ada masa kita akan rasa yakin...
Ada masa tu kita akan rasa down yang amat...
Tak happy?? Tipu laa nak kahwin tu tak seronok...
Its not about seronok or maybe simple thing..
Tp tentang tanggungjawab..


Semua orang ada cerita sendiri...
Dan aku suka dengar...aku suka meniliti..

Malam2 macam ni...
Ehh...pagi2 macam ni...memori aku akan putar balik
Setiap apa peristiwa yang aku sendiri dah buang

Haiishh...bodohnya aku masa tu..
Menyesal pown tak guna kan..
Kalau aku diberi peluang
Untuk kembali pada masa lalu...

Aku cuma nak pergi satu masa tu jee..
Masa di mana...tu laa permulaan setiap apa yang pernah aku buat
Permulaan menjadikan aku menyesal seumur hidup..
Permulaan yang aku tak akan pernah maafkan..

Its not easy to move on...
Dan bukan senang nak maafkan..

Sejuta kali aku cuba pown...
Parut tu masih lagi bersisa..

Hurmm..well...
Hidup still have to move on...
Aku cuba stay strong...
Cuba senyum...

Sebab aku tahu...
saat ni...atas bumi ni..
ada orang lain yg hidupnya lagi susah...
ada yang masa silamnya masih menghantui
ada yang menyesal tak sudah...
dan ada yang tengah cuba berdiri sendiri..
bersyukurlah kita...


Well, I guess I know my answer En. Tunang,
'I am ready..' ;)
 

Cerita waktu dulu

 

Alhamdulillah..selangkah lagi nak masuk bulan disember..
Dah lama tak menaip dkt blog..
Dan terlalu banyak yang dah terjadi..
Last entry tentang kesayangan yang dah jadi isteri orang..
Hee..macam tak percaya..

Dua2 ni kawan dari kecik cenonet lg..  
Teringat masa kecik dulu..
Masa sekolah..time belajar...
Masa tu selalu jee terfikir..
Alaa biasa laa budak2.. konon cinta monyet tu..
At the end...kita kahwin dengan org lain..
Bila ingat..memang kelakar..hee

Bila encik tunang cakap..
'So awak laa orangnya??'

Hahaha.. mungkin.. tak sangka..
Jumpa dan mungkin akn mengakhiri persoalan
Yang hampir pada jawapan..

'Ye encik tunang, mungkin sy orangnya... :) '

Tu cerita sekarang..
dah nampak laluannya macam mana
dengan siapa
apa masa depannya..
macam mana dan di mana..

Kalau dulu...byk angannya...
Dan kalau ikutkan.
Satu pown tk ada yg lekat kowt..hee
Hidup ni..memang misteri..
Yang kita tak suka..itu yg kita sayang..
Yang kita benci,..last2 itu yg paling kita cinta..

Bila duduk lepak dgn member lama..
Cerita hal lama.
Kdg tu banyak yg tak sedar..
Banyak juga yg dah lupa..
Memori aku ni mmg kena upgrade agaknya..
Sampai hal sekecil alam pown dyeorg boleh ingat
Nape aku boleh lupa?? =_=
Banyak makan semut agaknya..

Bila dah kerja ni..
Jarang dah dapat spent masa sama2..
Semua busy jee memanjang.

Apa2 pown.. even kat mana semua orang2 yang pernah hadir dalam hidup ni
Aku selalu doakan yang terbaik..
Semoga sentiasa dilindungi dan di bawah rahmat Nya
Semoga sentiasa bahagia walau apa pown dah jadi..

Moment tu takkan pernah berubah..
Sentiasa dalam hati.. 


(Tetibe nak sentimental lak kan..hee)
Tapi..syes... Rindu sebenarnya..