Kita ada Allah.. :')


Saat kita tersasar,
Hati tak akan pernah merasa tenang .
Ketika itu apa yang kau mahu hanya sebuah jawapan .
Kembali kepada Allah . Itulah penyelesaian .

Tapi , Kenapa ?


Sebab....


Kita perlukan Allah . Lebih daripada kita perlukan udara .
Kalau hidup tanpa Allah . Apalah guna hidup ni .
Hati akan mati . Hidup hilang erti .
Tanpa-Nya ,
Kita hilang arah . Lost . Sentiasa resah , gelisah dan serba tak kena ..

Jiwa terasa kosong .

Kosong .

Sekalipun punya nama ,
Rupa . Harta berlimpah ruah .
Jangan letih . Untuk terus merintih .
Jangan jemu . Jemu untuk terus merayu .
Pada saat yang sangat genting . Bisikkan pada hati . :)


"Allah tu hampir" ^_^

Apabila bersendirian , Jangan kau katakan .

"Forever alone"
"Aku sunyi "


Sebaliknya . Bisik dalam hati .


"Allah sentiasa ada"
"Padaku sentiasa ada Pemerhati"


Allah jualah Pemerhati . Yang sentiasa di sisi kita . Tak kira dimana jua aku , kau , mereka berada .
Allah selalu ada .
Moga bermanfaat .Renungan bersama .






Allah sedang berbicara ttg SABAR dan IKHLAS


Fuuhh...bersawang dah blog aku ni..
Al maklum laa..bz mengalahkan ketua negara..hee
Akhir2 ni kita sendiri dengar perkhabaran yg agak mendukacitakan..
Lebih2 lagi berkenaan dgn negara kita sendiri..

Sungguh Allah menguji setiap hambaNya..
Satu2 ujian datang menimpa kita semua..
Hendak atau tak...kita kena laa lalui..
InsyaAllah.. telah Allah tetapkan jalan penyelesaiannya..
cuma kadang kita yg tak nampak..
Leka atau??? Hurmmm..

*Pause

Bukan sengaja Allah meletakkan kita pada satu keadaan..
Atau kesulitan..yang kita rasa tak sanggup tuk hadapi..
Sungguh dari situ Allah sedang mengajar kita erti redha..syukur dan sebagainya..

*Pause
“Allah sedang berbicara denganmu Fahri….Allah sedang mengingatkanmu untuk tidak sombong.”
“Apa salah saya pada Allah?!”
“Istighfar Fahri....istighfar...”
“Ingat lagi apa yang kamu lakukan selama ini? Tidakkah kau sombong, Fahri? Kau merasa paling benar....kau merasa paling suci...bahkan di hadapan isterimu sendiri...”
“Ingat...kisah Yusuf a.s. dan Zulaikha...Zulaikha menuduh Yusuf telah memperkosanya...padahal dia sendiri yang tidak tahan dengan ketampanan Yusuf...”

“Fitnah! Itu semua Fitnah, Fahri.”

“Zulaikha memfitnah Yusuf memperkosa dia hingga Yusuf dipenjara.”

“Yusuf tahu Allah sedang berbicara kepadanya.”

“Kau mahu tahu apa yang dikatakan Yusuf?”

“Kau mahu tahu apa yang dikatakan Yusuf?!”

Kata Yusuf: “Ya Allah! Jika memang kehidupan di penjara lebih bererti bagiku daripada dunia luar, maka aku lebih memilih tinggal di penjara tapi dekat denganMU...daripada aku hidup bersama manusia pendusta!”

“ALLAH SEDANG BERBICARA KEPADAMU TENTANG SABAR DAN IKHLAS...”

-petikan dari filem "Ayat-Ayat Cinta-


Mungkin kita yang terlupa
Atau terlalu lena dihanyut mimpi..
Terlalu mengejar bintang yang tak pasti..
Hingga kita lupa..yee kita lupa...!!!

*Pause

Semua yang terjadi ada sebabnya..
Ada hikmah yang tersembunyi..

Kerana aku seorang hawa

Agak2 ada tak yg pandang aku dlm diam cmtu..chewaahh.. ^^


Kerana aku seorang hawa..aku sering tewas dengan permainan perasaan..
Sering tewas untuk mengawal emosi yang ada..
Mungkin aku yang buta dalam menilai sesuatu..
Setiap apa yang aku sampaikan..yang aku tulis mahupun nyatakan..
Setiap itu ada yang tersurat mahupun yang tersirat..

Entahlah.. mungkin lumrah seorang hawa itu tercipta dengan fikiran yang complicated..
atau ego mungkin.hanya ikut kata hati yang mati..
Aku sendiri mencuba untuk mengubah..
Sendiri cuba untuk buang ego yang menebal dalam diri..
Sendiri cuba yakin pada yang menanti..
Tapi seringkali itu juga aku tertewas..
Sering itu juga membuat aku buta dalam menilai..

Aku taknak terikat akan sesuatu yang belum pasti..
Mungkin sebab itu aku tak kisah mana.
Bukan tak ambil peduli..
Cuma rasa cukup...cukup laa aku ada Allah..
Aku mungkin bukan pelajar luar negara..
Bukan juga dalam bidang-bidang ternama..
Jauh sekali dari kalangan yang gah gah belaka..
Tapi aku masih punya cita-cita dan harapan..
Banyak yang aku terlepas pandang..
Yang aku sendiri tak nampak mana buruk dan baiknya..

Blog yg aku cipta ni..cuma dari luahan hati sendiri..
Bahasa yang aku guna saje tak merujuk pada sesiapa..
Taknak ada yang terasa..



Aku belum cukup matang dalam fikiran..
Mungkin tak cukup pengalaman..
Atau mungkin aku sering dimanjakan..
Dan hati aku sendiri sekarang..
Macam ada dinding..entah la..
Mungkin aku dah serik dengan cinta manusia

Ohh yee.. serik barangkali dengan permainan yg tercipta..
Atau lebih tepat lagi..
Kdg aku sendiri malu dgn diri sendiri..
Malu kerana hilangnya martabat seorang perempuan..
Kerana jujurnya aku pernah bercinta..
Dan permulaan itulah yg paling aku kesalkan
Aku akan kesalkan utk seumur hidup aku..



Kini aku mencari cinta Allah..
Cinta yg takkan pernah lenyap..
Cinta yg membuat aku tenang..lengkap..
Allah...mampukah aku.
Mampukah aku melenyapkan rasa bersalah.
Mampukah aku berubah??
Allah...lambatkah aku utk mengejar cinta Mu..
Sungguh aku lemah..

Teguran itu, bukan bermakna aku baik, bahkan aku pernah melampaui batas. Teguran itu, utk ingatan aku..dan sekali untuk muhasabah bersama.. :')